Assalamualaikum dan salam hari Isnin..
I know.. I know.. Isnin bukanlah hari feveret semua org
(including me) , tapi bila direnung balik bukankah Rasulullah SAW lahir dan
wafat pada hari Isnin?
Boleh set semula tak mindset kita untuk suka hari Isnin?
insyaAllah.. jom gagahkan diri..
dan berselawat keatas Baginda Nabi Muhammad SAW moga2 mendapat syafaat Baginda
disana.
Hari ni nak berkongsi serba serbi kepada yang sudi membaca
pengalaman saya menjadi fasilitator selama 8 tahun ni..
saya paling suka Kem
Ibadah dimana rata2 peserta adalah mereka2 yang kurang ilmu agama.
Mula2 tu mmg sakit hati dengan karenah mereka yang ala-ala
mat rempit dan bohsia ni. Tapi dah mmg tugas kami untuk mendekati anak2 muda ni
dan mendalami jiwa mereka.
Aktiviti2 yang dijalankan selama 3 hari 2 malam mmg 100%
berkaitan ibadah. Mereka tidaklah 24 jam duduk dalam dewan saja tapi ada
aktiviti2 yg menarik yg dijalankan agar mereka benar2 faham konsep ibadah.
Sy nk berkongsi sedikit luahan hati adik2 yang menyentuh
hati saya & harap jd pengajaran buat kita semua yang bakal menjadi ibu
& ayah.
Nur Syuhada , 14 tahun (Bukan Nama Sebenar)
Kak, macam mana sy nk berubah. Mak dan ayah asyik tanya
pasal keje sekolah dgn exam je. Tak pnah tanya khabar saya. Kalau dinner tak
pnah ajak, bila sy turun ke dapur, semua dh abis makan. Terpaksa makan sorang2.
Bila sy dinner awal, mereka plak dinner lambat. Mak dan ayah asyik tgk tv dalam bilik mereka je. Walaupun duduk
serumah tapi kami xde komunikasi.
Rahmat, 17 Tahun (Bukan Nama Sebenar)
Terima kasih kak sebab cedok nasi untuk sy. Kat umah mak pun
tak pnah cedok nasi untk sy. Bila sy
solat, mak saya kata sy dh nak mampus. Sy pun jadi malu nk solat.
Shamimi , 15 Tahun (Bukan Nama Sebenar)
Macam mana nk solat, kat umah sy sejadah pun xde. Mak &
Ayah tak pnah ajar saya solat. Semua nak harapkan ustazah je kat sekolah.
Haikal , 15 Tahun (Bukan Nama Sebenar)
Sy pernah nak berubah kak.. sampai bila sy nk merempit dan
hidup dgn maksiat. Tapi sy jd bahan ketawa mak dan ayah saya. Mereka kata sy
hangat2 tahi ayam. Mereka kata niat sy nk menunjuk2. Jatuh terus semangat sy.
Nur Qistina , 16 Tahun (Bukan Nama Sebenar)
Kak, saya taknak balik. Sy nak terus tinggal kat kem ni. Dekat
sini je sy rasa diterima dan disayangi. Sy taknak balik rumah. Kat rumah semua
org benci sy. Abaikan sy. Kat sini sy suke sgt, sebelum tidur , kakak2 masuk
bilik kami, selimutkan kami, ajar kami baca doa tidur beramai2.. sy suke.. kat
rumah sy takkan dpt layanan mcm ni..
Siti Amalina, 13 Tahun (Bukan Nama Sebenar)
Kak, kita jangan lost contact tau. Byk perkara sy nk belajar
lagi. Sy tak sangka bahawa Islam sangat indah. Tak pnah rasa tenang mcm ni. Kat
sekolah nk tanya ustazah, sy malu. Kat rumah pun xtau nk tanya sapa.
Itulah serba serbi luahan hati yg sy ingat dan betul2 lekat
dalam jiwa dan ingatan sy.
Walaupun 3 hari 2 malam saja bersama mereka, tapi rasa kasih
dan syg ni sgt menebal pada adik2 ni.
Mereka perlukan bimbingan dan kasih syg.
Apabila melihat
ramai remaja yg rosak dan mengaibkan diri sendiri di Facebook. Terus teringat
adik2 yg pnah masuk kem ni.
Mungkin mereka jadi mcm tu kerana latar belakang
keluarga yang kurang supportive dan masyarakat yg lebih suke mencemuh drpd
mendidik.
Hanya perkongsian pengalaman yang takde kene mengena dengan
sesiapa.
Thanks for reading.
No comments:
Post a Comment