nuff said

Monday, 17 June 2013

SMK Convent Klang

Fuuhh~~ Alhamdulillah.. selesai melaksanakan tanggungjawab sbg fasilitator untuk pelajar2 dari SMK Convent Klang.

Convent klang ni bukan lah 1st time menjalani aktiviti di sini, tetapi setiap tahun, cuma para peserta yang berbeza. Mereka gemar melakukan Kem Unit Kokurikulum menggabungkan segala banyak unit2 uniform seperti puteri islam, KRS, kadet polis, st john , PBSM, Pandu Puteri , etc.

This week group aku Pandu Puteri. Kesian plak aku bila dgr mereka kata uniform yang paling aktif adalah puteri islam. Sebab setiap tahun aku asyik dgr puteri islam sahaja. Kata mereka, kerana puteri islam ada ustazah sarimah selaku guru persatuan. Sebab tu puteri islam ni aktif.

Jadi, aku menggunakan pengalaman aku sebagai ketua kadet dulu sebagai motivasi kepada mereka.
Kita tak boleh nak mengharapkan pada guru sahaja.. semuanya bergantung pada diri kita sendiri untuk menjayakan sesuatu. 

Bila mereka dah dapat clear picture, ketua kumpulan pun dilantik. Dan aku membahagikan tugas2 kpd mereka untuk membuat panji kumpulan dan persediaan malam kebudayaan.
Setelah dicabut undi, group pandu puteri perlu mempersembahkan BORIA. Lalalalala~~ aku mmg x reti sgt. Dah lama meninggalkan tarian boria ni since sekolah rendah. Aku Bluetooth lagu scenario boria pada salah seorang ahli kumpulan supaya mereka familiar dengan rentak lagu tersebut. Dan Nurain Chow dilantik sbg composer untuk mengubah lirik lagu tersebut supaya bersesuian dengan tema perkhemahan.

Keesokannya, aku membuat uji bakat vocal. Dan mmg tak dapat dinafikan lagi, syikin punyai suara yang lunak dan merdu. Sesuai untuk mengetuai tarian boria itu nanti.
Alhamdulillah, budak2 ni senang dilentur. Tak sampai seminit aku ajar steps tarian semua mampu follow termasuk pelajar2 india. Aku kagum!

Bila aku sudah cukup yakin dgn kemampuan mereka, aku lepaskan mereka untuk berlatih sendirian tanpa pemantauan aku. Sebab aku xnak mereka terlalu bergantung kpd aku. Aku mahu mereka yakini kemampuan diri sendiri.

Pada malam kesenian, juri pemarkahan adalah ustaz Aiman, ustaz faiz & cikgu Mahadzir. Alhamdulillah,
Kemenangan dipihak kami dengan markah tertinggi 82% .

Untuk merangkul kumpulan terbaik, markah persembahan akan ditambahkan dengan markah kawad kaki. Jadi , pada malam kedua , aku melatih anak2 didik aku ni cara kawad kaki yang betul. & melatih ketua skuad untuk memberi arahan yang tepat.

Ketika pertandingan kawad kaki berlangsung, aku tidak sempat menyaksikannya. Jadi aku Tanya pada Amzar, sebagai seorang juri yang memberi pemarkahan untuk kawad kaki ttg prestasi Pasukan Pandu Puteri, dan katanya Pandu Puteri adalah pasukan yang terbaik. 

Again, I was shocked! & mmg tidak dinafikan lagilah bahawa kumpulan terbaik untuk kem unit beruniform SMK Convent Klang bagi tahun 2013 jatuh kepada Pandu Puteri. Yeayyy~~!!

Ketika diumumkan juara di majlis penutup, semua ahli pasukan Pandu puteri terkejut dalam kegembiraan. 

Selesai Majlis penutup, kami bersalaman untuk mengucap selamat tinggal.

Terharu apabila ahli2 Pandu Puteri memeluk aku dan membisikkan di telinga aku “we couldn’t make it without you..”


Well, actually they can make it without me IF they believe in themselves and have faith with every team members in the group. 
*Semoga semua adik2 SMK Convent Klang menjadi Insan yang berjaya dunia & Akhirat.