nuff said
Friday, 9 May 2014
Perang Muktah - Kedaulatan Panji Islam
Assalamualaikum semua.. dan salam hari Jumaat, penghulu segala hari…
Seperti ramai yg sedia maklum bahawa saya merupakan jurulatih di salah sebuah syarikat konsultansi di Hulu Langat, Selangor Al-Badru Training Consultant.
Selalunya apabila kami ditugaskan dan diamanahkan oleh pihak sekolah untuk menguruskan Kem Ibadah dan Kem Kepimpinan, inspirasi kami adalah Panji/bendera dimana dijadikan barang amanah dan maruah yang perlu dijaga oleh setiap kumpulan..
Jika ada kumpulan yg gagal menjaga dgn baik panji/bendera tersebut, maka mereka akan dihukum dan didenda serta disekolahkan sekali. Kerana gagal menjaga amanah yang telah diberikan.
Dan.. inspirasi kami adalah berdasar kisah perang Muktah yang rasanya agak terkenal dikalangan umat Islam..
Kisah Perang Muktah ini sgt panjang, maka saya sgt hargai jika kalian dpt meminjamkan sedikit masa untuk kisah ini dan izinkan saya rumuskan sahaja dan ambil point2 yang cuba saya sampaikan..
Bismillahirahmanirahim…
Zaid bin Harithah, Jaafar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah . Mereka adalah nama-nama besar dalam sejarah Muktah.
Baginda Nabi SAW menyerah panji kepada panglima pertama, Zaid bin Harithah dengan pesan sekiranya beliau gugur maka diganti dengan panglima kedua, Jaafar bin Abi Talib.
Andai gugur jua Jaafar, maka panji Islam dibawa pula panglima ketiga, Abdullah bin Rawahah. Andai gugur ketiga-tiga mereka, maka bermusyawarahlah untuk memilih panglima dalam kalangan mereka yang thiqah (terpercaya).
Rasulullah SAW tidak berpesan kosong. Ada erti tersirat, Baginda mengisyarat. Bahawa ketiga-tiga sahabat itu bakal gugur syahid.
Bayangkan ketika peperangan tersebut, kekuatan MUSUH islam adalah 200 000 orang manakala bilangan tentera islam Cuma 3000 orang.
Kita dapat menggambarkan betapa berat dan besar ujian angkatan tentera Muslimin tatkala itu. Angkatan perang yang hanya 3,000 tentera dengan serba kekurangan kelengkapan peperangan menentang angkatan perang yang berjumlah 200,000 tentera dengan persediaan dan senjata yang serba lengkap, tentulah dapat dikalahkan dalam jangka masa yang singkat.
Namun, angkatan perang tentera Muslimin adalah mereka yang dipenuhi dengan kalimah tauhid di dadanya beserta dengan tawakkal bulat, tidak sedikit pun berasa takut dan tidak jua ragu-ragu menghadapi lawan mereka. Mereka begitu yakin terhadap kebesaran dan kekuasaan Tuhan sekalian alam, sangat yakin kepada bantuan yang akan Allah sampaikan dan sangat percaya bahawa Allah akan mencukupkan segala kekurangan dan keperluan mereka walaupun kesengsaraan harus ditempa terlebih dahulu.
Mereka tetap dengan pendirian mereka sebagaimana yang dilaungkan oleh pahlawan mereka,Abdullah bin Rawahah sama ada menang mahupun syahid.
Seluruh tentera Islam tekad untuk berperang. Dengan berbekalkan senjata tauhid dan tawakkal, mereka berhadapan dengan pihak lawan, bersiap sedia untuk bertempur, maka berlakulah pertempuran antara pejuang Islam dan pembela Kuffar.
Dengan membawa bendera Islam dan dengan penuh tauhid dalam dadanya, panglima Zaid bin Haritsah terus maju menyerbu, memberikan arahan kepada pasukannya, membelah barisan tentera musuh. Dia penuh yakin maut menanti di tempat itu, namun sedikit dia tidak gentar dan mundur.
Zaid bin Haritsah terus maju membelah dan menyerbu barisan musuh, menggempur dan melawan barisan musuh yang berlipat kali ganda kekuatannya.
Ramai dikalangan tentera musuh yang mati bergelimpangan lantaran serangan tentera Muslimin yang berada di bawah pimpinan Zaid bin Haritsah.
Setelah Zaid membunuh berpuluh-puluh tentera musuh, dia pun terbunuh syahid. Bendera Islam yang dibawanya terlepas dari tangannya dan dia rebah di tengah-tengah tentera musuh yang besar itu.
Setelah melihat Zaid bin Haritsah tersungkur dan panji Islam terlepas daripada tangannya, Jaafar bin Abi Talib yang diberi amanah oleh Nabi bagi menggantikan Zaid, lantas mengejar dan merebut bendera itu.
Kemudian, dengan sendirinya dia menggantikan kedudukan Zaid bin Haritsah sebagai ketua perang.
Setelah merebut bendera Islam, Jaafar sebagai pahlawan muda daripada kaum Quraisy menunggang kudanya menyerang dan menyerbu dan membelah barisan tentera musuh, terus menyerang.
Dengan berkuda, Jaafar terus menyerang barisan musuh yang besar itu.
Pihak musuh beusaha mengepungnya. Dia bersama dapat dikepung oleh pihak musuh. Akhirnya, kuda yang ditunggangnya jatuh tersungkur kerana ditikam oleh tentera musuh. Jaafar dengan segera melompat dan menyelamatkan dirinya. Dia meneruskan perjuangan dengan berdiri dia atas tanah pula. Setelah pertempuran terus berlaku, seorang tentera musuh dapat memotong tangan kanannya, sampai putus.
Namun begitu, bagaikan singa yang terluka, Jaafar meneruskan pertempuran dengan berani. Bendera Islam yang sebentar tadi berada di tangan kanannya, dengan segera dialih ke tangan kirinya dan terus maju ke hadapan.
Beberapa ketika kemudian, tangan kirinya ditebas oleh pihak musuh sampai putus.
Sekalipun demikian, semangat juangnya membela Islam tidak pernah pudar. Dengan segera, bendera Islam itu dipeluk dan diapitnya dengan kedua hujung sikunya yang sudah putus itu dan terus memberi arahan kepada pasukannya supaya terus menyerang barisan tentera musuh.
Akhirnya musuh berjaya membelah tubuh Jaafar sehingga tubuhnya terbelah dua. Maka, gugurlah beliau sebagai syahid dalam perjuangan.
Melihat keadaan itu, Abdullah bin Rawahah dengan pantas melompat dan merebut bendera Islam yang dibawa oleh Jaafar bin Abi Talib itu ditangannya.
Dia teringat kepada amanat Nabi ketika hendak berangkat dari Madinah. Seketika itu jua, dia menggantikan tempat Jaafar bin Abi Thalib selaku panglima dan ketua angkatan perang kaum Muslimin.
Setelah bendera Islam berada di tangannya, dengan gagah perkasa dia memimpin angkatan perangnya agar terus bertempur, melawan, dan menyerang tentera musuh.
Sebelum Jaafar tewas lagi, dia sudah menyiapkan dirinya untuk memimpin dan memberikan arahan kerana dia selalau teringat kepada amanat yang disampaikan oleh Nabi.
Dengan menunggang kuda, dia terus memimpin dan memegang bendera Islam dengan setia dan kukuhnya. Angkatan perang yang berada di bawah pimpinannya turut patuh terhadap pimpinannya. Seluruh angkatan perang kaum Muslimin berterusan menyerbu dan meyerang tentera musuh dengan segala kekuatan yang ada padanya.
Ketika Abdullah bin Rawahah menyaksikan angkatan perang musuh begitu hebat dan sengit bertempur, timbullah perasaan ragu-ragu dalam dirinya dan dia agak bimbang untuk meneruskan perjuangan. Pada saat itu, terfikir pula olehnya, mana yang lebih baik, adakah memimpin pertempuran dengan berkuda atau pun berjalan kaki. Perasaan yang ragu-ragu yang timbul mendadak ini ditegur oleh akidah dan kepercayaannya yang suci.
Akhirnya, dengan keyakinan yang bulat, dia menentukan sikapnya sebagai seorang pahlawan Muslim. Bersama kudanya dia terus maju menyerang pihak lawan.
Setelah itu, dia pun turun dari kudanya dan menghunus pedangnya, terus bertempur dengan gagah sampai beberapa puluh tentera musuh berjaya disambar dan dpenggal batang lehernya. Sebagai seorang ketua, dia terus memberi arahan kepada pasukannya supaya terus maju bertempur melawan dan menentang arus dengan semboyan “menang atau syahid”.
Setelah pihak musuh melihat kepahlawanan Abdullah bin Rawahah yang sedemikian hebat, mereka segera mengejar dan mengepung beliau. Akhirnya beliau dapat ditewaskan dan dibunuh oleh pihak musuh. Maka gugurlah dia sebagai syahid.
Tiga pahlawan yang dulunya disebut oleh Nabi, Zaid bin Haritsah, Jaafar bin Abi Thalib dan Abdullah bin Rawahah gugur di tengah-tengah medan setelah masing-masing memimpin angkatan perang yang walaupun jumlahnya hanya sedikit.
Setelah gugurnya ketiga orang pahlawan ini, maka tentera Islam perlu memilih ketua panglima yang lain. Antara mereka yang diusulkan adalah Tsabit bin Arqam dan Khalid bin al-Walid.
Pada ketika itu, Khalid bin al-Walid ikut bersama sebagai anggota muslimin. Walaupun dia baru sahaja memeluk agama Islam, dia ditunjuk oleh sebahagian besar tentera supaya menjadi panglima perang. Mereka memilih Khalid dengan alasan dia adalah pemuda bangsawan Quraisy yang terkenal dan pandai berperang semenjak dia belum memeluk Islam lagi.
Akan tetapi sebahagian tentera yang lain menolak perlantikan itu kerana mereka mahu memilih Tsabit bin Arqam.
Khalid bin al-Walid menjawab, “Kamulah yang lebih layak daripada saya kerana kamu pernah bersama dalam perang Badar.”
“Peganglah bendera ini kerana saya mengambil ini untuk kamu! Kamu lebih mengerti perkara perang daripada kami semuanya, hai Khalid!” kata Tsabit.
Disebabkan Khalid al-Walid masih lagi belum mahu menerima pencalonan itu, Tsabit berteriak lagi kepada segenap tentera Islam, Saudara-Saudara, tetapkanlah oleh kamu sekalian, Khalid bin al-Walid sebagai pemegang bendera ini. Dialah yang tepat sebagai panglima perang kita!”
Ketika itu jua, seluruh tentera Islam serentak menyatakan persetujuan. Maka, Khalid bin al-Walid tidak membantah lagi dan ketika itu jualah diterimanyalah bendera Islam dari tangan Tsabit bin Arqam.
Kemudian, diantara strategi perang yang disusun oleh Khalid Al Walid , dia mengatur tenteranya. Pasukan yang berada di bahagian hadapan ditukar ke bahagian belakang dan pasukan yang berada di bahagian belakang ditukar ke hadapan. Begitu juga pasukan yang berada di sebelah kiri dipindahkan ke sebelah kanan dan yang berada di sebelah kanan dipindahkan ke sebelah kiri.
Dengan taktik ini, tentera musuh menyangka bantuan tentera tambahan telah datang dari Madinah. Mereka beranggapan, jika tentera Islam yang berjumlah 3,000 orang sudah sanggup bertempur dan bereperang dengan sebegitu hebat dan dahsyat bserta berani menentang pasukan musuh yang begitu besar., sudah tentu dengan kehadiran tentera bantuan mereka akan menjadi lebih hebat. Begitulah apa yang bermain di benak mereka.
Kerana sangkaan itu, timbullah perasaan takut dan kecut dalam diri pasukan Romawi yang begitu besar jumlahnya. Mereka terus mengundurkan diri dengan terburu-buru, takut unutk tersukan peperangan lagi. Ketakutan mereka itu pula didasarkan dengan peristiwa-peristiwa yang dialami dan dirasakan oleh mereka dalam pertempuran selama beberapa hari itu. Betapa berat mereka menghadapi serangan dan pukulan pasukan dari Madinah itu. Jika pasukan itu ditambah nescaya mereka akan lebih susah dan lebih berat lagi serta sudah tentu ramai lagi tentera mereka yang akan terkorban, sedangkan korban dalam pertempuran sebelum ini pun sudah tidak terkira jumlahnya.
Melihat kepada keadaan ini, pasukan Romawi lalu menghentikan pertempuran. Mereka berundur dari tempat pertahanan pasukan Muslimin dan tidak lagi melakukan serangan. Sebaliknya pasukan Muslimin belum lagi menghentikan serangan dan masih sedia bertempur jika diserang. Walaupun masih lagi dalam keadaan siap sedia, mereka tidak lagi menyerang pasukan Romawi yang sudah terlihat mengundurkan diri daripada medan pertempuran.
Beberapa ketika kemudian, setelah pasukan Romawi Timur yang besar jumlahnya itu berundur jauh dari garis pertahanan, pasukan muslimin yang dipimpin oleh Khalid bin al-Walid mempersiapkan diri bagi mengatur barisan untuk pulang kembali ke Madinah.
Dengan itu, selesailah peperangan di Muktah yang hebat dan dahsyat itu. Menurut sejarah, pertempuran ini berlangsung selama 7 hari. Dalam peperangan ini, pihak kerajaan Romawi tidak memperoeh kemenangan dan pihak Muslimin pun tidak memperoleh kememnagan. Namun pada hakikatnya, tentera Muslimin dapat dikatakan menang kerana perbandingan jumlah tentera kedua-dua pasukan ini adalah sangat jauh berbeza.
*lihatlah wahai kawan2 ku sekalian,, betapa tingginya nilai sesebuah panji itu.. kisah inilah yang kami cerita kan kepada adik-adik peserta di kem kami sambil diselitkan juga dengan reality hidup zaman sekarang.. setiap kali membaca kisah ini, sebak sangat rasa dihati ini.. betapa cinta dan kasihnya mereka pada agama suci ini, ISLAM.
*dan alhamdulillah.. adik2 peserta mengerti dan mereka juga turut mengalirkan air mata.
*berikut adalah antara printscreen salah seorang peserta program.
Thanks for reading and thank u for your time…
credit :
http://madahannan.wordpress.com/2011/08/06/perang-muktah/
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&action=printable&tid=727782
http://suarafata.blogspot.com/2011/10/termenung-terkenang-dan-terfikir.html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment