nuff said

Monday 22 December 2014

Public Transport : Isi Masa Terluang Dengan Al-Quran

Assalamualaikum dan salam hari isnin..

Siapa sini hari-hari pergi kerja naik public transport?

Angkat kaki~!! Ehh.. angkat keyboard .. huhuhu

Well,, saya adalah salah seorang pengguna public transport untuk ke tempat kerja.

Daripada kajang ke KL naik komuter, kemudian transit di KL Sentral naik PUTRA Line pula ke Ampang Park dan kemudian naik teksi ke tempat kerja . total masa perjalanan adalah lebih kurang 1 jam.

Selama 1 jam itu boleh diisi dengan pelbagai aktiviti. Ada yang layan phone tgk movie, main games , dengar lagu dan macam2 lagi.

Saya adalah salah seorang yang layan lagu selama 1 jam sementara dalam perjalanan ke tempat kerja.

Acapkali saya Nampak beberapa insan tidak kira tua muda lelaki perempuan bertudung tak bertudung membaca quran dan zikir.

Rasa kagum dan malu dengan diri sendiri sambil terdetik.. "aku bila nak mula?"

Kadang-kadang saya risau orang anggap saya ni nak menunjuk2 dalam ibadah.

Dan kadang kala saya risau jika syaitan membisikkan perasaan riak dalam hati ini.

Tapi saya tahu.. saya kene tolak tepi kesemua "kalau" "kalau" tu.. jika dilayan sampai bila-bila pun takkan mula.

Mungkin sebaiknya sebelum melakukan ibadah terpuji itu saya harus doa agar Allah melindungi diri ini daripada rasa riak dan bangga diri.. dan membaca quran tersebut kerana Allah, moga-moga hati ini bersih dan tulus.

Quran terjemahan warna warni.. dah beli.. tp belum mula lagi..

insyaAllah.. akan cuba kuatkan iman didada untuk membuka kitab suci itu.

Pelik apabila diri sendiri malu untuk buat baik dikhalayak ramai. Sedangkan ramai yang tak malu buat salah di khalayak ramai.. nauzubillah… umat akhir zaman. Malu buat baik. Bangga buat jahat.

Gambar pertama adalah gambar yang saya ambil sendiri.

Dan gambar2 yang lain adalah ihsan google dan FB.






Jom sama-sama kita menghidupkan budaya membaca quran agar hati bersih, mata celek , minda cerdas… insyaAllah.. ^___^

Friday 19 December 2014

Salam Jumaat : Teruskan ukhwah dengan sahabat walaupun dah berkeluarga

Assalamualaikum dan salam jumaat semua~

Saya mendoakan agar Allah permudahkan urusan harian kita dan semoga kita semua kekal positive mengharungi dunia yang kian diambang kemusnahan..

Hidup ini sukar..

Tetapi jika diatasi dengan kesabaran, insyaAllah.. ganjaran yang terbaik bakal diperolehi daripada Sang Pencipta kita..

Sukar untuk kita menempuh kehidupan ini seorang diri..

Bagi yang memiliki keluarga yang sangat supportive.. Alhamdulillah.. senang untuk menjalani kehidupan dengan adanya ahli keluarga yang menjadi tulang belakang kepada kita..

Tetapi, bagi mereka yang kurang bernasib baik.. itulah gunanya kita punyai sahabat.. sahabat yang sentiasa berada disisi dikala suka dan duka..

Seperti saya… bagi yang mengikuti perkembangan blog saya daripada awal.. saya berasal daripada keluarga yang pecah belah.. atas kasih sayang Allah.. walaupun mama dan abah tidak lagi bersama.. hubungan kami rapat dan erat.. jodoh mereka tak lama.. siapa saya untuk mempersoalkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah.

To be honest.. life was hard back then..

Sehinggalah saya ketemu seorang sahabat.. yang berasal daripada latar belakang keluarga yang sangat berbeza dengan saya.. dia daripada keluarga yang kuat pegangan agamanya.. manakala saya daripada yang sebaliknya.

Walaupun cara hidup pakaian saya berbeza dengan dia ketika itu, dia sedikit pun tidak menunjukkan reaksi yang tidak selesa.. sejak perkenalan dengannya, bermulalah episode saya mengenal agama.

Sejujurnya, dia lebih baik dan mulia daripada ustaz/ustazah yang saya pernah jumpa.

Kerana pendekatannya yang sangat halus tetapi melekat ketat ke dalam hati..

Perkongsian ilmunya bukan sahaja memberi saya ilmu baru tetapi Berjaya membawa kesedaran didalam hati.

Tidak pernah menghukum.. tidak pernah meninggi suara.. hanya penuh dengan kata nasihat.. semangat.. dengan bibir yang tidak lekang dengan senyuman..

Alhamdulillah… Allah temukan saya dengannya..

Persahabatan yang terjalin selama hampir 10 tahun ini.. masih utuh walaupun dia sudah berumah tangga..

Dia adalah antara 12 sahabat yang terbaik saya pernah ada.

kami 12 orang saling melengkapi dan saling menjadi tulang belakang antara satu sama lain.

Im so blessed to have them as a friends..

I cant imagine what would happened to me, if I never met them.

Setiap 3 bulan kami akan pastikan ada outing sesama kami..dan semasa outing , tradisi kami untuk exchange gift.

Dan Alhamdulillah.. suami mereka memahami hubungan kami yang sangat akrab ini.

Baru2 ini kami baru lepas bercuti bersama-sama di Corus Paradise Port Dickson..

insyaAllah.. next plan bulan 3 tahun depan ke Perak pula.

Pasti semua orang ada sahabat masing-masingkan?

Janganlah kerana kita sudah berkeluarga, kita lupakan mereka yang pernah bersama-sama kita disaat kita tiada sesiapa.

Eratkan ukhwah.. sambungkan kembali silaturrahim sesama kita..

insyaAllah.. mudah-mudahan, reunion semula di syurga nanti..

reunion terindah. 










Hadiah Exchange Gift

Thanks for dropping by..

May Allah bless all of you.

Thursday 18 December 2014

Anjing bernama Dolly dan Ikan Kembung


Assalamualaikum dan selamat pagi semua~

Semoga semuanya sihat sokmo… semoga segala urusan berjalan lancar hari ni..

Hari ni saya nk kongsikan kisah si ikan kembung..



Setiap hari selepas balik kerja.. sebelum sampai ke rumah..

Saya akan singgah ke kedai untuk beli beberapa ikan mentah.

Ikan mentah tersebut adalah untuk kucing-kucing saya yang berada dirumah.

Itulah rutin harian saya.

Tapi, beberapa minggu yang lalu..

Selepas saya membeli ikan, saya ada ternampak seekor anjing jalanan… seolah-olah sesat dan mencari makanan… lemah dan sayu saya melihatnya.. pada pendapat saya, adalah normal bagi seorang pencinta kucing akan turut terkesan dgn nasib haiwan lain termasuk anjing.

Saya pun meminta kakak saya memandu kereta kearah anjing tersebut dan saya memberi seekor ikan mentah kepada anjing itu. Anjing tersebut dalam takut-takut ambil ikan itu dan membawa ikan itu ke tempat yang lain untuk makan.

Sejak hari itu,, anjing tersebut sering berada disitu pada waktu yang sama.. seolah-olah tahu saya akan memberi dia ikan mentah. Perasaan yang sangat seronok dan suka apabila dapat membantu haiwan lain selain kucing. Bukankah mereka juga makhluk Allah yang layak hidup di bumi pinjaman ini? Tidak Allah ciptakan sesuatu dengan sia-sia.

So, semalam.. saya tak beli ikan.. sebab ikan ada banyak lagi kat rumah.. dan anjing yang diberi nama Dolly oleh kakak saya tu berada di tempat yang sama.. menanti makan malam nya..

Saya pun ke kedai runcit berhampiran.. membeli seekor sahaja ikan kembung. Pakcik kedai tu terkejut kerana saya beli seekor je!! Pakcik tu kata :-

"seekor je? Makan dua orang je ke? Bahagi dua ke?"
Saya hanya senyum dan sengeh.. tak tahu nak kata apa.. mesti pakcik tu anggap dah akhir bulan dan dah sengkek.. hihihihi

insyaAllah.. rezeki Allah itu sentiasa ada apabila kita berkongsi rezeki dengan makhluk ciptaanNYA yang lain.

Hari ni, saya akan beli lagi ikan kembung untuk Dolly.
Macam tak percaya saya dah ada anjing "peliharaan"

Thanks for reading… have a nice day ^___^

Wednesday 17 December 2014

Lap Blog Berhabuk + Anak Ibarat Kain Putih

Assalamualaikum dan selamat pagi semua~

Maaf kerana menyepi 2 bulan ni..

Maybe ada yang perasan and maybe ada yang tak perasan..

Terlalu banyak perkara yang berlaku sejak kebelakangan ni..

So, I prefer just stay silent and be more reserved.

But now, insyaAllah.. mencuba merangkak untuk giat aktif kembali ke dunia blog..

Saya nak berkongsi satu peristiwa yang saya sendiri saksikan pada hari ahad yang lepas..

Sekitar jam 9 malam.. di dalam tren komuter.. daripada Kepong Sentral menuju Kajang.

Saya akan mulakan dengan dialog antara seorang ayah yang sedang mendukung anak kecilnya, seorang ibu yang membawa beg dan seorang anak kecil perempuan yang berumur sekitar 8 tahun.

Anak Perempuan : papa~~~ ini tren org perempuan.. kita tak boleh masuk sini.. (kata anaknya dengan nada yang sangat resah dan bersalah)

Ibu : kakak,,, papa dukung adik.. papa bukan nak raba perempuan..

Ayah : bising.. kecoh sangat pasal tren laki perempuan ni kenapa??!

*si anak hanya mampu diam dan ibubapanya mengambil tempat duduk didalam coach wanita tersebut.

Maka, yang ingin saya sampaikan disini adalah pendidikan awal.. sivik.. adab.. bermula daripada anak itu kecil.. anak perempuannya itu telah dididik di sekolah untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan.. tetapi bagaimana si anak ingin mengaplikasikan apa yang diajar jika yang menghalang anak tersebut adalah ibu dan ayah nya?

Masuk koc wanita adalah issue kecil sahaja.. tetapi masalah yang besar bermula dengan masalah yang kecil.. sepatutnya ibu dan ayahnya menjadi contoh yang baik kepada si anak.

Kerana.. saya pernah terbaca.. bahawa si anak akan lebih mencontohi perlakuan ibu dan bapanya berbanding mendengar apa yang dinasihati oleh ibu dan bapanya. 



Membentuk peribadi yang mulia dan unggul kepada si anak bermula daripada mereka kecil sehinggalah sekitar 11 tahun.. apabila mereka menginjak ke usia 12 tahun.. mereka akan lebih terjerumus dengan tindakan dan kelakuan rakan sebaya mereka.

Jika daripada kecil, mereka dibentuk dengan indah.. insyaAllah.. pengaruh rakan sebaya yang merisaukan sedikitpun tidak akan menggugat jati diri mereka yang telah lama kukuh diperkuatkan oleh ibubapa mereka sejak mereka kecil lagi.

Sebagai seorang jurulatih kem motivasi, ramai ibubapa yang hantar anak mereka yang berusia 13-17 tahun mempunyai harapan yang cukup besar.. dan rata-rata mahu anak mereka menjadi anak yang taat dan patuh.

Mustahil kem yang hanya memakan masa 7 hari mampu mengubah si anak dengan serta merta. Kami hanya mampu memberi kesedaran dan memberi dorongan kepada mereka untuk berubah. Dan apabila mereka pulang ke rumah.. ibubapa harus sambung perjuangan tersebut. Ibubapa harus sambung memberi dorongan dan galakan pada si anak.

Pernah salah seorang peserta mengadu pada saya.. katanya, dia mmg seorang yang sangat liat untuk solat.. dan pernah satu hari dia solat.. dan ibunya memerli dengan berkata :-

"kau dah nak mati ke tiba-tiba semayang ni?"

"kau ni hangat-hangat tahi ayam je.. hari ni solat… esok mesti tak.."

"tiba-tiba jadi baik ni kenapa? Dah buang tebiat?"

Astagfirullah al azim.. mengapa perlu kata begitu pada si anak yang mahu berusaha menjadi anak yang baik? Terus terbantut niat untuk berubah kerana malu diejek .

Sepatutnya kita memuji dan memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana membuka hati si anak yang dahulunya liat untuk solat kini rajin untuk solat.. 

Sama-samalah kita muhasabah diri dan merenung tanggungjawab kita sesama insan..

Jangan mencela.. jangan memerli.. jangan mengejek..

Sebaliknya, jadilah seorang pendorong.. dan mudah-mudahan diri kita juga terdorong untuk terus melakukan kebaikan dan berada diatas landasan yang lurus dan diredhai Allah.

insyaAllah.. wallahualam.. thanks for reading.