nuff said

Monday, 14 October 2013

Selamat Eid Adha

Salam Isnin kepada rakan blogger.

bersyukur kehadrat Ilahi atas limpah kurniaNYA, kita masih bernafas dibumi pinjaman ini dan mari berselawat ke atas rasul junjungan Nabi Muhammad saw moga2 mendapat syafaat daripada baginda kelak. (insyaAllah)

mesti ramai yang dh bercuti tapi pasti lebih ramai yang masih bekerja hari ni..

mood raya + monday blues = apa pun tak boleh kat opis ni.. dok ingat keluarga tercinta je..

dikesempatan ini, sy nk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua blogger yang beragama Islam.


sepanjang kehidupan ni mmg seringkali kita dikehendaki untuk berkorban demi keluarga dan kerjaya.

tetapi, adakah pengorbanan itu ikhlas semata2 kerana Allah? hanya empunya diri dan Sang Pencipta yang tahu..

teringat kisah Nabi Ibrahim a.s yang diuji imannya terhadap Allah swt dimana beliau dikehendaki menyembelih anaknya sendiri iaitu Nabi Ismail a.s .

kerana masing2 punya cinta yang teramat hebat kepada Allah swt, maka digantikan Nabi Ismail a.s dengan seekor kibas.

pengajaran yang sy dpt melalui kisah Anbia ini adalah bahawa apabila kita terpaksa mengorbankan sesuatu yang amat berharga pada diri kita dan kita yakini bahawa setiap yang berlaku itu adalah kehendak Allah, maka insyaAllah , akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik untuk kita.

setiap org mendapat pengajaran yang berbeza dan moga2 pengorbanan yg kita lakukan baik untuk diri sendiri atau orang lain mendapat redha Allah swt.

No comments: