Assalamualaikum dan selamat hari khamis kepada semua..
Apa khabar semua? Saya mendoakan agar kalian diberikan
kesihatan badan yg baik.
Apa khabar iman semua? Saya mendoakan agar Allah memelihara
keimanan kalian.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang Maha Besar dan
Maha Penyayang kerana dengan limpah kurnia-NYA kita masih diberi peluang untuk
bernafas hari ini.
Hari ini, saya ingin berkongsi pengalaman/teladan salah
seorang “tea-lady” yang bekerja di pejabat saya.
Perbualan kami ini sudah lama berlalu, tetapi dengan izin
Allah, Allah mengingatkan kembali perbualan saya dengan kakak tersebut , dan
suka saya nak berkongsi dgn sesiapa yang sudi membaca..
Pada awalnya kami hanya berbual kosong, tetapi entah macam
mana tiba2 kami bercakap mengenai solat yang amat berat untuk umat akhir zaman
ini kerjakan.
Tidak saya nafikan, saya juga masih berat mengatur langkah
ke tikar sejadah. Kadang-kadang saya tewas dan kadang-kadang saya berjaya
melawan hasutan syaitan.
Semoga Allah sentiasa bimbing sy ke jalan yang
diredhai-NYA.. sungguh ya Allah, hamba-MU ini sangat dahagakan perhatian-MU..
sangat kebuluran kasih sayang-MU..
Berbalik kepada perbualan saya dan kakak tersebut.
Kakak tu pun mengakui bahawa dulu dia merupakan seorang yang
sangat liat untuk solat. Lebih-lebih lagi solat subuh. Alangkah nikmatnya jika
tidak perlu bangun untuk solat subuh dan meneruskan sahaja tidur
sepuas-puasnya.
Maka, satu hari ketika azan subuh berkumandang. Kakak tersebut
terjaga kerana dikejutkan oleh suara azan datang daripada masjid yang
berhampiran. Terasa berat badannya untuk bangun daripada tilam dan bantal yang
empuk. Akhirnya dia tewas dengan pujuk rayu syaitan dan tidaklah dia bangun
untuk menunaikan solat subuh 2 rakaat.
Apabila jam menunjukkan sekitar pukul 8 pagi, kakak tersebut
pun bersedia untuk menjalankan aktiviti hariannya.. usai mandi dia pun ke dapur
untuk menjamah sarapan pagi.
Apabila dia membuka peti sejuk rumahnya, tiba-tiba hati dia
sayu..
Berderai air mata membasahi pipi.
Terbisik dihatinya… “ya Allah,, hebat kasih sayang-MU.. aku
tidak menemuimu subuh tadi.. tetapi tetap ada rezeki untuk ku..” “tetap Engkau
menghidupkan aku..”
Andai tiada kasih sayang Allah, boleh sahaja Allah
membasikan makanan2 yang berada didalam peti sejuk tersebut.
Boleh sahaja Allah
mematikan dia dalam tidurnya pada pagi tersebut. Tetapi , tetap dia masih
bernyawa.. dikurniakan kesihatan yang baik.. malah rezeki makanan juga tidak
putus.
Malu nya kepada Allah… kita sangat kedekut untuk meluangkan
sedikit masa untuk DIA tetapi dia tidak pernah sedikit pun melupakan kita.
Cuba tanya semula diri sendiri…ketika ini.. tanya diri
sendiri.. renungkan kembali.
Ketika kita meninggalkan solat… ada Allah lupa untuk memberi
rezeki kpd kita?
Ketika kita meninggalkan solat… ada Allah menarik nyawa kita
drpd tubuh badan kita?
Ketika kita meninggalkan solat… ada Allah sengaja tiba-tiba
membutakan mata kita?
Tidak ada… bukti kasih sayang Allah yang memberi peluang kpd
hamba-NYA untuk bertaubat..
Kerana itu diturunkan dugaan dan ujian kepada kita, agar
kita kembali kepada-NYA.
“Jika kita tidak pernah berterima kasih kepada Allah dengan
setiap senyum tawa.. mengapa mahu menyalahkan DIA ketika dilanda musibah?” –anon-
“lihatlah pada apa yang kita ada agar kita tahu untuk
bersyukur, Jangan lihat pada apa yang kita tidak ada, agar kita tidak kufur” –anon-
Cintalah pada Allah agar hati sentiasa dekat-NYA..
Cinta jangan dibibir sahaja, buktikanlah cinta itu..
Jika cinta kita pada suami/isteri pasti pasangan kita
menuntut bukti cinta dengan perbuatan..
Kita dituntut oleh pasangan kita untuk setia, sentiasa
meluangkan masa, sentiasa berbual bicara, dan taat janji setia.
Begitu juga dengan Sang Pengcipta..
Buktikanlah cinta pada Allah dengan kesetiaan.. jangan
menyekutukan DIA.
Buktikanlah cinta pada Allah dengan meluangkan masa.. solat
5 waktu.. solat sunat… tahajud.
Buktikanlah cinta pada Allah dengan berbual bicara.. zikir
dan doa malah luahan rasa dimana2 sahaja akan sampai kepada-NYA.
Buktikanlah cinta pada Allah dengan taat janji setia.. taatlah
pada suruhan-NYA dan taatlah meninggalkan larangan-NYA.
Bayangkan jika kita menghantar sms kepada pasangan kita
tetapi tidak dibalas, apakah perasaannya?
Pasti kita resah gelisah.. duduk tak senang… hati gundah
gulana.. begitu juga yang kita patut rasa apabila Allah tidak memakbulkan doa
kita… rasa resah dan berbalaskah cinta kita kepada-NYA…? maka, jangan berputus
asa… teruskan berdoa… teruskan menyayangi.. teruskan mencintai..
Bayangkan.. bisikan kata cinta dalam hati kepada-NYA pun DIA
bisa mengerti… DIA bisa fahami.. kerana DIA Tuhan yang Agung.. Yang Maha
Mengetahui setiap yang tersurat dan tersirat didalam hati kita..
Kembalikanlah cinta kita pada yang HAK.. yakni Allah SWT… DIA sentiasa sudi membalas cinta
hamba-hamba-NYA walaupun dosa-dosa kita selautan dunia..
Lihatlah kepada mereka-mereka yang berhijrah.. tidak perlu
saya sebutkan nama.. lihatlah diri mereka dahulu ketika dalam kesesatan… tetapi
bukti kasih sayang Allah yang tiada bandingannya.. lihatlah perubahan mereka
sekarang ini.. sehina-hina dimata manusia dahulu kita menjadi semulia-mulia
makhluk.
Hidayah milik Allah… Hidayah perlu dicari… mohonlah kasih
sayang Allah.. mohonlah hidayah daripada Allah agar kita bisa menikmati rasa
cinta yang hakiki… rasa angau kepada manusia amat merunsingkan jiwa.. kerana
pasangan kita itu tidak sempurna.. pasti ada sahaja kekurangan mereka yang
menyakitkan hati kita…
Tetapi jika kita angau kepada Allah… bahagia hati.. tenteram
jiwa.. kerana DIA sempurna…
Assalamualaikum~ terima kasih kerana sudi meluangkan masa…
may Allah bless us all..
No comments:
Post a Comment