Assalamualaikum wbt..
Dalam istilah Sunah Waljamaah, menurut para ahli hadis, Sunnah adalah segala sesuatu yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW yang merupakan perkataan, perbuatan, ketetapan, peribadi, akhlak, mahupun perilaku, baik sebelum mahupun sesudah dilantik menjadi Rasul.* Dalam hal ini, pengertian Sunnah menurut mereka adalah sama dengan hadis (Mushtafa as-Sibai, "As Sunnah wa Makanatuha Fit-Tasyri'il Islami").
".................Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku." - wasiat terakhir Rasulullah SAW
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat…. (Ahzab:21)
No comments:
Post a Comment