nuff said

Friday 29 November 2013

Testing Churp Churp for the 1st time - mohon tunjuk ajar

Salam Jumaat semua...

yeayyy esok weekend.. boleh la berehat bersama2 family tercinta.. tak gitu?

well,, as u all know yg sy ni adalah "bayi" dalam dunia blogging ni..

mmg zero knowledge tau.. apa2 yg sy buat kat blog ni adalah try n error ..

but im sure semua kat sini adalah tuk guru terbaik kan.. jadi mohon tunjuk ajar jika saya ada buat kesalahan yang besar dalam dunia blogging ni..

tadi dok godek2 blog org & terjumpa satu statement yg menyentap jiwa. katanya , apa guna buat blog kalau xde income. 

so dia ada suggest untk try out Churp Churp.. mula2 natang churp2 tu satu benda pun sy xtau.

so just ikut lah sket2 tips dia since semalam & tgk dh ada earning.. sy share plak kat FB.

walaupun x byk, tp mcm seronok la plak. & ni nk try share kat blog plak.

xtaulah betul ke x cara ni..

kalau x btul, mohon tegur n perbetulkan...  please klik ye.. mekaseh byk2.. heeeee...



Thursday 28 November 2013

Baby Kucing ku

Nama dia baby sebab bela dia since dia baby. 





Kucing yg berwarna Oren ini dibesarkan dgn susu F&N je taw.

Bancuh susu letak dalam botol susu budak kecik tu.

bila sy goncang2 botol susu tu, terkedek2 dia lari menghampiri sy. 


Baby ni masa kecil suke tido bawah leher sy. Nasib baik sy ni jenis x sensitif bahagian tu.

Baby ni brutal sangat. Sangat garang, even anjing pun takut ngan dia. Tapi baby ni sgt comel n manja sebenarnya bila bsama ngan sy. tp kalau belai dia lebih2, dia akan gigit tgn sy.

Pnah satu hari tu baby demam panas. bagi dia makan xnak. daging, ikan, ayam semua dia xnak.
 

sedih sgt waktu tu. kebetulan masa having dinner, makan double cheese burger McD . Baby dtg dekat ngan cium2 burger tu. saya cuit sikit dgg burger tu bg kat dia.
Alhamdulillah dia makan & mintak lagiiii~~~ 


so, memandangkan baby dh lama x makan, sy berkorbanlah bg burger tu kat dia & sy makan fries sahaja. & baby terus sembuh.

hamboiiii~~ bukan main lagi dia punya ubat nk sembuh. burger mcD ok..
 

& baby lain drpd kucing lain. Bila dia nk beranak. dia xnak kotak atau tmpat2 yg tersembunyi. dia mesti nk beranak depan mata tuan dia.

pnah baby beranak atas katil sy sewaktu sy tido. sedar2 ada anak kucing kat sebelah.

depan TV pun pnah masa abah tgh tgk TV. & yg terbaru ni.. dia beranak atas kepala abah sy waktu abah tgh tido.

kalau tuan dia xde depan mata mula la meroyan. bila smua org kat dapur. dia angkut anak2 dia ke dapur.

pelik kan baby ni. sayang benor dia pd kami smpai x bleh bpisah sikit pun.

baby adalah kucing kedua paling sy syg selepas Ellie.

Mungkin ada yg tau pasal Ellie di Sini . sy pnah cerita ttg kematian Ellie yang baru berlaku bulan 3 tahun ni.

sedihnya tak hilang lagi. tak sanggup nk hilang baby yg sy dh jaga selama 9 tahun ni.

hope baby tau yg sy pun syg yg amat pada dia.

moga2 Allah lindungi baby drpd kecelakaan dan memberi baby kesihatan yg baik.

Amin~~

Im sure akak2 & abng2 yg ada bela haiwan peliharaan pun rasa yg sama spt sy rasa.

hakikatnya, hnya animal lovers yg mengerti bahwa mereka ni bukan sahaja dianggap sebagai pet, tp keluarga.

Sunday 24 November 2013

Surprised Bday for my dear friend

Assalamualaikum & Salam Hari Ahad kepada semua bloggers yang sudi berkunjung ke blog sy yg biasa2 saja...

alhamdulillah, bersyukur ke-hadrat Ilahi kerana masih dihidupkan oleh-NYA untuk terus beribadat dan membuktikan kasih suci cinta kita pada-NYA.. amin..

Jom berselawat keatas rasul junjungan , Nabi Muhammmad SAW.. Insan Teragung.

Hari ni sy baru selesai menguruskan adik2 drpd IKRAM. Tapi hari ni sy bukan nak berkongsi cerita mengenai aktiviti2 yang dijalankan bersama mereka tetapi saya ingin berkongsi pengalaman menyambut bday kawan baik sy yang terkenal ngan gelaran ain kecik.

seperti ada yg sedia maklum bahawa sy ni suke buat surprise bday party. boleh rajinkan diri cari di post2 yg lama.. :) & dia digelar ain kecik kerana sy pun bernama ain jadi dia digelar kecik sbb dia lebih kecik drpd sy.

pada 20th November 2013, sy dan kawan2 (Nurul,Anis,Dayah,Ika,June,Osman) dah plan akan berkumpul di Kenny Rogers Sunway Pyramid. Sy siap berpakat dgn adik Ain Kecik, si Hawa ni.

pukul 8.30 malam sharp, Hawa bawak Ain Kecik dalam restaurant tersebut dan kami muncul drpd belakang terus jerit "Surpriseeee!!!!" & menyanyikan lagu Happy Birthday & Allah Selamatkan Kamu...

ternyata plan yg dirancang selama sebulan menjadi. Alhamdulillah.

yg paling special,, sy minta semua kawan2 terapat kami untuk mengambil gambar masing2 dengan memegang huruf yg dipilih & sy cantumkan agar menjadi perkataan "Happy Birthday Ain" 

Selesai makan , kami ke ruang depan Hotel di Sunway Pyramid untuk bergambar. Kami x stay lama pun dalam 10 lebih dh balik sebab masing2 bekerja keesokan harinya..

kepada Ain Kecik, semoga kamu sentiasa dalam lindungan Allah dan happy selalu. Thanks sbb jadi kawan yang terbaik kpd kami.. u r the best.. love u so much.. ^___^

ni antara gambar2 yg sempat diambil untuk perkongsian semua...













Monday 18 November 2013

Sempurnakah Aurat Kita?

Bismillahirahmanirahim & Salam Hari Isnin to all..

bersyukur ke-hadrat Allah swt kerana masih diberi kesempatan untuk menulis..

hari ni nak berkongsi ttg aurat wanita ... isu yang tidak pernah akan sunyi...

mmg semua orang sedia maklum aurat wanita islam itu adalah muka & kedua2 tapak tangan sahaja.

tapi lumrah kita manusia suka mengambil ringan akan sesuatu yang berat azabnya.

mari kita muhasabah diri kita semula dan anggap penulisan saya ini adalah teguran dan nasihat yang penuh kasih sayang kepada muslimah diluar sana. Janganlah kita mengeji dan janganlah kita menghina seseorang yang tidak sempurna penutupan auratnya.

husnuzon lah.. bersangka baik lah.. bahawa mereka dh cuba yg terbaik... dan tanggungjawab kita untuk memperbetulkan kesilapan yg mereka lakukan..

lihatlah gambar dibawah ini... Gambar No.1 diambil sendiri oleh saya di Stesen Monorel Titiwangsa. Manakala Gambar No.2 diambil drpd google.



 

kalau dilihat pd Gambar No.1 , kita akan kata bahawa auratnya tidak sempurna & salah & tidak boleh diterima..

ingatlah kakak2 & adik2 ku sayang.. bahawa hukumnya tetap sama dengan gambar no.2 yang rata2 dah jadi normal pada masyarakat kita.

persamaan gambar no.1 dan gambar no.2 adalah kedua2nya mendedahkan aurat. thats it. simple.

akan ada org yg mencemuh.. "baik x payah pakai tudung" DONT!!! jangan kita menghina mereka.

sebaliknya tegur dgn penuh kasih sayang kerana barangkali mereka tidak tahu.

mustahil bukan untk mereka tidak tahu? sebenarnya tak mustahil kerana sy pnah seperti gambar No.2 satu ketika dahulu sehingga makcik saya menegur dgn penuh hemah dan sikit pun hati tidak terguris dgn tegurannya.

so, please my dear sisters... cover our aurat properly..

“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir darinya. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka. (an-Nur; 31).

Diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Baihaqi dari Saidatina ‘Aisyah yang menceritakan; “Suatu hari Asma’ anak saidina Abu Bakar masuk untuk berjumpa Nabi s.a.w.. Kebetulan ketika itu ia memakai pakaian yang nipis (yang menampakkan bayangan kulitnya). Nabi s.a.w. lalu memalingkan pandangan darinya sambil bersabda (maksudnya): “Wahai Asma’, seorang wanita apabila telah datang haidh (yakni telah sampai umur baligh) tidak harus dilihat dari badannya melainkan ini dan ini sahaja”, sambil baginda menunjukkan kepada muka dan dua tangannya” (HR Imam Abu Daud). 

*peringatan untuk diri sendiri yg alpa juga

Sunday 17 November 2013

Rindu semua... :(



Assalamualaikum & Salam Hari Minggu... 

walaweeii padahal dah malam ahad ni.. 
semua bad mood nak keje sok... yup.. Monday again..


To me , this week makes no different la..


Lately ni x dpt melepaskan windu kpd kakak2 & abang2.. aarrfhhhghh windu nk blogwalking & windu nak membaca~~

InsyaAllah, mulai esok akan start balik slow2.


Punca utama kesibukan yang melanda ni kerana skang ni im officially working at my new office.


Sebelum ni office kat Jalan Ampang, KL but now kat Bangsar.


Stress btul sebab bos bg keje last minit.. seriously a week before moving baru bagi everything untuk apply TNB la,,, panggil Movers la,, staff allocation for workstation’s plan,, tenancy agreement la,, packing barang2 HR la,,, & bykkkkk tak terkata.


Mmg tak cukup tangan... & balik keje agak lewat sbb nak memastikan takde yg ketinggalan.


During weekend plak,, semalam & hari ni (sabtu & ahad) , only few selected people yang kene datang to new office untuk ensure semua in order. & i was one of the lucky one yg dipilih la.. ceesss...


I have no weekend this week.



Sok keje.. byk kotak x punggah lagi.. tak tau lah mcm ne nk wat keje sok...


Penat + stress.. bos hanya tau .. “make it work” or “make it done” .. senang je ko cakap kan...


Huuuuu.. mekasehlah sudi membaca luahan hati kepenatan diri ini...


Xde benda menarik lagi nk share.. tak dpt inspirasi lagi... perhaps lepas baca blog2 kesayanganku dpt lah memberi cetusan idea untk next post...


Thanks for reading... adiosss~~

Tuesday 12 November 2013

Lupa Beli Tiket - kene marah mcm buat jenayah



Bismillahirahmanirahim dan gud morning ya all~~

 Salam hari selasa~~
Ni.. nk berkongsi satu cerita ni yg baru berlaku pagi tadi di KL Sentral . ni tak bekfast lagi taww..

Nak citer dulu baru ada selera nak makan.

Hmm.. kenapa ye masyarakat kita ni suke sgt double standard & berlagak samseng?

Lebih2 lagi dengan golongan yg lemah.. paling tak suke org yg mcm ni.

Tadi ada satu insiden dimana ada seorang mamat bangla ni.. xtau la bangla ke apa tapi muka ala2 india + arab lah.. berpakaian agak serabailah.. dia gagal menunjukkan tiket yg sah semasa turun di stesen KL Sentral.. lepas tu terus kene marah ngan pegawai KTM tu dikhalayak ramai… depan penumpang2 yg lain.

Ada plak polis bantuan wanita ni join sekaki memarahi mamat bangla tersebut.. boleh plak dia kata “byk canteekk muka ko~~!!” I was like.. what the *&^%^!!

Adakah kata2 itu patut keluar drpd mulut seorang polis?

KTM ni takde etika ke dalam berurusan dengan orang yg gagal menunjukkan tiket yg sah?

Mmg semua sedia maklum akan dikenakan denda. 

So just bawaklah mamat tu ke tepi or kaunter dan terangkan pada dia elok2 denda yang dicas kan kpd dia.

I mean like.. dia tu org luar.. tgk pun tau.. negara dia mungkin dia x berpeluang nk naik tren. So, dia mesti melakukan kesilapan yang mmg tak disengajakan.even org kita sendiri pun pnah tersalah tunjuk tiket.

Boleh je jadi stesen KTM yang mamat bangla tadi naik tu pun x ketat kemasukkannya sampai ada yg terlepas.
Kesian tgk muka dia kene marah tadi.. agaknya kalau omputih yg mcm tu kene marah tak?

Just becoz dia bangla/indon/bangsa yg berkulit gelap doesn’t mean mereka xde hak untuk dihormati.

Kita ni drpd negara maju dan bertamadun, so kita patut tunjuk contoh yang baik.

Tadi rasa nk tegur je sikap polis dan pegawai tadi.. 
but im sooo rushing..

insyaAllah nanti nk tulis email kepada KTM untk segera atasi masalah sikap ni.

Orang lupa beli tiket je kot.. dh kene marah mcm bunuh org.. mcm melakukan jenayah besar plak.

So, harap2 kita semua muhasabah diri kita semula.

Org melayu mcm kita ni pun ada je yg pandang hina . 

so, kita patut tahu betapa sedihnya bila kita dipandang rendah kerana bergelar melayu… so why nk layan bangsa lain pun mcm tu..

Thanks for reading… sorry coz emo…

 I cant tolerate discrimination. :)

Friday 8 November 2013

Puisi - Lelaki yang dulu bukanlah yg sekarang



 Assalamualaikum wbt & Salam Jumaat semua.
been so bz today sbb dh nk pindah office by next week.
sorry x sempat nk blogwalking.
will do this weekend.. :)
hanya nk berkongsi Puisi untuk Kaum Adam drpd Kaum Hawa.
sumber : UNKNOWN

Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa,
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan,
kerana aku buruan syaitan.

Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan
kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman,
itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya.
Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku
nescaya merahlah dunia kerana darah manusia,
kacau-bilaulah suasana, 
 
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil
sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah
yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu
tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku,
bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tapi.....aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku
mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
Namun.....terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam,
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan
kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.
Kau diberi amanah untuk mendidik aku,
kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku,
memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu. 


Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini,
aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu.
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan.
Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah.
Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku.
Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.


Tapi......realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya. 
 
Adam..... mengapa kau biarkan aku begini?
Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu.
Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu.
Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata.
Padahal, kau duduk saja.
Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja.
Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba,
kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara.
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam.....
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong,
maka Adam yang patut tanggung!
Kenapa? Mengapa begitu ADAM?
Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak bapak tak pandai didik,
jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar!
Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu
dengar kata,
tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini

Adam,
seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama
seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?
Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka?
Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam....
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu,
aku adalah pengikut-pengikutmu
kerana kau adalah ketua.
Jika kau benar, maka benarlah aku.
Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku...akalku satu nafsuku beribu! 
 
Dari itu Adam,pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai,
sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. 
 
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah,
perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. 
 
Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam,
Andainya aku masih lalai dengan karenahmu sendiri,
masih segan mengikut langkah para sahabat,
masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah,
dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. 
 
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu.......