nuff said

Friday, 18 October 2013

Kem Kembara Ibadah - daftar anak anda untuk cuti sekolah akan datang

Assalamualaikum wbt..

Ibu-ibu, Bapa-bapa, Kakak-kakak, abang-abang, adik-adik kalau tak tahu apa aktiviti yang sesuai untuk anak-anak musim cuti persekolahan bulan 11 nanti bolehlah kiranya cuba consider untuk hantar anak-anak ke Kem Kembara Ibadah di Kem Idaman Nurani , Hulu Langat (berdekatan sg congkak) .

aktiviti disana mmg menarik dan sesuai untuk anak2 baik dari segi rohani dan jasmani.

Aktiviti kerohanian dibuat pada waktu malam , akan ada tayangan ESQ dan beberapa video pilihan yang insyaAllah akan menginsafkan anak2 seperti kejadian Insan, hidupan dialam roh , malam pertama dialam barzakh , dan juga alam masyar, bengkel smart solat untuk memantapkan bacaan solat anak2, solat sunat dhuha berjemaah, solat 5 waktu berjemaah, digilap bakat anak2 lelaki cara yang betul untuk Azan dan banyak lagi.

aktiviti jasmani pula seperti mandi sungai (paras peha je) sesuai untuk kanak2 , jungle trekking , rentas halangan , explorace dan macam2 lagi.

tidur dalam dorm asrama (tilam & bantal disediakan)

makan 6 kali sehari.

jurulatih dan fasilitator yang sangat berpengalaman (lebih 5 tahun pengalaman) terdiri daripada guru2 sekolah dan pelajar2 lulusan universiti terkemuka.

yang lebih menariknya, penceramah jemputan adalah Imam Muda kita , Ustaz Asyraf dan Ustazah Fatimah.

kalau ada sebarang pertanyaan boleh telefon no. yang tertera.

selalunya saya merupakan salah seorang jurulatih terlibat, tapi terpaksa serahkan kepada kawan2 yang lain untuk menguruskan kerana saya kena kerja pada hari tersebut.

pengarah kem merupakah seorang guru kaunseling di SMK Bandar Rinching dan punyai pengalaman dalam bidang ini selama 20 tahun.




No comments: