nuff said

Friday 8 March 2013

Ellie 2002-2013 .. in loving memories

Bismillahirrahmanirrahim..~

6 March 2013, merupakan tarikh hitam bagi aku. Pada hari tersebut , aku apply cuti untuk teman abah untuk buat rawatan susulan di HKL .

Pagi itu, aku memberi kucing2 aku makan. Aku akan panggil seekor2 untuk datang ke dapur, kecuali Ellie. kerana Ellie, aku akan dukung dia bawa ke dapur. layanan kpd dia sgt special.

Ellie ialah nama kucing aku yang berbaka turkish angora. Sudah berumur bagi kucing. Tapi Ellie tidak kelihatan tua kerana Ellie sangat isitimewa. Memiliki mata biru yang bulat penuh dan berbulu putih panjang.

Ellie sangat manja dan hanya akan manja dgn tuan nya, abah,kakak dan aku.

Keistimewaan Ellie tiada pada kucing2 aku yg lain. Ellie sangat bijak. Pandai buka pintu selak bawah di Kampung.  Makan penuh tertib tiada tumpah. Buang air didalam tandas, dan yang paling istimewa,
dia pandai kejut aku bangun dari tidur.

dia akan gesel manja muka dia ke muka aku.. kadang2 kalau aku buat tak tahu, dia akan gigit manja hidung aku dan tepuk2 muka aku dgn tangannya.

Ellie dah bersama aku selama 11 tahun. Aku membela dia sejak kecil. Dibesarkan dgn susu botol kerana tiada ibu. Pernah makan ikan bilis kering kerana waktu itu aku tidak punya wang dan belum bekerja.

Ellie tidak pernah memilih makanan, apa saja yang aku beri, dia makan dengan habis.

Aku yakin Ellie sedikit cemburu dgn kucing2 aku yang lain. Kerana kucing2 aku yang lain juga sangat manja.
Suka mengelilingi aku. Bukan aku tak mahu ellie tidur dgn aku didalam bilik. Tetapi Ellie yang taknak.

Dia lebih selesa tidur di luar dan aku mmg tak suka kurung mereka. Mereka bebas untuk ke mana2. Kerana itu hak mereka sebagai haiwan sebagai makhluk Allah.

Berbalik kepada pagi rabu tersebut, aku dukung ellie daripada luar bawa ke dapur. Sebelum beri dia makan,
aku akan peluk dan cium dia. Dan terus bergegas keluarga menghantar kakak ke pejabat di Putrajaya dan seterusnya  ke HKL.

Selesai urusan di HKL dan beberapa tempat, kami rancang untuk tgk wayang di Alamanda selepas ambil kakak aku pulang drpd kerja. Sebenarnya pada petang itu aku berat hati nak pergi tgk wayang.
Tak tahu kenapa, tapi abah dan kakak nak tgk wayang jugak, jadi aku turutkan saja.

Sebelum ke putrajaya untuk ambil kakak, aku singgah dahulu di rumah untuk beri kucing2 aku makan malam. Aku rebus ikan dan gaulkan dgn nasi.

dan seperti biasa, aku dukung Elie bawa dia ke dapur untuk makan. Selesai makan, Ellie menggesel manja
di kaki aku, dan aku membalas dgn belaian pada kepala nya.

aku tak sangka itu lah kali terakhir dia menunjukkan kasih syg dia pada aku.

selesai tgk wayang di Alamanda, kami terus pulang ke rumah lewat 9 malam. Aku terus masuk ke bilik untuk
berehat. Tiba2 abah memanggil aku turun ke ruang tamu dan kata nya Ellie dilanggar.

Aku bergegas turun ke bawah dan melihat jiran aku berdiri di luar pagar rumah sambil mendukung seekor kucing putih yang terkulai layu dipangkuan nya.

Aku menyambut Ellie drpd pangkuan jiran ku dan terus masuk ke rumah. Membiarkan abah berurusan dgn jiran aku. Bukan jiran aku yg melanggar Ellie, tetapi orang lain semasa ketiadaan kami dirumah.

Ellie tiada sebarang luka.  Tiada secalit darah. Ellie spt tidur yang sangat lena.

Air mata berguguran deras .. hanya "ellie..." yang mampu keluar drpd bibir ku.

Abah dan kakak turut menangis diatas pemergian Ellie.

Aku rasa seperti mimpi.. Allah telah menarik Ellie drpd kami.

bagi aku, Ellie adalah anugerah yang terindah. Ellie pergi mengadap Ilahi.

11 tahun kami bersama.. suka duka Ellie tempuhi bersama2 kami. Ellie adalah family.

bukan PET!!!

perasaan sedih terkilan melanda jiwa. Tidur dengan bergenang air mata.

Ya Allah... tolong sampaikan pada Ellie bahawa aku sangat sayangkan dia... Aku tak pernah menyesal
membela dia.. Aku tak pernah rasa dibebani oleh dia.. Tolong sampaikan pada Ellie bahawa dia akan dikenang dan dirindui.. Kasih sayang pada nya tidak ada pada kucing2 ku yang lain... Tolong minta dia tunggu aku di akhirat sana... Ya Allah .. ketemukan aku dgn Ellie di sana.. rezeki kami untk bersama didunia sudah berakhir.. Bahagiakanlah kami di sana nanti.. di akhirat yg kekal abadi...

Ellie,,, kak ain syg Ellie... Ellie tunggu kak ain k syg... I love u...