nuff said

Tuesday 7 October 2014

Serikandi Memanah Berkuda Negara - Erina Emelina

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Eid Adha kepada semua~

Syoknya cuti beraya dan hari ni moh kita kembali kerja.

Ok. Hari ni suka saya nak kongsikan tentang Memanah Berkuda.
Sukan yang agak asing di Malaysia yang mula mendapat perhatian ramai semenjak tersebarnya gambar saudari Erina Emelina yang sangat style mencuri perhatian ramai dalam aksi memanah berkuda yang diceburi olehnya.

Tahukah anda bahawa sukan memanah berkuda ini sangat sinonim dengan islam?

Nabi Muhammad SAW dan para sahabat dahulu berperang dengan menunggang kuda dan memanah merupakan salah satu alat perang yang sangat terkenal selain daripada pedang.

Terdapat banyak hadis Nabi mengenai memanah dan menunggang kuda dan diantaranya adalah :

Rasulullah SAW, “Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani)

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari mengisahkan: “Nabi SAW melalui satu kawasan di mana sahabat sedang memanah. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya datuk kamu, Nabi Ismail adalah seorang pemanah. Memanahlah dan aku bersama Bani Fulan (salah satu kumpulan pemanah).” Lalu kumpulan satu lagi berhenti memanah. Rasulullah SAW bertanya: “Kenapa kamu berhenti memanah?” Jawab sahabat: “Bagaimana kami hendak memanah kamu berada bersama kami.” Nabi SAW menjawab: “Memanahlah, aku bersama kamu semua.” (Hadis riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda: “Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah berarti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara: Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah); Seorang yang mendidik kudanya; Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya; Belajar berenang.” (Riwayat Thabarani)

Siapakah Erina Emelina Ismail?

Erina Emelina Ismail merupakan wajah baru bagi Sukan Memanah Kuda Malaysia. Gadis berusia 24 tahun yang berasal daripada Shah Alam ini baru sempat berlatih dalam bidang sukan memanah ini selama 6 bulan sebelum menyertai Kejohanan Memanah Berkuda Antarabangsa yang berlangsung di Kuala Lumpur. 

Walaubagaimanapun beliau telah mempelajari asas berkuda ketika di bangku university lagi di Universiti Teknologi Malaysia di Skudai, Johor. Beliau, berkelulusan kejuruteraan mekatronik dan juga merupakan presiden Kelab Ekuin di universiti tersebut.

Pujian daripada experts dan jurulatih.

“Nampaknya Malaysia mempunyai pemanah berkuda yang berbakat dan cemerlang”, kata Lukas Novotny yang mewakili Amerika Syarikat - pemenang keseluruhan pertandingan-

“Erina akan berusaha sedaya mungkin untuk menguasai dan memperkemas sesuatu teknik itu sehingga sempurna. Saya lihat dedikasi beliau memang tinggi berbanding ramai pelajar lain”, kata Mohd Azizul. Guru memanah pertama beliau ialah Mohd Azizul Idris, pengasas Pusat Sukan Memanah Tradisional Bow and Arrow di Sungai Buloh.

Pencapaian setakat ini

tempat ketiga dalam kategori ‘moving target’ dalam acara Sukan Memanah Berkuda Antarabangsa


Jom tengok gambar beliau.

GAMBAR NI PALING WIN~!



No comments: