Bismillahirahmanirrahim~
Tiap2 hari, Tren KTM merupakan transport untuk aku ke tempat
kerja.
Aku akan naik daripada stesen Kajang dan turun di KL
Sentral.
Bermacam ragam aku lihat. Ada yang kelakar and ada yg
menyakitkan mata.
Yang kelakar apabila ada yg tertidur.
Mulut ternganga besar and sometimes bunyi pun ada.
Ini berlaku bukan sahaja di couch wanita tetapi juga couch
campur.
Imagine~!
Seorang perempuan muda yang kelihatan sangat ayu
melangkah masuk ke dalam tren.
Mengambil tempat duduk dan mata2 sang teruna semua memandang
penuh minat.
10 min berlalu terlelap. Mulut pun perlahan2 terbuka. Kepala
terseket ke kiri & ke kanan mengikut aliran pergerakan tren.
Aku melihat lelaki2 & perempuan2 yang berdekatan ada yg
senyum sinis dan ada juga yg ketawa.
Ya Allah.. kalau aku lah ditempat perempuan muda itu pasti
rasa sgt malu.
Sejak drpd hari tu. Aku seboleh2 tahan mata drpd mengantuk. Risau
aku pun jadi mangsa ketawa mereka2 ni.
Bukan pada wanita itu sahaja. Malah ramai.. sangat ramai..
Kemudian..
Ada juga yang menyakitkan mata. Orang tua, wanita
mengandung, & OKU berdiri sepanjang perjalanan kerana tiada sesiapa yg sudi
menawarkan kerusi mereka.
Tapi Alhamdulillah. Ada juga yg masih ada kesedaran sivik yg
tinggi. Tapi tak ramai…
Ada jugak yang mungkin beg mereka pun beli tiket kot. Sebab seat
tu diletakknya beg dan orang kene berdiri. Aku bukan cakap kosong.. aku ada
bukti.
Kalau aku yg berdiri.. aku dah suruh mereka angkat beg tu
sebab nak duduk.
So, muhasabah semua diri kita.
Aku mengaku kadang2 aku
terlalu penat jd harus duduk and pnah jugak buat x Nampak je org yg tua . tapi
hanya berlaku jika aku betul2 penat atau kurang sihat.
Sekarang ni zaman technology canggih and aku faham semua org
sibuk menunduk kepala ke bawah untuk menggodek hp canggih mereka.
Tetapi sekali
sekala please look up.