nuff said

Tuesday, 18 June 2013

follow your heart but take your brain with you

Bismillahiraahmanirahim~

Tadi kusyuk blog walking terjumpa lah beberapa artikel dan keratan akhbar kes bunuh diri akibat putus cinta.

Putus cinta mmg sakit. Perit. Menderita jiwa dan raga. Lebih2 lagi apabila kita terlalu menyintai seseorang tu kemudian dikhianati.. rasa sakitnya mmg berat untuk ditanggung.

Kerana itu jangan bercinta secara membuta tuli dan membabi buta.. letakkan batas perasaan kpd pasangan kita. Dan cinta paling utama iaitu Allah dan keluarga. Andai cinta kita sesame makhluk mengatasi cinta kita kpd agama dan keluarga, nah~ bila kecewa, mulalah nak bunuh diri dan mencederakan diri.

Sape x pnah putus cinta? Untunglah mereka yg x pnah putus cinta. Aku sendiri pernah beberapa kali putus cinta. Tapi, Alhamdulillah.. x pnah plak aku terlintas nak mencederakan diri sendiri inikan pula bunuh diri. Takat menangis 10 minit sehari je.

Ada bagus jugak aku ni dibesarkan dalam keluarga yang agak kasar. Didikan lalu membuatkan aku menjadi seorang yang hati keras. Hanya mudah tersentuh jika melibatkan keluarga dan haiwan.

Jadi bila aku frust, aku x perlu masa yg lama untuk recover. Menangis itu pasti, tp xde smpai meraung meroyan mcm org gila.. tup tup tup aku dah move on. Sebab aku tak suke orang Nampak kelemahan aku.aku x suke orang Nampak aku menangis.. aku x suke orang rasa simpati pd aku.. aku x suke org Nampak moment of my weakness & aku sangat pantang jika aku dapat tahu yang aku dilayan spt tiada nilai. Seperti satu tamparan yg hebat pada keegoan aku.

So, aku nak share apa yg membuat kan aku meletup & that’s it!

1.       My ex pernah suruh aku rebut dia dgn gf dia yg satu lagi.
I was like.. WTH~~?? Ko hebat sgt ke aku nk rebut ko. Kalau girl tu nak sgt kat ko.. HAMBEK~~
Buang masa aku nk rebut2 neh.

2.       My ex cakap “saya tahu kalau saya buat salah mcm ne pun awak tetap akan syg sy..”
Perghhh.. pedih.. bukan nk berubah.. tp langsung tak kisah. Rasa mcm dipandang ringan plak.
Terus ambil keputusan lost contact setelah 11 tahun bersama.

3.       My ex pnah delete my number from his hp, and when I called him dia jawab “ni sape..?”
Aku pun jawab “xde sape2” terus letak tepon and change my hp no.

4.       My ex pnah suh cari laki lain. Selama ni buat xtau je. Tp tiap2 kali gaduh asyik suh cari laki lain je. Mmg aku cari laki lain lah. Huh!!

Aku ni seorang yg sgt penyabar dalam perhubungan. Aku sentiasa mengalah dan menurut apa sahaja kehendak mereka. Tapi aku xkan tolerate jika mereka curang. Sekali curang, sorry naik lori.
Sebab bila aku buat salah. Suka sangat diungkit2 kan. Sampai bila aku nk berdiam. Aku sound lah, seteruk2 aku, bukan aku yg ada org lain.
Bila sedih aku sentiasa menasihati diri aku sendiri..

*Ain, biarlah kau gagal dalam percintaan tetapi jangan gagal dalam pelajaran. Buktikan pada mereka bahawa cinta mereka tidaklah sehebat mana untuk sehingga mampu menghapuskan cita-cita kau. Bukti mereka silap.. agar mereka menyesal memperlakukan kau sebegini.. you deserve so much better.. & you don’t need that kind of jerk to complete you.. sentiasa tersenyum agar mereka lebih menderita kerana tanpa mereka kau lebih matang & hebat. Bila kau sedih2 mereka gembira.. mereka akan perasan konon cinta mereka sangat hebat.


* Alhamdulillah, tanpa mereka aku sangat bahagia skang ni. Tak perlu nak bunuh2 diri ni.. bunuh diri kompem neraka. Dah la kat dunia menderita, xkan kat akhirat yg kekal abadi tu pun nk menderita jugak.? Think wisely..
 



follow your heart but take your brain with you.