Assalamualaikum wbt ..
Entry ke-2 untuk hari ini.. terima kasih krn sudi membaca.
Terdetik nk menulis mengenai telekung yang rata2 wanita
nusantara pakai untuk perform solat.
Seperti yang kita sedia maklum bahawa, syarat sah solat
adalah menutup aurat. Bukan pakai telekung.
Maka, jika kita tiada telekung dan pakaian kita menutup
aurat yg betul2 mengikut syarak , boleh solat begitu sahaja.
Mesti ramai yang ada pengalaman ketika berada di surau
mahupun di masjid , mesti ada muslimah2 yang menanggalkan pakaian mereka atau
menanggalkan seluar/kain mereka sebelum menyarungkan telekung.
Betul, dia nak pastikan pakaian solatnya bersih. Di khuatiri
seluar tu kotor & apa2.
Tapi, mereka tak sedar bahawa apabila disarung telekung
mereka dengan hanya berpakaian dalam..
Kita boleh nampak warna kulit mereka. Tubuh badan yang
dimaksudkan adalah tangan dan bahu.
Kadang-kadang bentuk kaki pun boleh nampak dengan jelas.
Bukankah untuk solat kita dituntut untuk menutup aurat. Untuk
berpakaian jarang diluar rumah haram hukumnnya inikan pula untuk mendirikan
solat mengadap Sang Pencipta.
Saya yakin, mereka tidak perasan dan bukan sengaja melakukan
demikian.
& apa salahnya jika kita menyarung anak tudung sebelum
mengenakan telekung?
Bukan apa, apabila sarung telekung begitu sahaja tanpa lapik
dikepala, org juga boleh nampak
Warna rambut kita. Bukankah rambut itu juga aurat yang wajib
diselindungi.
Maka, dengarlah wahai rakan2 perempuan ku yang ku sayangi
yang ku kasihi..
Alhamdulillah, solat 5 waktu kita laksanakan tanda bukti
cinta kita pada Allah.
Niat kita sgt baik untuk memastikan kita dalam pakaian yg
bersih untuk bertemu DIA.
Tapi, sedih jika solat kita tidak dipandang-NYA akibat
kesilapan yang tidak kita sengajakan.
Jagalah aurat kita diluar mahupun di dalam solat sebaik2nya.
No comments:
Post a Comment