nuff said

Thursday 26 February 2015

Salah Siapa : Peniaga atau Pembeli?

Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum dan selamat pagi kesayangans semua~

sekejap je dah hari khamis.. esok dah jumaat, lepas tu weekend~

cepat sangat masa berlalu kan...

semalam terjumpa satu post ni... katanya "Peniaga Melayu be like"



& ramai yang mengutuk peniaga melayu tersebut..

well.. dalam kes ni sy lebih suka diam dulu.. chill dulu.. baru meluahkan pendapat saya..

masing-masing ada salah masing-masing..

mari kita bersangka baik dengan peniaga dahulu.

mungkin padanya leceh untuk mengembalikan baki kepada pelangan. bayangkan kalau 100 pelangannya beri bayaran yang lebih, berapa banyak perlu dia pulangkan dan letakkan dalam envelope. lebih-lebih lagi letak duit dalam envelope untuk di pos adalah bahaya dan tidak digalakan oleh prosedur pos malaysia/ courier company itu sendiri.. buatnya hilang? macam mana? dan bayangkan jika ada baki yang sen sen..? tidakkah itu leceh dan tambah kerja pula kepada si peniaga?

bagaimana pula dengan pembeli.. ?

mungkin dia memang takde maybank2u atau mana-mana online banking yang lain. & ini merupakan kali pertama dia membeli secara online, kerana itu dia tidak familiar dengan prosedur pembelian online, semoga dia jadikan ini satu pengajaran.

my 2cents

takde perkara yang tidak boleh diselesaikan selagi peraturan tersebut ditetapkan oleh manusia.

si peniaga seharusnya lebih mesra dan tidak mudah melatah. & pulangkan sahaja baki kepada pembeli tersebut dengan memberi nasihat agar perkara tersebut tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang. jadilah seorang peniaga yang ada toleransi agar pembeli tidak lari. prosedur hanyalah prosedur.. sedangkan undang-udang negara pun boleh ditambah tolak. 

bila kita menyenangkan urusan orang, InsyaAllah.. Allah akan mudahkan urusan kita... begitu juga sebaliknya..

& pembeli juga haruslah fikirkan keadaan si peniaga.. lebih-lebih lagi online shopping. kalau takde online banking, minta bantuan daripada kawan2 yang ada or tanya si peniaga alternative lain yang boleh dilakukan.. sesetengah peniaga mmg takkan bagi diskaun walaupun sepuluh sen lebih2 lagi dengan customer baru.. lainlah kalau kita dah kerap beli dekat dia,, semestinya dapatlah diskaun as regular customer ye dok..

saya sendiri merupakan seorang yang kerap membeli secara online. dan saya faham mmg rumit jika saya bayar lebih dan mengharapkan baki daripada peniaga tersebut. jadi, saya usaha lebih sikit dengan mendaftarkan online banking atau minta bantuan kawan yang ada online banking untuk membuat transaksi duit. kalau susah sangat tak perlu beli online, kita beli kat kedai je mudah.

apa-apa pun.. hal ini boleh diselesaikan.. jika masing-masing ada sikap tolak ansur.

& saya kira cukup baik si peniaga memberi kelonggaran bahawa baki itu akan ditolak daripada pembelian akan datang.

we can say NO. tapi pasti ada cara yang lebih berhemah dan pasti akan diterima oleh sesiapa pun.

kadang-kadang orang tak marah pun , cuma terkilan dengan "cara" penyampaian kita sahaja.

wassalam~



Wednesday 25 February 2015

Tuesday 24 February 2015

Petua Mengatasi Masalah Masakan - Makanan terlebih masin

Assalamualaikum dan selamat pagi semua~

Hari ni ramai yang dah kembali berkerja setelah cuti sakan~

KL dan kembali jem... tren dah mula sesak...

ok..ok.. ada kemusykilan sikit la yang ingin saya kongsikan pagi ni..

adalah satu buku ni... buku resepi and petua masak-memasak ni..



mmg menarik petua2nya sebab kitakan manusia biasa...

mesti ada terbuat silap.. terlebih masin.. terlebih manis.. terlepas pedas.. and mcm2 lagi..

yang menarik mata saya adalah petua menghilang/mengurangkan rasa masin pada makanan...

cerr tengok ni..


katanya :

".....setelah gulai mendidih, tutup api & periuk. Biarkan beberapa minit. Kemudian basuh tudung periuk tetapi jangan keringkan.. tutup semula masakan tadi . Rasa masin akan hilang dengan sendirinya"

errk.. kelembapan melanda.. apabila sel-sel otak tak berapa nak berhubung..

apa kena mengena tudung periuk dengan makanan masin tu?



acanerr bleh kurang masin dengan sendirinya?

mohon pakar masak memasak beri pencerahan sikit..

hihihihihi... 

wassalam~

Monday 23 February 2015

2015 : First Blog Update + Sapu Habuk

Assalamualaikum kesayangan hamba~~

Lamanya tak hupdate blog~

sebenor2nya the reason why tak update because dari dulu dok cari jalan macam mana nak tukar email blog.. coz itulah padahnya bila buat account blog dulu letak nama sendiri and bekas pakwe,, oh gosh,, so kebudak-budakan kan??

maafkan saya ye.. now dah buat email baru... dyn.nnr@gmail.com

alhamdulillah...

now.. nasib baik baru bulan ke 2 untuk tahun 2015 ni.. so takdelah susah sangat nak update perkembangan semasa diri ini... ada ke yang nak tahu? uhukss... bajet retis...

oklah.. nak share kepada yang nak tahu sahaja... hihihihi

alhamdulillah.. thank you Allah for the blessing,,, sebab dalam umur yang dah "banyak" ni, kekawan saya masih sudi menyambut hari jadi saya yang ke dot dot dot...

my birthday celebration was took place at Lab Cafe Shah Alam..


Syukur sangat2 sebab kawan dari jauh pun sanggup datang... mmg terharu habis...

kemudian, on the same month itself,, saya sambut birthday dengan kekawan "chatting" plak..

bayangkan daripada zaman MIRC (pernah main tak) masih lagi kami keep in touch.. and kebetulan mmg kami bertiga ni lahir pada bulan yang sama.. so, ambil kesempatan celebrate sesama kerana one of them, Puan Liza akan menetap di Qatar menemani suaminya yang merupakan seorang engineer helikopter.. 



& bagi yang mengenali diri ini.. keluarga saya kan keluarga 1 Malaysia gitu.. so semasa sambutan Chinese New Year baru2 ni, semestinya sambut dengan nenek kesayangan.. kami bawa Ah Ma jalan2 ke Mid Valley tgk lion dance and macam2 lagi.. ini adalah tahun pertama Ah Ma sambut CNY tanpa Ah Kong disisi.. 



& & yang paling excited nak kongsikan adalah saya dah ketemu penganti... Nama beliau Mr. AA 
setelah setahun lebih single and tertutup hati dengan Mr. N , dia berjaya membuka hati saya untuk cuba bercinta semula (poyonyer ayat)... doakan terbaik untuk saya ye kawan2 semua.. semoga Allah merahmati hubungan ini...




Thanks for reading~
sat lagi tak sabar nak blogwalking~
please sediakan air kopi and biskut lutut~
wassalam~