Assalamualaikum wbt & selamat pagi...
Semakin merungsingkan dan merisaukan apabila anak-anak muda zaman sekarang berumur sekitar 9 tahun - 30 tahun lebih memuja Artis/penghibur daripada ahli agama.
Malah ada dikalangan mereka tidak kenal akan Rasulullah saw. Yang mereka tahu bahawa Rasulullah saw adalah Nabi terakhir bagi umat Islam. selain daripada itu mereka tidak tahu dan tidak ambil tahu.
Memang menyedihkan.. Kadang kala rasa sangat marah mengapa mereka tidak mahu ambil endah tentang manusia Agung ini.. Yang dipuja.. yang dicinta.. yang dirindu adalah artis2 yang hanya membawa kepada kelalaian hati.
Bukannya Islam melarang hiburan. Tetapi apakah boleh diterima dengan akal fikiran yang waras andai didinding bilik dipenuhi dengan gambar2 artis tersebut. Online twitter Facebook instagram semata2 mahu mengikuti perkembangan artis kesayangan mereka. Apabila artis kesayangan di kutuk dan di caci, bermati-matian mereka back up artis kesayangan mereka.
Adapun ibu bapa yang 2 x 5 . Turut sama memuja manusia yang bergelar penghibur. Apabila ahli agama menegur, ahli agama itu dianggap musuh ketat yang nyata. Sedangkan apabila ulama itu menegur, tidak sedikit pun menguntungkan mereka atau merugikan mereka. kita yang rugi untuk mempersiakan nasihat yang untuk menyelamatkan kita dunia dan akhirat.
Kiamat itu semakin hampir.. Mati itu sentiasa dekat.. janganlah terlalu yakin bahawa punya masa yang banyak untuk bertaubat.
Walaupun ahli agama tersebut punyai pendapat yang berbeza dengan kita, janganlah dicemuh dan dimaki. Kerana pencanggah pendapat itu pasti ada. Kita perlu hormati mereka sebagai manusia yang ilmu agama lebih tinggi daripada kita.
apabila mereka memberi hujah berdasarkan hadis, janganlah kita membalas dengan hujah hadis buatan kita. Hujah berasaskan logik akal kita. Semakin terserlah lah kebodohan kita.
Sedangkan Rasulullah saw ada berpesan bahawa jika kita berpegang kpd Al-quran & Hadis, pasti kita tidak akan tersesat jalan.
Wallahualam...