nuff said

Thursday 30 January 2014

Balik Kampung Bawa Kucing2



Assalamualaikum dan salam hari khamis semua… 

Hmm rasa mcm hari jumaat plak ye… tak sabar nk bercuti esok..
Dapat la balik Kampung tercinta di Perak..

Nak balik kampung ni mmg penuh la kereta.. 

Sebab angkut sekali kucing2 ku syg Tuah,Gizmo,Tupes dan Hana..
Manakala Baby,Caca,Momot dan Jojo tinggal kat umah.. sebab mereka ni otai..

Dan tak suke merantau naik kete… bagi mereka rehat kat rumah tanpa gangguan saya yg suka cium peluk mereka setiap masa…
 
Jadi, pada sapa2 yg balik kampung nanti hv a safe trip ok dan enjoy the weekend..

Sedikit cartoon untuk cats lover… berehatlah bsama si comel..



Thanks for reading~

Assalamualaikum ^__^

Tuesday 28 January 2014

Patut ke tak patut guru menghukum pelajar?



Bismilahirahmanirahim.. Assalamualaikum semua.. 

Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk bernafas dan dikurniakan kesihatan yang baik dan marilah berselawat ke atas Rasul junjungan Nabi Muhammad saw moga2 kita antara umatnya yang bertuah untuk memiliki syafaat daripada Baginda kelak.. insyaAllah..

Pernah tak korang kene denda dengan cikgu? Samada kesalahan melakukan masalah disiplin ataupun kerana tidak membuat kerja sekolah… dan apakah bentuk denda dan hukuman yang dikenakan oleh cikgu korang dulu?

Sy adalah salah seorang pelajar yg kerap didenda oleh guru dahulu. Tetapi, walau seteruk mana pun sy kene, sy takkan sesekali mengadu pada abah dan mama.. ntah lah.. xtau kenapa x ngadu dulu.. maybe sbb lepas je kene denda/hukuman, sy terus melupakannya dan tak ambil peduli pun. Maybe sebab tu sy xde benci mana2 guru.. sy tak berdendam.. tak tahu kenapa time tu baik sangat.. hehe..

Alah.. denda kene berdiri atas kerusi tu tak payah cakap lah.. banyak kali.. mcm dh xde perasaan..
Kene berdiri luar kelas berjam-jam lamanya pun xde hal..

Tapi diantara denda yang sy tak boleh lupakan adalah ketika saya darjah 3..  dimana ketika itu sy lupa nak bawak buku teks bahasa melayu.. bukan saya je lupa, ramai yg lupa.. ada lah dlm 5-6 org kot x bawak. Tapi masing2 keluarkan buku lain konon2 tu buku teks bahasa melayu untuk mengaburi mata cikgu. 

Saya plak ketika tu jujur lah plak.. tak keluarkan buku pun.. sbb dh x bwk, buat apa nk tipu kuarkan buku lain.. akibatnya , sy didenda berdiri di luar kelas.. bukan kene denda je, siap kene kutuk ngan cikgu macam2… padahal ada je member lain yg x bawak, tapi sy x kantoikan mereka.. 




Kemudian, denda yg lain plak masa sy darjah 2 kot.. sy lupa bawak buku music.. apa lagi.. cikgu suruh susun 10 jari atas meja dan diketuknya jari jemari sy dgn pembaris kayu yg panjang… perrghh.. rasanya mmg mengancam.. sakit gilerr… menangis sikit lah.. tp lepas kawan ajak main terus lupa sakit tu..

Syukur, alhamdulillah.. selepas kejadian2 tu membuatkan sy jd insan yg lebih baik.. lebih hormat dan takut pd cikgu.. nak bg jawapan bodoh ngan cikgu pun takut x mcm budak2 zaman skang yg loya buruk bukan main..  bak kata abah saya,, sekolah skang tusyen smpai ke petang.. tapi bebudak x jugak pandai2. 

Kenapa ye?

U all mcm ne?

Mesti pnah kene denda gak kan?

Sudilah berkongsi pengalaman.. 

Thanks for reading ^___^

Sunday 26 January 2014

dia adik aku lah , LOL



Bismillahirahmanirahim~~ & Assalamualaikum~~

Salam ahad semua... syukur kepada Allah swt kerana masih berkesempatan untuk update blog dan jenjalan cari ilham di blog kawan2...

Hari ni tergerak hati nak berkongsi kisah peribadi saya iaitu kisah keluarga saya yg agak unik but really proud of it and feel so blessed with it..

Saya mempunyai 4 orang adik beradik termasuk sy .. 2 orang sama bapa manakala 2 lagi lain bapa, hasil perkawinan mama kali ke-2.. 
jadi sama mak yg melahirkan yang menyusukan yang membesarkan..

walaupun sy ada 2 lagi adik yg lain bapa, mereka tetap adik kandung sy.. setelah dirujuk dgn ustaz/ustazah makcik2 pakcik2 yg mahir ttg ilmu agama...  hukumnya mereka adalah mahram saya.. tidak boleh berkawen ngan mereka ..

Walaupun berlainan bapa,, hubungan saya dengan adik lelaki sy Jeff dan deenee sgt sgt rapat... kami langsung xde gaduh2 pun malah sgt menyayangi antara satu sama lain..

Tapi... tetapi.. macam mana nk buktikan kat masyarakat yg kami ni adik beradik? Kalau tgk kad pengenalan... nama bapa berbeza... lebih2 lagi mana ada nama mak kat kad pengenalan.. takkan nk bawak surat beranak plak.. btw sy pun xtau mana pergi surat beranak sy dah.

The reason why sy bangkit issue ni kerana apabila kami sekeluarga bercuti.. opkos amek 1 bilik je.. kekadang mama & bapa tiri nk kuar berdua .. dating ler tu.. dan tinggalkan sy dan adik sy jeff dlm bilik berdua... i mean no harm.. bcoz kami mmg adik beradik.. tp buatnya jabatan agama dtg serbu, mcm ne nk buktikan kami adik beradik?

Nak jalan2 sama2 kat pantai pun kene pikir.. takut kene cekup.. mama kata,,, bawak la gambar keluarga... adoyayy mama ni buat lawak plak.. sapa2 pun bleh amek gambar ramai2 and claim that they are family.. 

Dilemma sungguh... takkan nk tunggu kene seret ke balai,, baru cerita setel.. kalu bleh xnak lah smpai ke balai ye dok.. bikin malu n mencemarkan maruah je..

So,, sampai skang masih xde solution...  & buat masa ni x kene cekup lagi lah hehehe.. 




What say you..?? ^___^

Thanks for reading

Friday 24 January 2014

Senyum Jerr lah :D



Assalamualaikum wbt.. Salam Jumaat semua..

Moga2 semua berada dalam lindungan Allah swt.

Lately ni, agak bz dgn kerja and urusan peribadi..

Rindu nak jenjalan kat blog akak2 n abg2..

insyaAllah, ada masa, sy singgah ok.. please sediakan kopi n biskut lutut..

nothing much to say..

just keep smiling.. ^__^




Wednesday 22 January 2014

Wordless Wednesday : This is how i feel

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

gambar di bawah benar2 menunjukkan apa yg saya rasa ketika ini..

rasa lemah.. tak berguna... kerana tak mampu berbuat apa2 untuk membantu mereka..

hanya doa yang mampu diutuskan.. 

“Ya Allah, kami mohon kepadaMu, agar diperelokkan agama yang menjadi pegangan urusan hidup kami, dunia yang menjadi tempat sementara hidup kami, akhirat yang menjadi tempat kami akan kembali, jadikanlah hidup ini untuk menambahkan kebaikan dan mati kami untuk merehatkan diri dari segala keburukan.

Ya Allah, perbaikilah diri antara kami, jinakkanlah antara hati kami, tunjukkanlah kami jalan yang selamat, selamatkan kami daripada kegelapan kepada yang terang, jauhkanlah kami daripada perbuatan keji, baik yang nampak, mahupun yang tersembunyi, ya Allah, limpahkan keberkatan kepada kami, pendengaran dan penglihatan kami, para isteri dan anak-anak kami, sahabat handai dan rakan taulan kami serta pemimpin kami yang telah berjasa kepada kami."