nuff said

Monday 25 August 2014

Apabila adik sendiri jadi mangsa buli, what should i do?


Assalamualaikum kepada semua blogger..

Orang kata, hari Isnin sebagai hari permulaan bagi minggu ni biarlah bermula dengan baik, betul tak?

tetapi hari ni saya sangat sedih dan kecewa kerana saya tak tahu sampai bila saya boleh bersabar dengan hal yang menimpa adik perempuan saya Nur Deenee Adreana Binti Muhammaf Faiz Iskandar Lee.

bagi yang baru mengenali saya, deenee adalah adik kandung saya hasil perkahwinan mama saya dengan bapa tiri saya yang berbangsa cina.

walaupun berlainan bapa, tetapi ikatan adik beradik antara deenee dengan saya, kakak saya dan adik lelaki saya , kami sangat rapat. 

Deenee merupakan seorang pelajar di SK Cina yang terletak di Sentul , KL. Dan dia mengalami kesukaran dengan kawan2nya yang berbangsa melayu. Sering kali Deenee dilemparkan dengan kata2 yang kesat dan berbaur perkauman oleh kawan2nya since darjah 1 dan kini sudah darjah 5. Pernah juga makanannya diludah oleh salah seorang drpd mereka.

kami sentiasa menasihati deenee supaya bersabar dan jangan melawan balik. Pernah sahaja diadukan kepada guru, tetapi nampak macam takde apa-apa tindakan pun yg dikenakan oleh pihak sekolah kepada pembuli-pembuli ini. Dan sampai bila saya mampu bersabar? dan jika mak bapak bebudak ni anti sangat dengan cina kenapa dimasukkan ke sekolah cina???

Takkan nak tunggu buli yang melibatkan fizikal baru nak amek tindakan? Buli fizikal bermula dengan buli mental.. ejekan,, hinaan,, kejian dan macam2 lagi..

saya yakin, budak-budak sekecil mereka ini jadi macam ini kerana pengaruh keluarga..

please readers,, jika kita ada masalah dengan kaum lain,, jangan dipersalahkan satu kaum tersebut.. apakah melayu itu sangat mulia? apakah untuk memasuki syurga, melayu syaratnya? 

adik saya berbangsa cina kerana bapanya cina, tetapi dia dibesarkan oleh kami yang melayu ni dan yg paling penting, Islam agamanya. Islam itu milik semua.. bukan milik melayu semata-mata.

saya benci orang yang rasis.. kita hidup di Malaysia dengan berbilang bangsa.. so, we have to deal with it and for God sake just accept it!

berikut adalah antara printscreen di FB mesej adik saya.. ada byk lagi yg saya sengaja tidak mahu kongsikan dahulu, kerana mama saya sudah menegur mereka dan jika mereka ganggu adik saya lagi, kami akan maklumkan kepada keluarga mereka, guru besar dan juga polis untuk tindakan yang lebih tegas.

SAY NO TO RACISM AT ANY AGE AND AT ANY TIME.

latest insiden, perkhemahan uniform anjuran pihak sekolah. adik saya ditempatkan satu khemah dengan pelajar cina. dan hal ini dijadikan issue oleh melayu akal pendek ni untuk mengeji adik saya.


Deenee sayang, dont you worry,, i will always be there for you to support you and protect you from any harm.. i love you my dear sister..







Friday 22 August 2014

Malaysia Berkabung

Assalamualaikum dan Salam Takziah kepada ahli keluarga mangsa MH17.

Duta-Duta Antarabangsa Yang Turut Hadir untuk Menyambut Jenazah-Jenazah Mangsa

Kapal Terbang Yang Membawa Jenazah-Jenazah Mangsa

Isteri Allahyarham Ahmad Hakimi, Sharifah Asma’a Syed Alwi Al Junied kelihatan bersama-sama anakanda beliau. Semoga beliau tabah dan sabar menerima dugaan ini

Juruterbang yang bertanggungjawab membawa pulang jenazah-jenazah mangsa MH17






Wednesday 20 August 2014

apa yang korang faham dengan perkataan "Guling"

Assalamualaikum semua~

Izinkan saya berkongsi pengalaman saya ketika saya berada di Kelantan , hmm beberapa tahun yang lalu… bila diingatkan semula, rasa lucu dan rindu dengan pengalaman sedemikian.

FYI, saya memang tidak mahir langsung dengan Bahasa dialek Kelantan.  Tetapi memandangkan ketika itu "teman" saya orang sana dan dia membawa saya bertemu dengan kedua ibubapanya di rumah. Dan saya telah dimaklumkan oleh dia bahawa mak dia org yg kuat agama. Perbualan saya dengan emak dia yang kelakar sangat.

Panggilan untuk emak dia adalah "ma" dan rumah dia di tepi pantai berdekatan Pantai Cahaya Bulan. 

Ketika saya sedang duduk diatas lantai rumahnya, tiba-tiba Ma bertanya pada saya samada saya mahu "guling" , well,, sebagai org KL opkos saya terkejut, mak dia suruh saya berguling? Kata alim, biar betik suruh saya berguling.

Saya terpinga-pinga manakala "teman" saya tu hanya ketawa dari jauh, seolah2 memahami pemahaman kami berbeza.

Saya melihat ruang tamu rumahnya mmg luas, mak dia nak aku berguling for real ke? Terdetik dihati saya.. Tetapi memandangkan nak jaga adab sopan, saya menolak dengan lembut. & mak dia tersenyum dan berkata "kalau gitu ma guling dulu ye" , "ok, makcik guling dulu" nak tergelak sbb mmg membayangkan mak dia akan berguling.

Dan mak dia pun baring disebelah saya and masa tu baru saya tahu "guling" tu baring rupanya.. adoyyy,, bayangkan kalau saya buat perangai saya mmg berguling-guling dlm rumah tu tak ke nanti mak dia kata saya buang tebiat?


Itu adalah diantara detik cemas ketika saya di Kelantan. Banyak lagi sebenarnya, tapi by far I think this is the funniest.. huhu

Wordless Wednesday - Mengaku je lah


Mengaku jelah semua pernah buat macam ni... hihihihi

Monday 18 August 2014

FOTOGEDIK - My Hana

Assalamualaikum semua~~

ada pecinta kucing tak kat sini?

saya nak berkongsi ttg kucing saya yang paling bongsu bernama Hana~

alhamdulillah.. saya dah jaga dia sejak bulan 12 tahun lepas..

masa memula saya jumpa dia, dia baby lagi... kecik sangat masa tu macam baru lahir 3 minggu.

dia tersepit kat celah longkang .. jenuh cari ibu dia.. tak jumpa2.. so decide bawak balik and bela..

sekarang ni dia lah buah hati intan payung manja saya..

jom saya belanja FOTOGEDIK si Hana ni..











Bagaimana dengan u olls~ ada pengalaman menyelamatkan si comel tak? sudi2kan berkongsi cerita dengan saya~~ hehehe

Kata-Kata Motivasi daripada Pahrol M Juoi

Assalamualaikum dan selamat pagi semua~

Mari kenali sumber inspirasi saya yakni penulis kegemaran saya iaitu Pahrol Mohd Juoi.

Penulisan beliau yang sangat simple dan mendalam sesungguhnya memikat hati saya.

Bukan penulisannya sahaja yang memikat hati ini malah kata-kata hikmah yang dilontarkan oleh beliau juga sangat menyenangkan untuk dikongsikan bersama-sama masyarakat.

Saya suka dengan penulisan beliau yang penuh dengan kata-kata nasihat. Takde sedikit pun yang mencela mahupun menyindir mana-mana pihak.. Kata2 nasihat dan dakwah yang disampaikan oleh beliau penuh dengan kasih sayang dan kelembutan.

Ok.. here goes~ 


  • Pahrol Mohamad Juoi 
  • dilahirkan di Ipoh, Perak pada 20 hb. Mei 1961.
  • bergiat dalam bidang penulisan dan dakwah since 1985
  • merupakan salah seorang penulis lyric lagu-lagu nasyid Hijjaz, Rabbani, Raihan, Inteam, UNIC, Saujana, Mestica, Firdaus, Saffone, Nowseeheart dan lain-lain. Antara lirik nasyidnya yang popular ialah Sumayyah, Suci Sekeping Hati, Mendamba Kasih, Siti Khadijah, Cinta Zainab, Setanggi Kasih, Zinnirah, Umar Al Khattab, Salehuddin Al Ayubi, Ratu Syahadah dan lain-lain lagi. 
  • Beliau juga menghasilkan skrip bagi rancangan TV antaranya Raudhah (ASTRO). Menjadi Pengacara dalam rancangan Islam di RTM.
  • Hingga kini beliau telah menulis beberapa buah buku dari pelbagai genre penulisan. 
  • Antaranya: Melawan Arus (antologi cerpen), Jendela Hati (antologi Sajak), Turki: Iktibar Sebuah Empayar (kembara), Ideologi Kamal Ataturk dan kesannya terhadap Turki (politik), Tentang Cinta (remaja), Dua hati Satu Rasa, Untukmu yang Tersayang, Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir. Terkini, 
  • Beliau juga adalah ketua editor majalah SOLUSI keluaran Telaga Biru Sdn. Bhd.

Dan diantara kata-kata motivasi / nasihat oleh beliau yang saya suka adalah :-

  • Kadangkala bersedih dengan kesusahan orang lain lebih mudah daripada merasa gembira dengan kesenangan orang lain.
    Untuk simpati mudah, untuk tidak hasad payah.
  • Kerap dipesankan jangan membenci pendosa tetapi bencilah dosanya. Begitulah juga apabila diri kita sendiri berdosa, bencilah dosa kita tetapi jangan sekali-kali membenci diri sendiri. Tetaplah sayangkan diri kerana itulah bekalan untuk bertaubat. Membenci diri sendiri hanya akan menjerumuskan kita ke lembah kecewa dan putus asa...Ya Allah kami sedang belajar untuk mencintai Mu, walaupun cinta itu sering terganggu. Ya Allah, didik dan bantulah hati kami untuk mudah ingat kepadaMu. Amin.
  • Ramai yang meninggalkan kebenaran bukan kerana tidak yakin akan kebenaran itu tetapi kerana tidak sabar menunggu kebenaran itu mencapai kemenangan....Biar tidak menang asal tetap benar. Kerana kebenaran itu adakalanya kalah di dunia tetapi tetap menang di akhirat.Akhirat bukan tempat pulang orang yang kecewa tetapi di sanalah tempat berehat orang yang tegar dalam berjuang. Tidak percaya? Lihat pada Rasul-Rasul yang dibunuh, Sumaiyah dan Yasir yang terkorban... dan deretan 'unsung hero' yang syahid sepanjang jalan jihad ini.
  • Aku bertanya kepada guru ku, "mengapa aku lihat ada orang miskin yang lebih pemurah daripada orang yang kaya?"Guru ku menjawab, "... kerana keupayaan memberi itu ditentukan oleh kualiti jiwa bukan kuantiti harta."
dan banyak lagi~

perkongsian beliau boleh diikuti di laman facebook  dengan tekan SINI

Thanks for reading~ 

Friday 15 August 2014

Siapa Pernah Main Dengan Berudu?

Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua..

Siapa sini pernah main anak katak a.k.a berudu?

Pernah?? seeppp skett~~

dulu masa saya kecik, mmg saya suka pergi kat longkang and main dgn berudu2 ni..

mama n abah pun x pernah larang, asalkan lepas main kena basuh tangan bersih2.

ntah apa yang best main berudu ni,, dulu berani yang amat..

dah besar ni jadi penggeli pulak..

huhu



Wednesday 13 August 2014

Bagaimana Nak Berdepan Dengan Orang Yang Berpenyakit Hati?

Assalamualaikum semua dan selamat pagi..

saya tahu hari ini suppose "Wordless Wednesday" tetapi izinkan saya untuk berkongsi rasa dan meluahkan apa yang terpendam dalam hati saya ni. 

Rasa sakit hati, kecewa, sedih, marah membuak2 dalam diri ini.. Saya sangat memerlukan kata-kata penguat and semangat daripada kalian semua..

Seperti ada yang sedia maklum yang saya sekarang bekerja di syarikat lama saya kembali setelah bos setuju untuk counter offer.

Semasa saya berkerja disini dahulu, saya sangat rapat dengan 2 orang staff bernama Joyah dan Meknah (bukan nama sebenar) . Kami sangat rapat dan selalu berkongsi cerita sama-sama. sehinggalah beberapa hari sebelum saya berhenti kerja, saya dapat tahu bahawa Joyah dan Meknah pernah beberapa kali mengutuk saya.

Apabila saya tanya pada Meknah, dia mengaku manakala Joyah mengambil keputusan untuk terus berdiam diri dan tidak menegur saya hinggalah hari terakhir saya bekerja disana.

Sudah 3 tahun berlalu , dan 3 bulan lepas saya join kembali syarikat ini.

Apabila kali pertama saya menemui mereka, saya senyum pada Meknah dan Joyah, tetapi hanya Meknah yang membalas senyuman itu. Saya faham bahawa Joyah belum let go lagi hal yang dulu. Tetapi macam tak masuk akal kenapa Joyah yang perlu terasa hati sedangkan saya yang patut rasa sebegitu kerana saya yang dikutuk belakang - belakang.

Pernah beberapa kali atas urusan kerja, saya perlu bercakap dengan Joyah, tanpa dia membuat eye contact dengan saya, dia menjawab soalan-soalan saya yg berunsur kerja itu. Mana-mana manusia pun kalau tahu yang orang layan kita macam endah tak endah mesti dah takde hati untuk bercakap betul tak? Maka, begitulah saya, saya pun dah takde hati dan tawar hati. saya pulak yang macam terhegeh2 nak bercakap dengan dia sedangkan dia sebaliknya.

Baru-baru ini kami malay staff decide untuk buat makan-makan hari raya demi menjamu kawan-kawan yang non-muslim . Mmg tradisi disini setiap tahun pasti akan dilakukan. Yang mengetuai open house raya ini adalah salah seorang staff lama bernama Teeja (bukan nama sebenar).

Teeja dan beberapa staff melayu yang lain bercadang untuk memanggil caterer instead of buat portluck kerana menjimatkan masa dan tenaga. Dan according to Teeja semua dah agreed cuma perlu cari masa yang sesuai sahaja.

So, saya tanya pada bos samada bila dia mahu adakan open house tersebut dan bos insist untuk buat esok.

kerana minggu depan bos-bos yg lain outstation sampai akhir bulan. 

Sepatutnya tiada issue jika semua dah setuju, kerana kami hanya perlu membayar sahaja dan caterer yang akan menguruskan semuanya. Dan apabila Teeja meminta tolong saya mengutip duit drpd Meknah dan Joyah, Joyah terlebih dahulu sudah bising-bising dengan staff-staff melayu lelaki di office ini.

dan saya dengar dengan jelas "mereka tak berbincang dengan kita" "mereka berbincang ber2-2 je" "mereka berpuak-puak" "ada office manager mcm xde office manager" bla bla bla everything yang not nice to say lah. 

sejujurnya saya terasa dan ada saya luahkan dengan kuat supaya Joyah dengar, saya katakan "bukankah awak dan abang-abang semua dah setuju dengan Teeja? kenapa baru hari ini komplen semua? "

mereka terdiam.

saya tidak mahu jadi seperti diri saya yg dahulu, yang cepat melenting. 

saya taknak bergaduh hal-hal remeh mcm ni.

kisah yang dulu pun saya dah maafkan dan tuduhan yg baru dilemparkan tadi saya harus cari kekuatan untuk memaafkan dan melupakan.

apalah yang Joyah tak puas hati sangat dengan saya.. pernah saya rasa macam nak face to face..

tetapi mengenangkan saya kenal dia mcm mana ketika kami rapat dulu membuatkan saya batalkan niat saya.

stress nye!!


Tuesday 12 August 2014

Ujian Untuk Mereka atau Ujian Untuk Kita?

Assalamualaikum dan selamat pagi kesayangan semua..

saya mendoakan agar kalian semua diberi kesihatan yang baik dan semoga Allah mempermudahkan segala urusan harian kita pada hari ini.. insyaAllah..

Suka saya nak tanya pada pembaca sekalian.. pernah tak bila kita keluar ke mana-mana kita melintasi

*Peminta sedekah
*Orang yang terjatuh kerana tergelincir dihadapan kita
*Orang yang barangnya terjatuh 
*Haiwan yang kelaparan dan lain-lain

Pasti terdetik dihati kita bahawa, mereka sedang diuji oleh Allah..

Tetapi berapa ramaikah setelah terpikir sebegitu kembali muhasabah diri bahawa apa yg berlaku di depan mata kita itu juga merupakan ujian daripada Allah untuk kita?

Boleh jadi Allah menguji kita dengan meletakkan insan2 yang dalam kesusahan di depan mata kita untuk melihat samada kita akan membantu atau berlalu pergi..

Jika kita melihat peminta sedekah, adakah kita akan mensyukuri nikmat Allah dengan memberi sedekah kepadanya? atau jika tidak mampu, kita menyedekahkan doa kebaikan kepadanya atau melihat dan berlalu pergi sebegitu sahaja..

tidak Allah menjadikan sesuatu dengan sia-sia dan semua yang berlaku itu adalah dengan izin Allah..

maka, saya berharap agar kakak2, abang2, adik2 , kita sama-sama menghidupkan kembali budaya kasih sayang sesama kita walaupun kita tidak mengenali mereka.. selagi ianya dan mereka adalah makhluk yang bernyawa.. mempunyai jiwa.. mereka layak dikasihi.. mereka layak dihormati... mereka layak wujud dimuka bumi ini..

bukan apa.. saya rasa, kalian semua pun sedar yang masyarakat kita sekarang penuh kebencian.. ada sahaja issue yang memecahbelah kan kita...

walaupun manusia zaman sekarang ni cukup menyakitkan hati.. sabarlah sikit jeee lagi.. kiamat itu pasti.. dan pengakhiran itu tak lama je lagi.. semoga Allah selamatkan kita dunia & akhirat... insyaAllah..


Friday 8 August 2014

Abah tak pernah berkira

Assalamualaikum.. tiba-tiba teringatkan abah saya..

Walaupun hari-hari jumpa abah sbb masih duduk serumah dengan keluarga..
Abah saya merupakan anugerah terbaik saya pernah terima..

Saya tidak pernah dijentik mahupun diherdik.

Apa yang saya mahukan akan abah cuba usahakan walaupun ketika itu abah tak mampu..

Dan saya masih kecil untuk mengerti kekangan hidup.

Pernah saya lahirkan hasrat nak menunggang kuda..

Tapi manalah abah mampu ketika itu..

Abah suruh saya naik motor dan saya duduk diraga hadapan..

Abah bawa saya melalui jalan yang berbonggol2 dan berlubang2 agar saya dapat merasai seolah2 saya sedang menunggang kuda..

Semakin kuat hentakan.. semakin kuat saya ketawa dan abah turut gembira..

Tanpa saya ketahui ketika itu, bahawa tayar motor akan rosak. 

Saya terlalu kecil untuk mengerti tetapi abah tak pernah merungut apa-apa..

Sehinggakan aktiviti merosakkan tayar motor tu menjadi rutin mingguan saya.

Apabila saya sudah dewasa.. kini sudah dewasa..

Bila abah memandu kereta Myvi Putih kakak saya…

Kadangkala abah tak perasan dan tak sempat mengelak lubang yang berada dihadapan lalu mengakibatkan hentakan yang kuat.

Terus saya merungut dan menegur abah kerana khuatir tayar kereta rosak.

Dulu abah tak berkira sikit pun untuk anak2nya.. teruknya saya untuk berkira2 dgn abah.

Astagfirullah al azim.. sedikit pun abah tak mengingatkan saya ttg kejadian tayar motor dulu..

Tetapi Allah memberi saya ingatan yang cukup baik untuk saya mengingati pengorbanan abah dulu..

Sedih dan kecewa dengan diri sendiri.. dulu, abah byk bersabar untuk anak-anaknya..

Kenapa kini saya terlalu mementingkan diri dan kurang sabar? Muhasabah diri semula..

Bila mengenangkan segala kenangan manis waktu kecil dulu , membuatkan diri ingin merubah dan menjadi anak yang terbaik untuk abah..

Adik sayang abah sangat.. abah adalah abah yang terbaik..


Terima kasih Allah.. 

Thursday 7 August 2014

Nasihat Buat Pemboikot McD dan sebagainya

Assalamualaikum semua dan Salam 1 Malaysia..

Statement dibawah adalah copy paste daripada facebook sahabat.

Untuk peringatan kita semua..

[Nasihat Buat Pemboikot McD dan sebagainya]

Ini merupakan nasihat daripada seorang saudara kalian yang turut memboikot semampu beliau produk-produk yang menyokong pembinaan negara Zionis Israel.

1- Hendaklah kalian fahami bahawa produk-produk itu adalah halal, tidak haram. Jangan sesekali mengeluarkan perkataan produk itu haram, dan sebagainya.

2- Jauhilah mengeluarkan perkataan-perkataan seperti 'Pekerja McD bekerja dengan pembunuh, tak ada perkemanusiaan dan sebagainya..' Sesungguhnya perkataan sedemikian adalah perkataan hawa nafsu. Mereka bekerja mencari rezeki yang halal, dan bukan hak kita berkata sedemikian kepada mereka.

3- Jauhi sifat-sifat buruk seperti pergi bawa makanan lain dan makan dalam McD, atau saja-saja masuk McD untuk guna tandas mereka atas alasan untuk naikkan kos operasi mereka, atau berkumpul di hadapan kedai mereka. Sesungguhnya mereka membayar sewa untuk premis perniagaan itu, dan tindakan mengganggu kehadiran pelanggan mereka adalah tindakan yang melanggar akhlak Islami dan melanggar hak orang yang sudah membayar sewa untuk premis tersebut.

4- Fahamilah, boikot ini satu ijtihad politik. Ia bukan satu perkara yang qathie/pasti wajibnya. Ia akan sentiasa ada pro dan cons kerana ia satu ijtihad dalam bab keduniaan.

5- Ingatlah, saudara-saudara kita bukan hanya di Gaza, bahkan yang sedang mencari rezeki bekerja itu.

6- Memboikot adalah hak seorang pengguna. Kita sebagai pengguna berhak boikot, dan ajak orang boikot. Tetapi kita tiada hak mengganggu perniagaan orang yang sah dengan berdiri di depan kedai mereka, di pintu kedai mereka, apatah lagi masuk ke dalam premis mereka, atau mensabotaj supaya kos operasi mereka meningkat.

7- Saya memilih boikot, kerana itu hak saya sebagai seorang pengguna.



Monday 4 August 2014

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum Semua dan Selamat Hari Raya dan Selamat Kembali Berkerja kepada yang dah kehabisan cuti~~~

Syok tak raya korang? Mestilah syok kan sebab dapat meluangkan masa dan melepaskan rindu bersama ahli keluarga tercinta..

walaupun terpaksa menempuh kesesakan lalulintas yang luar biasa !! 

kalau orang KL mmg xde hal lah nak menempuh jem ni sebab setiap hari jem di KL.

dah dilatih secukup2nya untuk menempuh jem balik ke kampung halaman tercinta..

dengar kata, lebuhraya selatan tidak mengalami kesesakan seteruk lebuhraya utara dan pantai timur?

saya sendiri bergerak daripada KL ke Kuala Kangsar, Perak pada jam 3.30 pagi dan tiba ke destinasi pada jam lebih kurang 11 pagi.. 7 jam kot! perjalanan yg selama ni hanya memakan masa 3 jam..

Tapi, tak boleh lawan kawan2 saya yang lebih kesian.. 



Sabarlah kawan2 ku sayang.. tahun depan mesti kene redah lagi..

disini sy nak ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin kepada semua rakan blogger andai kata post2 saya ada yg mengundang hati terluka..