nuff said

Tuesday, 22 October 2013

Satay Rasa Taik Kobau + Hampir Kemalangan



Assalamualaikum wbt & Selamat Pagi..

Bersyukur kehadrat Ilahi diatas limpah kurnia-NYA kita masih dipinjamkan akal yang cerdas , tubuh badan yang sihat , udara untuk bernafas.. alhamdulillah..

Jom kita berselawat keatas Nabi Muhammad SAW , moga2 kita semua menerima syafaat daripada baginda di akhirat kelak. InsyaAllah.

Hmm.. banyak benda nak berkongsi ni sebenarnya. Sy akan cuba sebaik mungkin untuk cuba sampaikan apa yang ingin saya sampaikan. (apa yg aku merepek ni) please ignore my awkwardness. 

Kekadang time menulis pun boleh blur. Ampun~

Pada 19 Oct 2013, Sabtu . saya dan rakan2 jurulatih berada di SK Desa Baiduri, Cheras untuk Kursus Kepimpinan Kelab & Persatuan. 

Program sehari yang bermula jam 8 pagi berakhir pada 12 Tghari. Sangat singkat masa yang diberikan dengan banyak ilmu yang perlu disampaikan.

Kami mencuba sehabis baik agar adik2 SK Desa Baiduri dapat mengambil input2 yang penting daripada program ini.

Since abis awal, kami pun pulang semula ke kem untuk berehat kerana malam tu kami nk tgk wayang di Jusco Balakong.

Kami menonton cerita Escape Plan. Mmg best giler lah.. 10 bintang untuk cerita tersebut.

Selesai tgk wayang, kami ke Kajang untuk makan satay.


Satay ayam & daging mmg sedap. Lembut je dan mudah kunyah.
Tapi.. MASYAALLAH~!!! Satay perut dia x sedap langsung!
Rasanya macam daging yang dh busuk. Bak kata kawan saya Dayah, dah supe bau taik kobau.

Kami tak makan pun satay perut tersebut.. rugi je order byk2.

Ok.. berkongsi post yang sama.. saya nk menceritakan kejadian semalam yang hampir meragut nyawa saya.

Kalau Allah tak panjangkan umur sy, hari ni sy x dpt menulis lagi.. alhamdulillah.

Semalam di KTM Kajang, sy menunggu kakak saya untuk jemput sy balik di tepi jalan.

Diulangi, di tepi jalan..

Saya sedang menghantar pesanan SMS kepada kakak saya dan ketika itu kedudukan tangan kanan saya berada di sebelah kanan jalan.. paham tak ni?

Tgh meng”sms” tiba2 tangan saya seolah2 disentap kuat dan hp sy melambung 10 meter kehadapan.

Saya terkejut + blur.. apa yg dh berlaku ni…???

Rupa2nya ada teksi yg sangat laju memandu sehingga memakan jalan pejalan kaki.

& cermin tingkap kirinya melanggar tangan kanan saya.

Sy ingat sy kene ragut ke apa dan jika sy berdiri depan sikit KOMPEM sy yg melayang.

Dalam keadaan yg masih terkejut sy berlari ambil hp sy semula dan Alhamdulillah Hp NOKIA C3 tidak cedera sedikit pun.

Kalau hp canggih mesti dh terburaikan?

Terus sy istigfar dalam diri seolah2 Allah macam bg sy small reminder.

Bersyukur kerana masih panjang umur dan tidak cedera. 

Alhamdulillah..

Thanks for reading… ^__^



No comments: