nuff said

Monday 4 November 2013

Percutian ala Paris di Bukit Tinggi, Pahang



Assalamualaikum & Salam Hari Isnin kesayangans semua..


Happy holday to those who celebrating Diwali dan Happy Islamic New Year kpd Semua bloggers beragama Islam.. syukur.. alhamdulillah… sebab masih dipinjamkan udara yang segar

Untuk kita bernafas.. mata yg masih celik untuk melihat.. & mcm2 lagi.. 

Jom Jom~ berselawat keatas rasul junjungan Nabi Muhammad SAW moga menerima syafaat daripada baginda diakhirat kelak. InsyaAllah..


Ok.. sy nk berkongsi pengalaman satu hari setengah sy percutiaan yg mmg singkat di Bukit Tinggi Pahang.


Mmg tak pnah tahu kewujudan tempat tersebut sehinggalah my sister proposed untuk jenjalan kat sana bawak abah.


Hari sabtu pagi2 lagi lepas subuh kami dh bergerak ke sana. 

Perjalanan dalam satu jam sahaja untuk tiba ke Bukit Tinggi yg tak berapa nk tinggi. Bukit Tinggi tu terletak berhampiran dengan Janda Baik.


Jalan dia mmg mencabar.. berliku liku dan sempit.. ala2 ke Bukit Fraser.


Untuk masuk ke tempat percutian tu kami dikenakan RM12 seorang. Lepas je parking kereta. 

Wahhh


Dah nampak bangunan2 nan indah ala2 di kota Paris.


So, apa lagi bergambar sakanlah kami dan pekena tea & crossant bread. Mmg terbaik.


Kami tak bermalam disana, tapi insyaAllah planning nk bermalam disana sebab dgr citer waktu malam


Lebih meriah. Siap ada org menari Tango, Salsa, & mcm2 lagi. Mmg happeninglah. Bayaran 1 bilik untuk 1 malam around RM360++ .. tgk gambar bilik mmg cantik.. french design.


Kemudian, kami ke Rabbit Farm dengan bayaran RM3 seorang. Kat situ arnab dilepaskan mcm tu je .


Dalam Rabbit Farm tu ada rusa dan guinea pig. Mmg terbaiklah.

& sebenarnya dengan bayaran RM12 tu boleh pergi ke Japanese Garden. 

Dengar citer kat situ rumah ala2 jepun dan bleh pekena tea jepun & buat tea ceremony sambil pakai kimono.


Tapi nk ke Japanese farm tu kene panjat tangga around 500 meters. Abah tak larat nak panjat, so kami pun tak naiklah.


Cuaca mmg sejuk dan dingin. Mmg best. My best moment was kat tempat Swan. Rasa tenang dan rileks.


Suke sgt tgk Swan. 


So, xtau nk express feelings mcm ne lagi. Sbb mmg syok sgt.. 


Tgk lah gambar2 yang sempat diambil untuk perkongsian.


Lepas ni bolehlah bawak anak bini kawan2 ke sini. 

Enjoy reading~~ :)


Colmar Tropicale









No comments: