nuff said

Monday 18 August 2014

Kata-Kata Motivasi daripada Pahrol M Juoi

Assalamualaikum dan selamat pagi semua~

Mari kenali sumber inspirasi saya yakni penulis kegemaran saya iaitu Pahrol Mohd Juoi.

Penulisan beliau yang sangat simple dan mendalam sesungguhnya memikat hati saya.

Bukan penulisannya sahaja yang memikat hati ini malah kata-kata hikmah yang dilontarkan oleh beliau juga sangat menyenangkan untuk dikongsikan bersama-sama masyarakat.

Saya suka dengan penulisan beliau yang penuh dengan kata-kata nasihat. Takde sedikit pun yang mencela mahupun menyindir mana-mana pihak.. Kata2 nasihat dan dakwah yang disampaikan oleh beliau penuh dengan kasih sayang dan kelembutan.

Ok.. here goes~ 


  • Pahrol Mohamad Juoi 
  • dilahirkan di Ipoh, Perak pada 20 hb. Mei 1961.
  • bergiat dalam bidang penulisan dan dakwah since 1985
  • merupakan salah seorang penulis lyric lagu-lagu nasyid Hijjaz, Rabbani, Raihan, Inteam, UNIC, Saujana, Mestica, Firdaus, Saffone, Nowseeheart dan lain-lain. Antara lirik nasyidnya yang popular ialah Sumayyah, Suci Sekeping Hati, Mendamba Kasih, Siti Khadijah, Cinta Zainab, Setanggi Kasih, Zinnirah, Umar Al Khattab, Salehuddin Al Ayubi, Ratu Syahadah dan lain-lain lagi. 
  • Beliau juga menghasilkan skrip bagi rancangan TV antaranya Raudhah (ASTRO). Menjadi Pengacara dalam rancangan Islam di RTM.
  • Hingga kini beliau telah menulis beberapa buah buku dari pelbagai genre penulisan. 
  • Antaranya: Melawan Arus (antologi cerpen), Jendela Hati (antologi Sajak), Turki: Iktibar Sebuah Empayar (kembara), Ideologi Kamal Ataturk dan kesannya terhadap Turki (politik), Tentang Cinta (remaja), Dua hati Satu Rasa, Untukmu yang Tersayang, Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir. Terkini, 
  • Beliau juga adalah ketua editor majalah SOLUSI keluaran Telaga Biru Sdn. Bhd.

Dan diantara kata-kata motivasi / nasihat oleh beliau yang saya suka adalah :-

  • Kadangkala bersedih dengan kesusahan orang lain lebih mudah daripada merasa gembira dengan kesenangan orang lain.
    Untuk simpati mudah, untuk tidak hasad payah.
  • Kerap dipesankan jangan membenci pendosa tetapi bencilah dosanya. Begitulah juga apabila diri kita sendiri berdosa, bencilah dosa kita tetapi jangan sekali-kali membenci diri sendiri. Tetaplah sayangkan diri kerana itulah bekalan untuk bertaubat. Membenci diri sendiri hanya akan menjerumuskan kita ke lembah kecewa dan putus asa...Ya Allah kami sedang belajar untuk mencintai Mu, walaupun cinta itu sering terganggu. Ya Allah, didik dan bantulah hati kami untuk mudah ingat kepadaMu. Amin.
  • Ramai yang meninggalkan kebenaran bukan kerana tidak yakin akan kebenaran itu tetapi kerana tidak sabar menunggu kebenaran itu mencapai kemenangan....Biar tidak menang asal tetap benar. Kerana kebenaran itu adakalanya kalah di dunia tetapi tetap menang di akhirat.Akhirat bukan tempat pulang orang yang kecewa tetapi di sanalah tempat berehat orang yang tegar dalam berjuang. Tidak percaya? Lihat pada Rasul-Rasul yang dibunuh, Sumaiyah dan Yasir yang terkorban... dan deretan 'unsung hero' yang syahid sepanjang jalan jihad ini.
  • Aku bertanya kepada guru ku, "mengapa aku lihat ada orang miskin yang lebih pemurah daripada orang yang kaya?"Guru ku menjawab, "... kerana keupayaan memberi itu ditentukan oleh kualiti jiwa bukan kuantiti harta."
dan banyak lagi~

perkongsian beliau boleh diikuti di laman facebook  dengan tekan SINI

Thanks for reading~ 

No comments: