gambar di bawah benar2 menunjukkan apa yg saya rasa ketika ini..
rasa lemah.. tak berguna... kerana tak mampu berbuat apa2 untuk membantu mereka..
hanya doa yang mampu diutuskan..
“Ya Allah, kami mohon kepadaMu, agar diperelokkan agama yang
menjadi pegangan urusan hidup kami, dunia yang menjadi tempat sementara hidup
kami, akhirat yang menjadi tempat kami akan kembali, jadikanlah hidup ini untuk
menambahkan kebaikan dan mati kami untuk merehatkan diri dari segala keburukan.
Ya Allah, perbaikilah diri antara kami, jinakkanlah antara
hati kami, tunjukkanlah kami jalan yang selamat, selamatkan kami daripada
kegelapan kepada yang terang, jauhkanlah kami daripada perbuatan keji, baik
yang nampak, mahupun yang tersembunyi, ya Allah, limpahkan keberkatan kepada
kami, pendengaran dan penglihatan kami, para isteri dan anak-anak kami, sahabat
handai dan rakan taulan kami serta pemimpin kami yang telah berjasa kepada
kami."
No comments:
Post a Comment