nuff said

Friday, 3 January 2014

Laman Grill - Mmg Terbaek



Bismillahirahmanirahim & Salam Jumaat semua..

Alhamdulillah.. bersyukur ke hadrat Allah yang Maha Esa kerana dengan limpah kurnia-NYA kita masih bernafas dan dipinjamkan dengan kesihatan yang baik. Sungguh Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. 

Betapa kasih dan sayangnya Allah pada kita makhluk-NYA.. ada sahaja diantara kita yang masih sukar untk menunaikan solat fardhu yang wajib, tetapi tetap dapat makan dan minum dan masih lagi bernyawa kerana Allah yang Maha Penyayang mahu memberi peluang kepada hambaNYA yang alpa dan leka itu untk bertaubat.

Semoga kita semua masih didalam lindungan Allah swt. InsyaAllah.

Saya nak berkongsi pengalaman dinner saya semalam di Laman Grill, Bangi. Restaurant ini kepunyaan Chef Zubir, salah seorang Juri untk Masterchef Malaysia.

Hampir putus harapan nak makan kat restaurant dia ni sebab pada malam selasa kami ke sana, tetiba penyambut restaurant tu kata only by reservation sahaja. Tgk pun ramai makan di sana, jadi kami pun terus booking for the next night which was malam rabu.

Malam rabu kami kesana, tetiba tgk tutup la plak. Dapat panggilan daripada wakil restaurant mengatakan dapur mereka rosak jadi operasi tak dapat dijalankan. 

Masa tu pikir alamak.. dah 2 malam berturut2 tak dapat makan sana. Tapi x puas hati lagi. Kami booking untuk malam khamis plak semalam.

Alhamdulillah.. ada org kata dalam islam mmg kene cuba 3 kali kan? Kali ke3 kami berjaya menjamu selera di sana.

Layanan dia 4 bintang.. 

Presentation makanan dia 5 bintang..

Taste plak 5 bintang.

Memang berbaloi dengan harga yang diberikan.

Sebagai entrée/starter, kami makan Buritos.. dok dengar asyik buritos je kat TV teringin gak rasa .



Rasanya ok lah.. manis dan masam.. mcm makan popia basah ada inti ayam kat dalam..

Sebagai main course, sy makan Tenderloin Steak , kakak makan Chicken Chop manakala abah makan Sirloin steak.. (Medium well).. kalau weldone nanti liat sangat.



Mmg terbaik.. sedap sangat.. portion nampak sikit tapi mmg puas and kenyang. Sedap ya Rabbi~~

For dessert, kami makan warm chocolate cake.



Itupun da boom~!! Sedap and sikit laa.. x puas makan.. al maklum la share 2 org..



Total bayaran termasuk service tax was RM165.00++ . Agak mahal untuk certain orang. Tapi harga dan masakannya mmg berbaloi. 

Thanks for reading.

Assalamualaikum ^__^

No comments: