nuff said

Friday, 11 October 2013

Belum Kawen tak bermaksud takde komitmen



Acapkali kedengaran..


“kau belum kawen lagi,, so enjoy puas2 duit tu.. nanti dh kawen mcm kami dh kene berjimat”


“untung belum kawen lg, ko xde pengalaman mcm kami ni jaga anak2 kecik”


“nanti ko dah ada anak baru tau betapa susahnya nk jaga makan minum kencing berak budak2 ni”


“untung belum kawen, duit masuk perut sendiri"


Dah naik jemu dgr dialog2 mcm tu diludahkan kepada aku.


Mmg betul aku belum kawen.


Mmg betul aku belum ada anak sbb aku belum kawen.


Tapi sebelum cakap, pikior dulu bleh tak?


Aku ni walaupun muda lagi.. tapi daripada umur aku beberapa tahun aku dh jd baby sitter tau tak.


Aku bukan anak Dato’ ke.. anak Raja ke.. anak menteri ke..


Aku anak orang biasa.. yang berpendapatan biasa2 saje.


Sewaktu aku kecil sehinggalah bersekolah, aku dijaga oleh Tok & Opah aku.


Tok & Opah menjaga kesemua 12 orang cucu2 mereka sewaktu ibubapa masing2 pergi kerja.


Memandangkan kakak aku belajar jauh & berasrama di Perak maka akulah kategori “cucu sulong” walaupun umur baru 8 tahun.


Jadi, bayangkan ketika aku umur 8 tahun, aku kene tolong opah jaga balance 11 cucunya yang lain.


Balik je daripada sekolah dengan baju pun x tukar lagi , terus ke dapur cedok nasi satu mangkuk , suap seorang demi seorang.

Mandikan mereka sebelah kolah. 

Masa tu takde pampers pakai buang.. kain lampin ok..


Masuk dalam buai and hayunn sambil tgk drama mexico.


Adik2 sedara aku ramai lelaki, jadi rumah tu mcm medan peperangan kalau mereka bermain, bergaduh & mcm2 lagi.


Kemas rumah. Basuh kain. Sidai kain. Lipat kain . toksah cakaplah.


Begitulah rutin aku sampailah masuk sekolah menengah.


Bila aku masuk Kolej untuk menyambung pengajian aku, duit PTPTN tu takde langsung untuk hiburan.


Aku pun pelik mcm ne orang boleh guna duit tu beli motor lah.. hp la.. laptop la..


Dgn duit tu aku guna sebaik2nya agar aku x perlu mintak pada abah & mama ketika tu.


Bila masuk je alam pekerjaan, abah dah pun pencen.


Mungkin ada yang tak tahu, bahawa abah & mama sudah tidak bersama.


Mama sudah ada keluarga baru manakala aku dan kakak tinggal bersama abah.


Tapi langsung takde masalah hubungan kami.


Cuma macam pelarianlah. Kejap ke sana. Kejap ke sini.


Jadi, duit2 gaji aku perlu dibahagi kepada 2.


Takkan bagi abah je kot mesti kene bagi mama jugak. 

Tanggungjawab pada kedua ibubapa dari segi wang dan kasih sayang itu perlu.


Itu hak mereka.


Apabila keperluan mereka mencukupi, baki itu yang akan aku gunakan untuk diri sendiri.


Tapi berapa je pun. Sebab tu aku malas nak enjoy berjoli. Prefer dok rumah layan blog & G+.. ahaksss..


Tapi itu kisah aku.. aku tak pnah merungut dengan family & kawan2.


Cuma apabila ada golongan yang tidak mengenali aku mengeluarkan dialog2 yang aku nyatakan diatas. Aku jadi annoyed.


Bukan sorang dua. Tapi ramai~~~


Kita tak tahu citer seseorang tu, jadi janganlah kita memandai2 anggap hidup org yg belum berkawen tu bebas n perfect.


Harap xde sapa yg terasa dengan penulisan saya kali ni.

Hanya meluahkan apa yg terbuku dalam hati tanpa niat memperli sesapa.


Akak2 blogger & abg2 blogger kat sini semua ok.


Salam jumaat & semoga Allah merahmati kita semua. Amin~~

No comments: