Bismillahirahmanirahim~
Assalamualaikum & Selamat pagi ^__^
Pagi yang dipenuhi dengan kabus (jerebu) membuatkan aku
terfikir sejenak nasib haiwan yang bernama Anjing di Malaysia. I know its tough
for them because they lived in a country with a majority of Muslim people.
Too bad
because they claimed themselves a practicing muslim when deep down they don’t.
Anjing merupakan makhluk ciptaan Allah yang bernyawa.
Tidak diciptakan
ia dengan sia-sia.
“Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan segala sesuatu
di muka bumi dalam keadaan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka selamatkanlah kami
dari siksa neraka.” (Quran, Ali-Imran, 3:191)
tidaklah Allah ciptakan Anjing itu semata-mata untuk didera, dipukul, dipinggir dan dihina. Allah Cuma melarang kita daripada menyentuhnya dan memeliharanya sebagai binatang peliharaan rumah. Jika tidak perlu menyentuhnya mahupun memeliharanya, biarkanlah ia sahaja. Mengapa perlu dicederakannya.
tidaklah Allah ciptakan Anjing itu semata-mata untuk didera, dipukul, dipinggir dan dihina. Allah Cuma melarang kita daripada menyentuhnya dan memeliharanya sebagai binatang peliharaan rumah. Jika tidak perlu menyentuhnya mahupun memeliharanya, biarkanlah ia sahaja. Mengapa perlu dicederakannya.
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi Muhammad (sabdanya):
"Bahawa seorang perempuan pelacur telah melihat seekor anjing pada suatu
hari yang cukup terik panasnya sedang berpusing-pusing
mengelilingi sebuah perigi sambil menjelirkan lidahnya disebabkan
dahaganya. Perempuan itu segera mengambil air perigi dengan sarung kakinya
(yang diperbuat dan kulit kambing) dan diberi minum kepadanya. Dengan
(perbuatan yang baik) itu Allah Taala mengampunkan dosanya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)
Lihatlah !! Anjing yang kononnya hina boleh membuatkan
seseorang itu diampuni dosanya walaupun seorang Pelacur yang jijik. Maha Suci
Allah mmg tidak diciptakan olehNYA dengan sia-sia.
Sebagai orang Islam yang bertuhankan Allah, kita kena
percaya pasti ada sebab mengapa kita dilarang menyentuh dan memelihara Anjing
sbg haiwan peliharaan. Seperti kita diarahkan solat 5 waktu dan menutup aurat.
Semua
kerana Allah. Menunjukkan kepatuhan dan kecintaan kita kepada Allah. Begitu
juga dengan larangan memakan babi. Semuanya untuk menunjukkan kepatuhan kita
pada tuhan yang satu. Jadi, janganlah dipersoalkan mengapa, kenapa, bagaimana. Bukan
semua soalan perlu dijawab.
Sedih melihat anjing2 liar yang berkeliaran kelaparan,
cedera kerana orang2 “islam” yang memahami konsep yang salah.
YA!! Anjing merupakan
najis mughalazah. Najis berat. Ada cara tertentu untuk membasuhnya. Seperti kita
memegang najis2 yang lain. Tidaklah berdosa, Cuma kita dalam keadaan tidak
bersih. Dan basuhlah ia agar kita kembali dalam keadaan yang suci.
kehadiran anjing ini bukanlah sepatutnya dilayan
sekadar untuk diambil manfaat di dunia sahaja. tetapi sepatutnya dilihat lebih luas dari itu.
Ia adalah ujian ALLAH buat kita yang mana keputusan ujian tersebut hanya
kita ketahui pada Hari Akhirat nanti.
Tapi ramai yang beranggapan anjing merupakan haiwan yang
segalanya haram. Haram disentuh. Haram dibela. Haram dibuat kebaikan padanya. Segala2nya
mengenai anjing adalah haram.
Kita belum tentu masuk ke syurga Allah. Tetapi anjinglah
salah satu haiwan yang dijanjikan syurga sempena dengan peristiwa Ashabul
Kahfi.
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam berpesan :
“Pada setiap yang bernyawa (makhluk hidup) ada pahalanya.”
(HR Muslim)
Anjing seperti juga dengan haiwan-haiwan yang lain. Mereka tiada
tempat di neraka. Adapun tempat mereka adalah disyurga seperti 10 Haiwan yang
diyakini ke syurga oleh Allah kerana kepatuhan mereka terhadap Allah. Yang lain-lain
setelah keadilan dilaksanakan, bertukar menjadi debu.
“Semua makhluk akan dikumpulkan di hari Kiamat termasuklah
binatang, burung dan yang lain2. Keadilan Allah yang amat sempurna di mana
kambing yang tidak bertanduk akan menerima pampasan / ganjaran dari kambing
yang bertanduk. Allah akan mengarahkan mereka : ‘Jadilah debu!’. Maka
berkatalah orang kafir : ‘Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku
tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan) ‘(Surah al-Naba’
: 40]. Ini telah diriwayatkan di dalam Hadith Nabi (secara Marfu’) di dalam
hadith tiupan sangka-kala”
Maka, Jelaslah bahawa kita membuat kebaikan kepada anjing,
pahalalah ganjarannya.. jika membuat kejahatan, dosa lah yang kita dapat
sedangkan anjing tersebut tidak dapat apa-apa. Berbuat baik kepada haiwan
janganlah dipilih bulunya. Anjing pun ada perasaan takut. Kasihanilah mereka. Jika
taknak bagi dia makan, abaikanlah dia..jangan dipukul dan dicederakan.
Sayangilah makhluk Allah. Kita diciptakan sebagai khalifah. Sebagai
pemimpin. Sebagai makhluk yang paling sempurna kerana punyai akal fikiran. Kita
punya tanggungjawab bukan sahaja sesame manusia tetapi kepada semua makhluk
Allah yang bernyawa.