nuff said
Friday, 16 May 2014
Selamat Hari Guru
Assalamualaikum.. alhamdulillah.. post ke #2 untuk hari ini..
Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar pendidik secara langsung atau tidak.
I wanna thank :
Puan Norlaila – Guru kelas yg mengajar subject Matematik & Bahasa Malaysia darjah 4-6
Dia seorang yang sangat mempercayai kebolehan saya.
Sentiasa memberi peluang kepada saya untuk menyerlahkan bakat saya.
Kerana cikgulah , saya menjadi seorang yg berkeyakinan untuk berdiri di khalayak ramai.
Puan Rosnah – guru di SMAKL merangkap makcik saya
Saya tinggal bersama2 dia ketika saya tingkatan 1 – 5
Beliau seorang yang penyayang and lemah lembut.
Didikan agama yang saya perolehi sedikit sebanyak drpd dia..
Solat… aurat.. mengaji al-quran.. semuanyalah dengan wannyah..
Thank u wannyah.. hanya Allah mampu membalasnya…
Cikgu Mahadzir – Kaunselor SMK Bandar Rinching merangkap pakcik saya
Pengarah kem ditempat saya bekerja sbg jurulatih part time..
Masa tu sy berusia 18 tahun.. dah dipanggil buat part time kat sana..
Di hantar kursus “TOT” di Pejabat Kementerian Belia & Sukan” Perak untuk mendapatkan sijil kejurulatihan..
Sangat mempercayai kebolehan saya and secara tak langsung.. membentuk saya menjadi insan yang bertanggungjawab dan berdikari..
Dan yang paling utama,, kedua ibubapa saya.. Ahmad Annuar dan Roziah Yahaya… terima kasih abah n mama kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk memilih jalan hidup sendiri..
Walaupun diberi kebebasan 100%, panduan dan bimbingan tidak lelah diberikan kepada saya..
All of you have make be become a better person than I was before..
Bersyukur sgt..
Thank you Allah.. alhamdulillah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment