nuff said

Monday 31 March 2014

Kasut Tumit Tinggi meningkatkan Keyakinan Wanita



Assalamualaikum semua dan selamat hari Isnin..


My last post was on last Thursday and hari ni baru ada kesempatan untuk update new post.


Hari khamis yg lepas, Allah hapuskan dosa2 kecil sy.. :P demam la plak.


Subhanallah.. mmg terlantar je lah atas katil and terpaksa on medical leave hari jumaat tersebut.


Hari ahad pagi betul2 recover penuh.. alhamdulillah… terima kasih Allah diatas kesakitan dan kesihatan ini..


Semalam dok kemas almari kasut… nak buang mana2 kasut yg dh lama simpan tapi x pakai.


Jumpa byk kasut tumit tinggi.


Dulu.. few years back.. saya mmg penggemar kasut tumit tinggi.

Lebih tinggi lebih sy suka.


Ntahlah.. perasaan bila pakai kasut tumit tinggi ni lain tau.

  
Kalau u all notice, mereka2 yg pakai kasut tumit tinggi ni, mereka lebih :


Konfiden

Ceria

Bersemangat

And kadang2 action


Ahakss… begitulah serba serbi perasaan apabila mengenakan kasut tumit tinggi..


Tapi,, itu semua dulu.. sy pencen awal.. terlalu awal..

Sy lebih selesa mengenakan kasut bertumit rata sekarang ni..


And I must admit yg diri ini agak membosankan skang ni..

Bila melangkah dh kurang keyakinan.. dan kurang elegan gitu..

But.. what the heck.. asalkan sampai ke destinasi yg nak dituju dgn selamat dan lancar..


Dah la pagi2 nak kejar tren… nak kejar bas..


Bayangkan nak kejar mengejar ni pakai kasut tumit tinggi.. mmg x patah tumit, patah kaki kot.


Pernah saya nampak seorang wanita yg sgt elegan melangkah dgn penuh gaya melintas jalan raya.. seolah2 jalan raya tu runway catwalk untuknya.. jalan… punya jalan.. punya jalan… alamak..!! terpeleott.. kasut dia tinggi sangat… dia tgk sekeliling, nk pastikan ada org nampak ke tak.. and sy menolehkan pandangan agar dia fikir sy x perasan dgn apa yg berlaku.. yelah.. malu kot… org hot… ~

Tapi… somehow… rindu juga zaman kegemilangan tersebut..


Maybe sy perlukan inspirasi..


Sy tak tahulah kalau wanita lain sependapat dgn sy..


Tapi.. kasut memainkan peranan yg penting bg seseorang wanita..


Kasut boleh buat wanita itu menyerlah dan sebaliknya..


Thanks for reading…

Thursday 27 March 2014

Dear Allah, i love You..



Assalamualaikum dan selamat hari khamis kepada semua..


Apa khabar semua? Saya mendoakan agar kalian diberikan kesihatan badan yg baik.


Apa khabar iman semua? Saya mendoakan agar Allah memelihara keimanan kalian.


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang Maha Besar dan Maha Penyayang kerana dengan limpah kurnia-NYA kita masih diberi peluang untuk bernafas hari ini.


Hari ini, saya ingin berkongsi pengalaman/teladan salah seorang “tea-lady” yang bekerja di pejabat saya.


Perbualan kami ini sudah lama berlalu, tetapi dengan izin Allah, Allah mengingatkan kembali perbualan saya dengan kakak tersebut , dan suka saya nak berkongsi dgn sesiapa yang sudi membaca..


Pada awalnya kami hanya berbual kosong, tetapi entah macam mana tiba2 kami bercakap mengenai solat yang amat berat untuk umat akhir zaman ini kerjakan.


Tidak saya nafikan, saya juga masih berat mengatur langkah ke tikar sejadah. Kadang-kadang saya tewas dan kadang-kadang saya berjaya melawan hasutan syaitan. 

Semoga Allah sentiasa bimbing sy ke jalan yang diredhai-NYA.. sungguh ya Allah, hamba-MU ini sangat dahagakan perhatian-MU.. sangat kebuluran kasih sayang-MU.. 


Berbalik kepada perbualan saya dan kakak tersebut.


Kakak tu pun mengakui bahawa dulu dia merupakan seorang yang sangat liat untuk solat. Lebih-lebih lagi solat subuh. Alangkah nikmatnya jika tidak perlu bangun untuk solat subuh dan meneruskan sahaja tidur sepuas-puasnya.


Maka, satu hari ketika azan subuh berkumandang. Kakak tersebut terjaga kerana dikejutkan oleh suara azan datang daripada masjid yang berhampiran. Terasa berat badannya untuk bangun daripada tilam dan bantal yang empuk. Akhirnya dia tewas dengan pujuk rayu syaitan dan tidaklah dia bangun untuk menunaikan solat subuh 2 rakaat.


Apabila jam menunjukkan sekitar pukul 8 pagi, kakak tersebut pun bersedia untuk menjalankan aktiviti hariannya.. usai mandi dia pun ke dapur untuk menjamah sarapan pagi.


Apabila dia membuka peti sejuk rumahnya, tiba-tiba hati dia sayu..

Berderai air mata membasahi pipi.


Terbisik dihatinya… “ya Allah,, hebat kasih sayang-MU.. aku tidak menemuimu subuh tadi.. tetapi tetap ada rezeki untuk ku..” “tetap Engkau menghidupkan aku..”


Andai tiada kasih sayang Allah, boleh sahaja Allah membasikan makanan2 yang berada didalam peti sejuk tersebut. 

Boleh sahaja Allah mematikan dia dalam tidurnya pada pagi tersebut. Tetapi , tetap dia masih bernyawa.. dikurniakan kesihatan yang baik.. malah rezeki makanan juga tidak putus.


Malu nya kepada Allah… kita sangat kedekut untuk meluangkan sedikit masa untuk DIA tetapi dia tidak pernah sedikit pun melupakan kita.


Cuba tanya semula diri sendiri…ketika ini.. tanya diri sendiri.. renungkan kembali.


Ketika kita meninggalkan solat… ada Allah lupa untuk memberi rezeki kpd kita?


Ketika kita meninggalkan solat… ada Allah menarik nyawa kita drpd tubuh badan kita?


Ketika kita meninggalkan solat… ada Allah sengaja tiba-tiba membutakan mata kita?


Tidak ada… bukti kasih sayang Allah yang memberi peluang kpd hamba-NYA untuk bertaubat..


Kerana itu diturunkan dugaan dan ujian kepada kita, agar kita kembali kepada-NYA.


“Jika kita tidak pernah berterima kasih kepada Allah dengan setiap senyum tawa.. mengapa mahu menyalahkan DIA ketika dilanda musibah?” –anon- 


“lihatlah pada apa yang kita ada agar kita tahu untuk bersyukur, Jangan lihat pada apa yang kita tidak ada, agar kita tidak kufur” –anon-


Cintalah pada Allah agar hati sentiasa dekat-NYA..


Cinta jangan dibibir sahaja, buktikanlah cinta itu..


Jika cinta kita pada suami/isteri pasti pasangan kita menuntut bukti cinta dengan perbuatan..


Kita dituntut oleh pasangan kita untuk setia, sentiasa meluangkan masa, sentiasa berbual bicara, dan taat janji setia.


Begitu juga dengan Sang Pengcipta..


Buktikanlah cinta pada Allah dengan kesetiaan.. jangan menyekutukan DIA.


Buktikanlah cinta pada Allah dengan meluangkan masa.. solat 5 waktu.. solat sunat… tahajud.


Buktikanlah cinta pada Allah dengan berbual bicara.. zikir dan doa malah luahan rasa dimana2 sahaja akan sampai kepada-NYA.


Buktikanlah cinta pada Allah dengan taat janji setia.. taatlah pada suruhan-NYA dan taatlah meninggalkan larangan-NYA.


Bayangkan jika kita menghantar sms kepada pasangan kita tetapi tidak dibalas, apakah perasaannya?


Pasti kita resah gelisah.. duduk tak senang… hati gundah gulana.. begitu juga yang kita patut rasa apabila Allah tidak memakbulkan doa kita… rasa resah dan berbalaskah cinta kita kepada-NYA…? maka, jangan berputus asa… teruskan berdoa… teruskan menyayangi.. teruskan mencintai.. 


Bayangkan.. bisikan kata cinta dalam hati kepada-NYA pun DIA bisa mengerti… DIA bisa fahami.. kerana DIA Tuhan yang Agung.. Yang Maha Mengetahui setiap yang tersurat dan tersirat didalam hati kita..


Kembalikanlah cinta kita pada yang HAK.. yakni Allah SWT…  DIA sentiasa sudi membalas cinta hamba-hamba-NYA walaupun dosa-dosa kita selautan dunia..


Lihatlah kepada mereka-mereka yang berhijrah.. tidak perlu saya sebutkan nama.. lihatlah diri mereka dahulu ketika dalam kesesatan… tetapi bukti kasih sayang Allah yang tiada bandingannya.. lihatlah perubahan mereka sekarang ini.. sehina-hina dimata manusia dahulu kita menjadi semulia-mulia makhluk.


Hidayah milik Allah… Hidayah perlu dicari… mohonlah kasih sayang Allah.. mohonlah hidayah daripada Allah agar kita bisa menikmati rasa cinta yang hakiki… rasa angau kepada manusia amat merunsingkan jiwa.. kerana pasangan kita itu tidak sempurna.. pasti ada sahaja kekurangan mereka yang menyakitkan hati kita…

Tetapi jika kita angau kepada Allah… bahagia hati.. tenteram jiwa.. kerana DIA sempurna…


Assalamualaikum~ terima kasih kerana sudi meluangkan masa… 

may Allah bless us all..

Wednesday 26 March 2014

MH370 - bukan pengakhiran tetapi satu permulaan



Assalamualaikum… selamat pagi semua..

Hari ni ramai org masih dlm kemurungan dan kesedihan diatas kehilangan MH370.

Suka saya nak ingatkan, janganlah terlalu bersedih kerana dikhuatiri kita mempersoalkan ketentuan Allah plak..

Saudaraku sekalian.. ingatlah bahawa, kejadian yang menimpa kita ini adalah permulaan kepada ujian ujian Allah yang akan menjadi lebih besar.

Kita kene sentiasa bersedia… kerana kita pun tahu setiap yg hidup pasti akan mati.. dan dunia ini mmg tidak kekal lama.. suatu hari nanti dunia ini akan musnah..

Maka, inilah masanya untuk kita mengambil satu langkah yang besar untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik.. hidup terlalu singkat untuk bersuka-ria semata2… 



Tuesday 25 March 2014

Insensitive people responsed towards MH370

Assalamualaikum semua.. dan selamat pagi..

saya percaya, hampir semua masih berada dalam keadaan yang terkejut dgn berita yang disampaikan oleh Perdana Menteri kita semalam.

pada awalnya, dengan hanya menyaksikan air muka yang dibuat oleh Dato' Seri Najib je dah menceritakan segala2nya.

Sedih dan pilu hati ini.. mengenangkan mereka, mangsa2 MH370 terpaksa melalui saat-saat yg mengerikan sebelum menemui ajal.

bayangkan jika ianya berlaku pada kita..

bayangkan jika ianya berlaku pada keluarga kita.

ketepikanlah perbezaan politik untuk seketika untuk sama2 kita bersatu berkongsi rasa simpati kepada semua ahli keluarga mangsa..

mengapa masih ada yg tidak berhati baik apabila sesama insan mengalami kedukaan?






Ya Allah.. berilah petunjuk kpd mereka yang tidak punya rasa kasih dan sayang sesama manusia..

kasihanilah mereka kerana hidup dalam kebahagiaan diatas penderitaan org lain..

 



al-Fatihah~

Monday 24 March 2014

Siapa Kanak-Kanak 80-an , sepp sket~!!



Assalamualaikum … dah petang2 ni baru ada idea nak berkongsi post apa..

Setelah puas BW blog kekawan.. barulah inspirasi tu dtg..

Rindu tak zaman kanak2 kita dulu?

Bagi yang lahir pada tahun 1980-an pasti gamba2 kat bawah ni menggamit memori indah kan..

Bg abg2 and kakak2 yg lahir pada tahun 70an atau 60an tu sy x pastilah.

Bila tgk gambar2 kat bawah ni, rasa rugi btol budak2 zaman skang ni.

Mereka kehilangan pengalaman kanak2 yg sgt berharga.

Masa mereka lebih digunakan dalam rumah main barangan electronik.

Rugi sgt kan.. dulu kita main sepuas2nya sampailah dah nak masuk senja… 

Kenangan indah and proud to be 80’s kids..