Assalamualaikum wbt..
untuk post kali ini, aku nak berkongsi sedikit pendapat aku tentang issue yang paling hangat & sensitive iaitu TUDUNG ... ^_____^
aku yakin akan ada beberapa golongan wanita apabila sebut ye tudung terus buat muka yang tidak senang & segala dalil terus dipersiapkan dalam minda untuk dibalas hujah2 yang bakal mendatang..
diantara ayat-ayat yg femes yang biasa didengar adalah :-
1. Tunggu Seru
2. Tak bertudung x semestinya jahat
3. bertudung tapi x ikhlas x guna
4. kubur masing2. Jangan sibuk
5. belum bersedia
6. etc.
well.. aku x salahkan 100% wanita2 yang berfikiran sebegini.. kerana secara jujurnya aku pernah mengalami
zaman "jahiliah" ini... Jahil = tidak tahu ... tidak tahu kerana kurang ilmu...
& aku bukan spesis manusia yang suka ditegur terang-terangan... aku x suke org tegur aku untuk kebaikkan dgn cara menjatuhkan maruah aku depan khalayak... aku x suke org tegur aku kasar2... & aku percaya semua orang punyai rasa yg x selesa apabila pihak yang menasihati kita tidak punya adab dalam berbicara.
dulu.. aku bertudung kerana terpaksa.. kerana nak menjaga maruah abah didepan keluarga.. aku bertudung untuk menutup mulut2 mereka.. bertudung tapi baju lengan pendek dan ketat. yang hairan nya.. aku bertudung tapi baju ketat n lengan pendek takde plak mereka2 ni tegur..
pada mereka.. dah bertudung tu cukup.. baju pendek ke ketat ke mereka pejam mata atau mereka juga masih buta ilmu??
segala2nya berubah apabila aku belajar di Kolej Islam Antarabangsa.. aku berkawan dgn orang yg berilmu dan punyai pensyarah yang punyai peribadi yang baik dan mulia..
disanalah baru aku faham erti Tudung... selama ni aku pakai tudung tapi TIDAK menutup aurat... sebab org slalu nasihat suruh pakai tudung tapi jarang dengar org suruh tutup aurat... daripada sana aku mula melengkapkan diri aku dgn baju lengan panjang dan labuh menutup punggung..
daripada sana juga aku belajar memakai stokin & kasut tertutup... & masih berusaha kearah itu.
BENAR!!! andai kata ilmu yg aku pelajari di kolej awal2 aku dapat di bangku persekolahan , x perlu org suruh.. PASTI awal2 aku akan menutup aurat..
sekarang ni asal org pakai tudung tp baju lengan pendek.. di katanya "Baik tak payah pakai "
apa mereka x fikir ke, perempuan2 tu pasti tidak tahu... daripada memandang mereka penuh penghinaan, alangkah baiknya ditegur dengan cara yg paling hemah.
Allah berfirman : ''Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut." surah Thaha ayat 44
pada Firaun yang zalim tu pun Allah suruh tegur dengan lemah lembut inikan pula saudara seislam kita yang masih tercari2 ilmu agama...
Allah berfirman :"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik." surah An-Nahl ayat 125
Memang kadang2 rasa marah sangat sebab golongan2 wanita ini mempersendakan hukum Allah... tapi kembali muhasabah diri semula.. ketahui lah bahawa mereka tidak tahu.. andai mereka tahu pasti mereka tidak akan keluarkan statement2 yang bodoh sedemikian.
"buat apa pakai tudung, kalau org yg pakai tudung perangai lebih teruk"
"so baik x payah solat, sbb ada je org yg solat tp perangai masih teruk"
boleh ke kalau nk guna alasan sedemikian rupa????
aku sangat tertarik dengan apa yg aku baca dalam majalah SOLUSI.
kata-kata ustaz tersebut boleh aku simpulkan seperti ini :
" menutup aurat itu adalah pakaian wanita2 yang baik-baik . Hanya perempuan yang baik sahaja akan menutup aurat nya. Kalau wanita itu bertudung tetapi perangai dia teruk. Mengumpat, hati busuk , suka dengki, tidak solat & etc , potensi untuk dia membuka semula tudungnya juga sangat tinggi. Tetapi andai wanita yang tidak bertudung , tetapi hati baik , sopan santun , solat tidak tinggal , maka potensi untuk dia bertudung juga sangat tinggi. Ini kerana pakaian yang menutup aurat adalah untuk wanita2 yang baik sahaja. Maka baik wanita yang bertudung mahupun x bertudung masing2 pasti sedang berusaha kearah kebaikkan. Kita jangan putus asa menyampaikan dakwah .. "
benarlah kata ustaz tersebut. Kerana ada sahabat aku yang dulu bertudung tetapi sosial sekarang sudah tidak bertudung.
ada sahabat aku yang dulu tidak bertudung , tetapi budi pekerti sangat baik kini sudah tampil bertudung.
kerana...
Pakaian menutup aurat adalah pakaian wanita yang baik.
Moga2 aku tergolong didalam wanita yang baik. InsyaAlllah.