nuff said

Monday 26 August 2013

keindahan akhlak pelajar2 SMA MAIWP



Bismillahirahmanirrahim…
Assalamualaikum dan salam Monday blues..

Hari minggu baru2 ni, 91 org pelajar dari Sek Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP) telah mengadakan Kem Pecutan Akhir PMR di Kem Idaman Nurani, Ulu Langat.

Yup, khidmat aku sebagai fasilitator sudah kembali, dan selepas ini setiap minggu aku akan berada disana menguruskan peserta2 daripasa sekolah2 yang lain dan program yang juga turut berbeza.

SMA MAIWP sangat istimewa dihati aku. Kerana selama 8 tahun aku berkecimpung dalam bidang ini, SMA MAIWP bukanlah sekolah jurusan agama yang pertama aku kendali.

KISAS, UIA, SMA Batu 10 & lain-lain juga turut pernah menjadi peserta di kem tersebut.

Bukanlah mereka2 ini tidak bagus, tetapi kecantikan akhlak pelajar2 SMA MAIWP mengatasi kecantikan akhlak pelajar2 sekolah agama yang lain dgn cara yang sgt memikat hati aku.

Ini adalah subjective. Dan pada pendapat aku, SMA MAIWP punyai akhlak dan personality yang cemerlang.

Aku selalunya akan rasa rendah diri bila dikelilingi oleh orang2 yang aku tahu ilmu agama sangat tinggi kalau nak dibandingkan ngan aku.

Tudung aku tidak selabuh mereka. & aku tidaklah khatam quran sekerap mereka.

Bertudung labuh ataupun tidak, mereka tetap manusia yang tidak lari drpd diduga dan dari godaan syaitan.

Betul, ada saja diantara mereka yang sombong dan sukar didekati.
Tapi ini tidak berlaku pada aku semasa pelajar SMA MAIWP menjadi peserta di kem baru2 ini.

Tanggapan aku ternyata 200% salah.

Mereka sangat rendah diri. Murah senyuman. Kaya budi bahasa. Elok pekertinya.

Bayangkan setiap aktiviti mereka akan menghulurkan tangan untuk bersalam dan cium tangan aku.

Setiap kali berselisih bahu, akan menyapa salam pada aku.
Sebelum tidur, meminta maaf pada aku.

Ada waktu terluang akan diisi dengan berzikir, membaca tafsir & solat sunat.

Setiap kali penceramah selesai memberi ceramah, mereka menghantar penceramah sehingga ke pintu dewan dan mengucap kata2 terima kasih dan memintakan mendoakan kejayaan mereka.
masyaAllah.. mudahnya menguruskan mereka.. senang je hati ni melihat mereka.

Rasa sangat cemburu kerana tidak mampu menjadi seperti mereka.

Rasa sangat bersemangat untuk menjadi seperti mereka.

Aku mendoakan adik2 SMA MAIWP cemerlang dalam apa sahaja yang mereka lakukan baik didunia dan diakhirat.

Wednesday 21 August 2013

RIP : Bless

Assalamualaikum wbt..

hari ni tgh blogwalking and terjumpa blog lama yg dulu slalu follow..

so, nak share salah satu cerita yang begitu menyedihkan ttp memberi inspirasi kpd kami animal lovers ni..

Saturday, January 5, 2013

RIP, BLESS :((

Ini email yang Anis kirimkan kepada kami pada 29 Disember 2012 yang lalu untuk update tentang BLESS ;

Hi . Slamat malam . Sya dah ambik Bless dari klinik ptg tadi . Bless sihat Alhamdulillah . cuma pucat , darah bnyak hilang . Badan pon dah berisi . Luka surgery masih basah . insyaAllah 5 hb jan suture removal .

Saya nak bgtau yang untuk second surgery saya ada buat kutipan derma dikolej saya . Alhamdulillah saya dapat kutip rm700 tepat . dan total surgery kedua rm692.60 . tidak termasuk A/D dan vitamin tambah darah . takpe itu saya guna duit belanja saya . cuma disini , saya tidak akan meminta subsidi KTAJ sbb saya dah pun langsaikan kos pembedahan Bless . dan bialah KTAJ bagi subsidi pada kucing lain yg tak bernasib baik. saya nak berterima kasih bnyak bnyak sbb bantu saya dari segi kewangan dan support . terima kasih bnyak bnyak . ni sertakan gamba Bless yg terbaru . kalau tak keberatan . kalau admin ada tau mana mana pet shop yg jual kerusi roda kucing mintak tolong inform saya . kesian tgk Bles struggle nak main dan jalan mcm biasa. 
Terima kasih sekali lagi . insyaAllah sya akan update lagi perkembangan Bless.









Belum pun sempat kami membalas email yang Anis kirimkan, hari ini kami dikejutkan berita pemergian BLESS.


Jumaat, 4 Jan 2013, 3.36pm
Hi . Anis here . saya nak bagitau yang Bless dah mati . dua hari lepas . Maaf sangat saya lambat bagitau . sbb saya uruskan hal kolej saya sejurus lepas tanam Bless . hari ni baru saya ada masa nak email admin .

kisahnya dua malam semalam macam biasa sebelum saya tido saya akan bawak dia kencing berak dalam litter box . saya baringkan dia tepi atas bantal dia and kain dia . dia suka main tali and malam tu jugak saya main dgn dia sampai dia tertido . saya provide air sebelah dia and kibbles . masa tu dalam pukul 2 stenga pagi . saya tak boleh solat so saya bangun pukul tujuh nak bawak dia p litter box and bagi makan ubat sume saya jengah dia , dia tak bernafas . air yg provide malam tadi habes . kibbles pon luak . saya tak sangka dia nak mati sbb tanda tanda langsung . bekas surgery makin pulih and luka semua kering .

hari hari sebelumnya Bless mcm biasa sangat . makan bnyak . main . tido . tahi dia air kencing dia sume okay . :"/ saya tak tau kenapa dia mati . saya dah cuba buat yang terbaik utk dia . memandangkan saya tgh cuti sem saya jaga dia je dekat rumah sepenuh masa . maaf kalau berita ni pon buat admin sedih . sya cuma nak ucapkan terima kasih sbb bnyak tlg saya masa Bless hidup . cuma saya terkilan tak dapat jaga dia lama . terima kasih skali lagi . :'(







Melihat ketabahan BLESS mengharungi penderitaan dan menyembunyikan kesakitan membuatkan saya insaf. Sebagai manusia, saya seringkali bersedih apabila kesakitan dan musibah menimpa. Baru diberikan sedikit dugaan, manusia mudah menangis, meratap, berputus asa, mengurungkan diri, berlapar, menyalahkan takdir, malah ada yang sanggup bunuh diri.

Sedangkan, haiwan yang didera, yang hidup berjudikan nasib di jalanan menerima ketentuan takdir dan terus bersemangat untuk hidup sehingga ke hujung nyawa. Dalam kesakitan, BLESS menghabiskan makanannya supaya dirinya cepat sembuh, supaya ia dapat bermain dengan Anis dan berjalan semula dengan apa bentuk bantuan sokongan sekalipun.

Namun, takdir menentukan BLESS perlu pergi dan berakhir sudah penderitaan dan kesakitannya di dunia.

Kepada Anis, semoga tabah dengan pemergian BLESS. Kepada semua pihak yang membantu dan mendoakan BLESS, terima kasih dan teruslah membantu haiwan-haiwan yang memerlukan di luar sana. 


*apa yang Anis alami ni aku pnah lalui.. kadang2 rasa terkilan sebab kita dh cuba yang terbaik ttp masih tak mencukupi. sebagai orang Islam, kita tak boleh menyalahkan takdir dan percaya ini semua ujian dan dugaan drpd Allah.

Friday 16 August 2013

it hurts to make you happy



if it hurts to make you happy
don't pretend that I'm not fair
I'd still meet you in the middle
if you'd deign to meet me there


and I've cried small salty rivers
for the first time in some-odd years
while you wander, me forgotten
focused elsewhere, disappeared


Am I clingy, am I stubborn
if I chase down what I want
can you ask me to forget you
to become something I'm not


I'm just now learning my value
don't you go settle for second-best
I'm worth waiting, worth your patience
don't forget what I've confessed --


That I loved you, demonstrated
time and over and again
that I miss you, that I want you
don't pretend it's all a sham


I can't give up and be happy
with the person I'd become
if I've seen a goal worth chasing
I can't quit until I'm done


Though the end is rough and ragged
and I walk away alone
still, the time I spent's not wasted
through the stress I think I've grown


that the fault was ours as equals
all the other parts as well
was it worth it? Well I wonder.
As I hope that time may tell.

lonely ke?

Lonely am I

Lonely are the nights
Lonely are the days
Lonely am I, in so many ways

Lonely are the seasons
Lonely are the years

 So lonely am I, that it brings tears.

Thursday 15 August 2013

Orang Islam dan Anjing

Sumber : Omakkau's blog



ALOR SETAR - Atas dasar belas kasihan, sepasang suami isteri di sini sanggup membela kira-kira 700 ekor anjing dan 100 ekor kucing terbiar di kabin milik mereka.

Bekas kontraktor, Md Azmi Ismail, 55, dan isterinya Halija Idris, 65, membawa balik haiwan yang sakit, cacat, tua dan mengalami pelbagai masalah lain untuk diberi penjagaan sebaik mungkin.


“Dulu, kami hanya memelihara kira-kira 60 kucing sahaja. Namun, ketika itu kami tidak membela anjing berikutan tinggal di kawasan perumahan, sebaliknya hanya memberi makanan dan merawat anjing terbiar.


“Namun, atas dasar prihatin dan sayang pada haiwan berkenaan, hati saya terdetik untuk menyediakan tempat berteduh buat mereka. Jadi saya berpindah ke kawasan lapang di Jalan Tanjung Bendahara, dekat sini. Lantas, membawa pulang dan merawat anjing terbiar ini,” katanya.


Menurutnya, dia telah menganggap semua haiwan terbabit bagaikan anak-anaknya sendiri, malah tidak sanggup menjual anjing dan kucing terbiar peliharaan mereka ini walaupun ditawarkan dengan pelbagai harga oleh pihak tertentu.


Malah, mereka menumpang teduh di tanah berkenaan yang terletak bersebelahan dengan sungai bagi memudahkan mereka menyamak selepas memegang anjing.


Tak lepas daripada cemuhan


Tidak semua perbuatan kita akan dipandang tinggi, pasangan suami isteri ini juga tidak terlepas daripada berdepan dengan cemuhan dan pandangan serong masyarakat.


Menurutnya, ada sesetengah pihak mendakwa mereka tidak tahu hukum halal dan haram sebagai seorang yang beragama Islam.


"Kami dikatakan pengotor selain isteri saya juga pernah diludah.

"Dia menangis kerana terlalu sedih diperlakukan sebegitu selain mengenangkan tanggapan negatif masyarakat," katanya.


Azmi berkata, demi niatnya yang hanya mahukan haiwan-haiwan berkenaan dilindungi, dia sanggup menerima hinaan dan cemuhan masyarakat.


“Saya tak hirau apa pandangan mereka. Jika tindakan saya menyelamatkan nyawa anjing terbiar ini berdosa. Bagaimana pula jika ia dibandingkan dengan perbuatan anak muda yang terjebak dengan lembah maksiat yang setiap hari gejala itu dilihat makin membimbangkan,” katanya.


Katanya, dia mengharapkan segelintir masyarakat dapat mengubah persepsi mereka, sebaliknya memahami keadaan sebenar.

Berhutang nyawa pada anjing


Sementara itu, Halija berkata, dia terhutang nyawa sebanyak dua kali kepada anjing peliharaannya di mana  nyawanya pernah diselamatkan oleh haiwan itu daripada mengalami kecelakaan dalam dua kejadian berbeza pada tahun 2011 lalu.


Dalam kejadian pertama, dia hampir dipatuk ular senduk namun diselamatkan anjing bernama Poppy, kemudia dia diselamatkan pula seekor anjing digelar Adik ketika dia hampir lemas akibat tergelincir dan jatuh ke dalam sungai.


“Saya tak pandai berenang. Masa itu, semua ahli keluarga juga tidak ada. Jadi apabila diselamatkan anjing peliharaan, saya rasa seolah-olah macam mati hidup semula kerana ketika itu saya rasakan tiada harapan lagi untuk hidup,” katanya.


Latih cucu ambil alih rumah perlindungan


Azmi berkata, dia memerlukan kira-kira 50 kilogram (kg) beras untuk anjing terbiar peliharaannya, manakala 10 kg ikan dan makanan kucing untuk haiwan peliharaan lain pada setiap hari supaya semuanya berada dalam keadaan sihat.


“Bayangkan perbelanjaan menguruskan pusat perlindungan ini melebihi RM20,000 sebulan.


“Namun, rezeki haiwan peliharaan kami tidak pernah putus-putus kerana setiap kali memerlukan, pastinya ada bantuan dihulurkan pihak tertentu,” katanya kepada Sinar Harian.


Azmi menambah, dia juga telah melatih cucunya yang dijaga sejak kecil, Affendi Shamsul, 28, untuk membantu menjaga haiwan peliharaannya itu.


Katanya, dia juga tidak memaksa Affendi  mengurus rumah perlindungan itu.


Ia berikutan perkara yang menyentuh tanggungjawab seperti itu lahirnya dari hati seseorang.


Mereka sememangnya tidak pernah mengajar anak dan cucu untuk membenci anjing kerana ia juga adalah makhluk ALLAH SWT.


Dalam pada itu, Pak Mie melahirkan hasratnya untuk memiliki tanah lapang yang digazet menjadi tanah rumah perlindungan haiwan supaya mereka dapat meneruskan usaha menyelamatkan haiwan terbiar ini daripada terseksa.








Note : 

(1) Tidak mustahil anjing dan kucing yg dipelihara sepanjang masa mendoakan keampunan dan syurga kepada mereka sebagaimana ikan- ikan di laut berdoa memohon keampunan kepada orang yg berpuasa. beruntung lah mereka.

(2) Anjing pun makhluk Allah. tidak diciptakan ia dengan sia2. berbakti pada apa saja makhluk Allah, ganjarannya pahala.

(3) bukalah minda kita. ternyata mereka menyamak/sertu setelah bersentuhan dgn anjing.

(4) hanya Allah yang tahu tinggi atau rendah darjat mereka disisi Allah. so please stop judging them.

Tuesday 13 August 2013

Raya yang Awesome

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya...

harap2 raya you all kali ni meriah dan membawa kebahagiaan kpd diri sendiri and keluarga..

well... raya aku kali ni mmg meriah seperti yg sebelum2nya..

tahun ni lain sket sbb seolah2 tema muzikal raya... balik je drpd masjid selesai solat sunat raya, kami berkumpul di rumah opah dan bersalam-salaman sambil lagu raya dipasang kuat.

dan semua orang nyanyi lagu raya tersebut & dah mcm music video la plak.. huhuhu..

ada record video tersebut tp hanya untuk tontonan keluarga sahaja...

oh ye..tahun ni beraya di Padang Assam, Kuala Kangsar, Perak.. mmg setiap tahun akan beraya disana...

raya ke-3 dah balik ke KL untuk beraya bersama opah KL plak di Selayang... pada raya ke-4 kami gerak ke Johor untuk beraya dgn keluarga yang berada di sana juga...

mmg tak puas la raya tahun ni... rasa mcm nk sambung cuti je... tapi x boleh, sbb cuti dh abis.. sedey btol...

so... ada lah snap shot yg sempat diambil untuk perkongsian... :)

 Tema Tahun ni Hijau & Hitam

Bersalaman dengan mama
 

Bersalaman dengan Abah



 bersama Deenee and kakak


Bersama kakak

 Me,Jeff,Deenee, mama & kakak

 Jeff's gf, Atira

 resepi masakan jawa, ayam golek yg sedap. served by Atira's family
Kucing Atira
 
 pink bicycle and pink handbeg. just love it

 belongs to Mushi. Burung Kakak Tua bernama Bella. So manja & adorable


at Danga Bay


thats All :D Enjoy your Raya

Monday 5 August 2013

sweetnyerr Allah :)



Suatu hari di kantin, rakan-rakan sibuk gosipkan diriku dengan seorang guru lelaki satu ‘batch’ induksi. Masing-masing tidak membantah kerana daerah yang sama dengan tempat aku mengajar. 

Tapi takdir Allah, ada seorang guru yang aku panggil dengan panggilan ‘akak’ menyapa.

“Akak tak kisah dengan siapapun awak akan pilih, tapi satu pesan akak apa yang kita inginkan mintalah dengan Dia dalam solat dhuha. Buatlah solat dhuha dan khabarkan hajat itu padaNya.”

Aku terdiam. Setelah lama berfikir akhirnya tergerak hati ini untuk tunaikan solat dhuha. Selama ini aku sekadar membaca kelebihan orang yang tunaikan solat dhuha.
Sweetnya Allah dia sampaikan hidayah kepadaku melalui orang lain. 

Kini, impian untuk mendirikan rumahtangga telah tertunai meskipun bukan dengan lelaki tersebut.

Jam menunjukkan pukul 2 pagi, terdengar suara rengekan si kecil Zahra tanda lapar. Lantas aku bangkit untuk bancuh susu. Terdetik di hati kalaulah aku tunaikan solat tahajjud sementara menunggu Zahra habiskan susu lagi baik. Mungkin ini panggilan dari Allah untuk hamba yang dikasihiNya. 

Sweetnya Allah dia kejutkan hamba-Nya untuk bangun malam dengan cara yang cukup lembut. Adakalanya kita bangun di tengah malam untuk buang air kecil dan lapar, itulah tandanya Allah bangunkan kita untuk merintih dan mengadu pada-Nya. Namun seringkali kita alpa dan lupa.

tumblr_mhejsngjj01s3janfo1_500

Seperti biasa aku menjalani rutin harianku setiap hujung minggu untuk memandu  balik ke Terengganu berjumpa suami dan anak.  Sesungguhnya hati manusia ini sering berbolak balik. Terdetik juga di hati kenapa aku tidak mendapat peluang seperti orang lain hidup bersama-sama suami dan anak-anak. Teringin sekali masak menu kegemaran mereka untuk makan tengahari dan malam. Menghabiskan waktu petang bersama-sama.

Tapi sweetnya Allah dia ingin tarbiyyah diriku dengan sifat sabar. Tanda kasih sayang-Nya kepada hamba. Barulah aku terfikir Allah rindu akan rintihanku. Mungkin apabila bersama dengan orang yang aku sayangi, masa untuk aku mengadu pada-Nya lebih singkat dari biasa.

Sweetnya Allah aku diajar  untuk menjadi seorang yang redha dengan ujian-Nya. Aku manfaatkan masa sepanjang perjalanan selama enam jam itu untuk berzikir dan berdoa kepada-Nya agar kami diberikan kesempatan untuk hidup bersama. Dengan imtihan ini aku kenal erti kasih sayang,lebih menghargai,bersyukur, perikemanusiaan dan sabar.


“… dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), ALLAH jualah yang Maha Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Al-Baqarah, ayat 216)

Adakalanya kita persoalkan mengapa harus kita yang diuji dengan kesusahan dan kesakitan. Tapi pernahkah kita persoalkan mengapa kita yang harus mendapat kejayaan dan kenaikan pangkat ini, bukan orang lain?

Sweetnya Allah dia uji hamba-Nya untuk meningkatkan keimanan dan menghapus dosa-dosa silam jika kita redha dengan ujiannya. Di setiap kepahitan pasti ada kemanisannya.

“… di setiap kesulitan pasti ada kesenangan… di setiap kesulitan pasti ada kesenangan.” (Surah Al-Insyirah)
Kehidupan manusia di bumi tidak ubah seperti seorang pengemis. Yang sentiasa meminta pada Ya Wahab agar menunaikan segala kehendak kita. Sikap manusia yang sentiasa merasa ingin lebih dan tidak cukup menyebabkan kita sering meminta-minta.

Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki kerana nikmat yang ada pada kita adalah pinjaman Allah yang akan dipertanggungjawabkan di padang Masyar kelak.

 penulis : Nur Ruzaini Che Mansor