nuff said

Friday 19 July 2013

My Fav Blogger : Dr Asri Zainal Abidin

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua..

siapakah pendakwah kegemaran uolss~?

well... aku ada ramai favorite ustazs and ustazah.. tp yang aku paling rajin follow ialah Dr Asri Zainal Abidin..

follow bukan stalking tau.. but aku suke baca penulisan beliau di laman blog rasmi di link INI .

dengan menggunakan bahasa yang mudah dan penjelasan diselit dengan sumber rujukan mmg sesuai untuk menangkap mata aku untuk terus membaca.

aku kagum dgn beliau dengan ketinggian ilmu agamanya.

so, aku nak share sket penulisan terbarunya yang bertajuk Islam Dan Kebebasan Budaya Serta Fesyen .

semoga perkongsian ini membawa manfaat pada sesiapa yg membaca..

ISLAM DAN KEBEBASAN BUDAYA SERTA FESYEN
(artikel 2007)
 
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Dalam satu majlis kerajaan di Arau, beberapa orang bukan muslim mengambil keputusan untuk tidak menyertainya disebabkan majlis tersebut menetapkan songkok sebagai pakaian rasmi majlis. Mereka merasakan ini seakan menyuruh mereka memakai pakaian Islam sedangkan mereka bukan muslim. Sebenarnya, ini hasil dari salah faham mereka terhadap pakaian dan kebudayaan.
Songkok sebenarnya bukan pakaian agama Islam. Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabah baginda tidak pernah memakai songkok. Sebaliknya, ianya merupakan budaya orang di sebelah India dan kemudian dibawa ke Nusantara. Namun saya tidak begitu terkejut dengan salah faham mereka. Sebabnya, saya pernah menghadiri satu mesyuarat perbincangan hukum syarak di peringkat kebangsaan, salah seorang tokoh agama yang dikenali mencadangkan agar dilarang orang Islam memakai baju cheongsam cina atau kurta kaum India. Saya amat terkejut dengan pandangan sempit seperti itu. Bayangkan jika itulah hukum Islam, apa akan terjadi dengan orang Islam di negeri China dan India. Amatlah berat sebelah Islam ini jika ia mengharamkan cheongsam cina dan kurta india, tetapi membenarkan baju melayu. Padahal kesemua pakaian itu tidak dikenali pada zaman Nabi s.a.w. Dari sudut sejarah pula, Islam sampai ke China dan India mendahului Alam Melayu.

Tidak Menghapuskan Budaya

Mereka lupa bahawa antara faktor yang membawa Islam berkembang pantas kepada setiap bangsa dan daerah adalah kerana Islam itu tidak menghapuskan budaya dan adat resam sesuatu bangsa atau negeri selagi mana ianya tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam atau menyebabkan orang salah faham terhadap Islam. Maka Islam mengakui pakaian, bahasa dan kesenian sesuatu kaum selagi tidak menyanggahi nas-nas al-Quran dan al-Sunnah. Sebaliknya, jika adat dan kebudayaan itu menjurus kepada unsur syirik seperti amalan tepung tawar dalam masyarakat melayu, atau tokok-tambah dalam agama yang mengelirukan hakikat sebenar Islam, maka ianya ditentang dan dihapuskan.
Hal ini jelas dalam hadis-hadis Nabi s.a.w, antaranya: Daripada Anas bin Malik r.a.,
“Apabila Nabi s.a.w ingin menulis surat Rum . Lalu diberitahu kepadanya bahawa mereka itu tidak membaca surat yang tidak mempunyai cop. Lalu baginda membuat cop daripada perak. Kata Anas: seakan aku masih melihat kilauan cop berkenaan di tangan Nabi s.a.w. berukir Muhammad RasululLah”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini jelas menunjukkan baginda Nabi s.a.w meraikan kebiasaan sesuatu kaum selagi ia tidak menyanggahi prinsip Islam. Baginda tidak berkeras dengan menolak protokol tersebut atau tidak mempedulikannya. Padahal jika Nabi s.a.w tidak mengikut kebiasaan mereka lalu mereka menolak surat baginda, kerugian hanya balik kepada diri mereka semata. Kedudukan baginda sebagai nabi dan rasul jauh lebih tinggi dari mereka semua. Namun, baginda berlunak dalam hal yang seperti ini.

Fleksibiliti Dalam Pakaian

Rasulullah s.a.w. juga bersifat fleksibel dalam soal fesyen pakaian selagi tidak melanggari batas syariah dan nilai kesopanan. Baginda s.a.w menggalakkan warna putih, namun hadis-hadis menunjukkan baginda juga memakai warna yang lain. Baginda memakai berbagai-bagai pakaian dari berbagai negeri seperti Yaman, Najran, Mesir dan lain-lain. Bahkan dalam hadis dari al-Mughirah bin Su’bah, beliau berkata:
“Sesungguhnya Nabi s.a.w memakai jubah Rom –dalam sebahagian hadis disebut jubah syamiah (negeri Syam)- yang sempit kedua tangan bajunya” (Riwayat al-Bukhari, Muslim al-Tirmizi, al-Nasai dan lain-lain).
Padahal Rom ketika itu adalah tamadun besar Kristian bagaikan Dunia Barat pada hari ini. Namun jubah Rom atau syamiah tiada kaitan dengan agama berkenaan, ia adalah pakaian bangsa, maka baginda memakainya. Lihat apa kata sarjana agung umat ini Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.a (meninggal 728H):
“Rasululah s.a.w itu pernah memakai gamis (baju labuh) dan serban, baginda pernah memakai kain sarung dan ridak (baju separuh yang dipakai bersama kain sarung), baginda pernah memakai jubah dan farajiah (baju besar dan panjang kedua tangannya). Baginda pernah memakai pakaian dari jenis kapas, bulu dan selainnya. Baginda pernah mamakai jubah bulu ketika bermusafir. Baginda juga memakai apa yang dibawa dari Yaman dan selainnya. Kebanyakannya dibuat dari kapas. Mereka (pada zaman tersebut) juga memakai buatan Qibti Mesir yang ditenun dari kattan. Maka, bererti sunnah Rasulullah s.a.w dalam hal ini adalah seseorang memakai pakaian dan memakan makanan yang mudah didapati dalam negerinya. Maka perkara ini berbagai-bagai, berdasarkan keperbagaian negeri” (Ibn Taimiyyah, Majmu’ah al-Fatawa, 11/541, Riyadh: Maktab al-Abikan).
Kata al-Imam Ibn Qayyim (meninggal 751H) pula:
“Petunjuk Nabi s.a.w dalam berpakaian itu adalah memakai apa yang paling bermanfaat (sesuai) untuk badan, yang paling ringan dan paling mudah untuk dipakai dan ditangkalkan” (Ibn Qaiyyim, Zad al-Ma’ad, 4/237, Beirut: Muassasah al-Risalah).
Lucu Selipar Nabi

Saya begitu hairan apabila ada orang yang berkempen memakai selipar Rasulullah s.a.w. yang ditemui rupa bentuknya oleh orang kita. Setelah menyemak, reka bentuknya itu tidak pula saya temui dalam hadis-hadis yang sahih. Jika ada sekalipun, itu bukan kempen agama ini. Rasulullah s.a.w memakai apa yang terdapat dan mudah pada zamannya. Baginda s.a.w. sendiri bukannya tukang kasut yang menentukan reka bentuk seliparnya. Alangkah baiknya jika kita berkempen agar orang Islam memilki kilang kasut dan menghasilkan berbagaikan jenis selipar dan kasut. Bukan sekadar mereka cipta bentuk ganjil tapi produk aslinya di tangan orang lain. Cuma, istimewanya selipar tersebut, jika dipakai di Mekah atau Madinah, kemungkinan untuk hilang itu agak tipis. Sebabnya, hanya orang Malaysia yang memakainya dan orang arab belum lagi tahu bahawa demikianlah rupa paras selipar Rasulullah s.a.w. Dengan itu mereka tidak memilikinya. Jika mereka ambil, terus dikesan itu barang curian orang kita. Barangkali itulah rahsia ia di’bisnes’kan dengan jamaah haji kita.
Bagi saya, sesiapa yang ingin memakainya, silakanlah. Itu adalah haknya dan selipar pun memang berbagai fesyen. Namun, jangan dikait-kaitkannya dengan agama ini. Soal fesyen pakaian dan budaya adalah terbuka dengan syarat tidak melanggari prinsip-prinsip syarak seperti pakaian atau perbuatan yang khas hanya untuk penganut agama tertentu selain Islam atau kelompok tertentu yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam. Ini seperti pakaian atau perbuatan khas sami atau paderi, atau khas kelompok yang terang-terang menyanggahi Islam seperti pakaian ala perompak atau lanun. Sabda Nabi s.a.w:

“Sesiapa yang menyerupai satu puak, maka dia di kalangan mereka” (Riwayat Abu Daud, al-Albani menilainya sebagai sahih).
Adat Tak Menyanggahi Syarak

Namun dalam adat dan kebudayaan yang tidak ada kaitan dengan akidah dan percanggahan dengan hukum-hakam Allah, maka al-Quran dalam Surah al-A’raf ayat 32-33 menyebut:
(maksudnya): Katakanlah (Wahai Muhammad): “Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik dari rezeki yang dikurniakanNya?” Katakanlah: “Semuanya itu adalah (nikmat-nikmat diberi) untuk orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) khas (hanya untuk mereka) hari kiamat”. Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang Yang (mahu) mengetahui. Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perkara-perkara keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu Dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya.
Justeru itu, apabila Islam masuk ke China, tidak hapuskan pakaian orang cina dan reka bentuk bangunan mereka. Lihat sahaja reka bentuk masjid di China. Demikian tidak dibuang kurta orang India. Demikian juga tidak dihapuskan fesyen pakaian orang melayu yang bersampin dan bersongkok. Dengan syarat tidak menyanggahi ajaran Islam. Malangnya, saya dimaklumkan oleh beberapa orang sahabat yang baru menganut Islam bahawa ada tok kadi yang enggan mengakad nikah mereka kerana memakai fesyen pakaian yang tidak kemelayuan atau kearaban. Ini adalah pemikiran yang sangat sempit.
Di sebuah negara jiran, masyarakat suatu tempat bertengkar kerana sebuah masjid yang dibina tidak mempunyai kubah, sehingga ada yang berkata masjid tersebut tidak boleh diiktiraf sebagai masjid. Saya yang dijemput hadir ketika itu diminta memberikan penyelesaian. Dengan tersenyum saya bertanya: “Adakah tuan-tuan tahu bahawa masjid Nabi s.a.w. pada hari ia dibina pun tiada kubah. Ia hanya dari tanah liat dan berbumbungkan pelepah tamar dan bertiangkan batang tamar? Lihatlah apa yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Umar dalam Sahih al-Bukhari. Kubah menjelma pada generasi selepas Rasulullah s.a.w sebagai salah satu seni binaan yang diluaskan penggunaannya oleh umat Islam. Kubah bukan syarat sebuah masjid. Apa yang penting fungsi masjid itu hendak benar-benar membangunkan umat. Betapa banyak masjid yang berkubah mewah, tetapi masyarakatnya tidak dapat diubah dan tidak indah. Masjid Nabi s.a.w sekalipun tanpa kubah, tetapi ia telah mengukir sejarah kegemilangan dan mengangkat kedaulatan umat. Masjid tanpa kubah mungkin satu kekurangan di sudut kebiasaan seni kita. Namun masjid yang tidak berfungsi seperti zaman Nabi s.a.w. adalah satu kesalahan agama”. Akhirnya mereka akur.

Sunnah Adat

Kehidupan manusia ini berbagai. Seni dalam kehidupan pula pasti berbagai. Islam tidak memaksa bukan arab meniru budaya arab. Pakaian dan seni yang berkaitan dengan bangsa Arab itu –jika ia dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.- diketegorikan sebagai sunnah jibilliyyah atau sunnah ‘adah iaitu perjalanan hidup baginda disebabkan faktor keinsanan dan kearaban baginda. Dalam ertikata lain, jika baginda bukan seorang nabi pun, sunnah jenis ini tetap wujud. Ini seperti jubah, serban, kegemaran baginda memakan labu, kaki kambing dan seumpamanya. Semua ini wujud sejak sebelum baginda ditabalkan menjadi rasul. Golongan bukan muslim pada zaman baginda juga mengamalkannya. Selagi tiada nas yang sahih memerintahkan umat mengikutinya maka sunnah jenis ini menurut pendapat sebahagian ulama hukumnya hanyalah harus sahaja. Ini seperti yang disebut oleh al-Imam Abu Syamah al-Maqdisi (meninggal 665H) dalam Al-Muhaqqiq Min ‘Ilm al-Usul fima yata’allaq bi Af’al al-Rasul (lihat: m.s 41, Madinah Andalus: Muassasah Qurtubah). Dibolehkan untuk sesiapa ingin memakainya dan juga diharuskan pula untuk meninggalkannya.

Maka tidak menjadi masalah untuk seorang yang menganut Islam tidak pernah memakai jubah, atau serban, atau memakan kambing atau labu atau seumpamanya. Jangan diberat-beratkan masalah ini. Dahulu ada kumpulan agama yang mewajibkan ahlinya memakai fesyen jubah tertentu sentiasa. Jika Islam itu fokus utamanya mengenai fesyen pakaian, apakah ianya praktikal untuk semua bangsa?. Sedangkan manusia ini berbeza latar kegiatannya dan iklim tempat tinggalnya.

Sepatutnya

Malanglah jika ada pusat pendidikan agama, pasanteren atau pondok yang terlalu menekan soal sunnah adat arab ini, dalam masa yang sama tidak bersungguh-sungguh dalam persoalan sunnah yang memasti cara ibadah menepati amalan sebenar nabi s.a.w, juga soal pembangunan ilmu dan keluasan minda, kekuatan dan kemajuan dalam berbagai bidang.
Justeru, sunnah baginda yang mana tidak wujud jika tidak kerana baginda seorang rasul, diperintahkan untuk kita ikuti. Ini seperti cara solat, puasa, haji, prinsip ekonomi, pendidikan, perundangan dan seumpamanya. Bahkan diharamkan kita menokok tambah atau mereka cipta apa yang baginda yang tidak tunjuk dalam soal ibadah, kerana itu seperti mencabar kerasulan baginda. Maka perkara ibadah khusus seperti wuduk, solat, puasa, haji hanya diambil daripada baginda, tokok tambah atau seni rekaan tidak diiktiraf. Di samping itu, ada pula adab dan akhlak yang dibudayakan oleh Islam terhadap umat. Antaranya, membaca bismillah ketika makan, menggunakan tangan kanan ketika menyuapkan makanan dan kebudayaan Islam yang lain ditegaskan oleh Nabi s.a.w. Sabda Nabi s.a.w kepada ‘Umar bin Abi Salamah waktu dia hendak makan, ketika itu dia masih kecil:

“Wahai budak! Sebutlah nama Allah, makan dengan tangan kananmu dan makan apa yang dekat denganmu”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Malang sekali, saya dapati masih ada orang Islam yang tidak membiasakan diri dengan budaya Islam yang seperti ini. Saya lihat dalam berbagai majlis, ada orang Islam yang menyuapkan makanan ke mulutnya dengan tangan kiri. Islam tidak pernah melarang penganutnya menggunakan sudu atau garpu atau cop stick. Namun perintah Islam, umatnya mestilah menyuapkan makanan ke mulut dengan tangan kanan, bukan kiri. Kita boleh menggunakan budaya atau kebiasaan apa-apa kaum pun, namun jika ia berlawanan dengan budaya yang ditetapkan oleh Islam, maka ia hendaklah ditinggalkan.

Salam Jumaat Brothers & Sisters..


Thursday 18 July 2013

Padan Muka

Bismillahiraahmanirahim...

Pagi2 ni nak kongsi cerita isu PENGHINAAN TERHADAP AGAMA ISLAM.

rasanya semua dah tahu kes pasangan kafirun yang meletak label halal pada makanan haram mereka iaitu Bak Kut Teh.. & macam2 isu lagi hal baling babi dalam masjid and sebagainya.

last2 suspek diculik dan dihukum oleh golongan2 yang mengambil keputusan untuk membuat tindakan sendiri.

pelbagai reaksi datang drpd orang2 islam.. samada daripada yang berilmu mahupun tidak.

ada yang menyela tindakan tersebut dan ada yang menyokong.

aku salah seorang yang menyokong tindakan tersebut. sebab bagi aku yang masih jahil & emosional bab agama ni, padan lah muka dengan kafirun tersebut.



berani buat. berani tanggung.

kafirun yang cerdik akal tidak akan sesekali melakukan perkara yang akan mencetus kemarahan orang islam.

so, mcm ne nak balas perbuatan kafirun yang kurang bijak tu? maka orang islam yang kurang bijak pun mengambil keputusan untuk membuat keputusan sendiri. ADIL bukan..?

tapi, orang islam yg lebih rasional mengutuk perbuatan mencederakan kafirun tersebut dengan alasan Islam tidak mengajar penganutnya berbuat demikian.

pelbagai hadis Nabi SAW keluar untuk menguatkan lagi kenyataan mereka.

BENAR!! Rasulullah SAW akan mengunakan pendekatan yang lebih halus dan beradab.

tapi itu Rasulullah.. kita ni kalau nak dibandingkan tahap kesabaran dgn Rasulullah.. mmg tak boleh nak dibandingkan...

so, tercetus plak pertikaman lidah antara orang Islam yang rasional dan orang Islam yang emosional...

again... setan tepuk tangan.. Kafirun tepuk tangan..

ok..ok.. aku nak tanya la dengan mereka2 yg konon suruh berlemah lembut ni..

have u done any of those to non-muslim? kalau ada.. i dont see a result..

in fact, mereka semakin rancak memijak2 agama Islam ni.

bila orang Islam buat tindakan.. dikatanya tak matang la itu lah ini lah..

tapi , bila berdiam diri.. dikatanya tak ambil kesah ttg agama...

kene ingat!! masing2 ada cara masing2 untuk menegakkan agama tak kisah lah kalau dia tu kaki mabuk ke, kaki maksiat ke... tapi ada action yang dia ambil untuk agama yang tercinta..

ko ade??!!

apa sumbangan ko pada agama untuk membanteras golongan yang suke mempersendakan agama ni?

and kalau betul tindakan mereka membuat keputusan sendiri itu salah, mcm ne ko nasihat mereka ni?

aku tgk yang ada, korang keji dan mengutuk tindakan mereka ni..

so? mcm tu cara korang berdakwah?

sesama muslim pun gagal berdakwah secara hemah mcm ne korang nk dakwah dgn non-muslim yang know nothing about Islam?

tepuk dada tanya Iman.

betul!! niat tidak menghalalkan cara. i agreed 100%.

tapi kita perlu sentiasa ingat mengingatkan. bukan kutuk mengutuk.

Tuesday 16 July 2013

Re-post : Things to do after break up



Assalamualaikum wbt & Happy Thursday~


Hari ni nak cakap pasal easy topics.. Break Up.


Easy ke? Yalorr..mmg easy because bukankah hati itu mudah untuk disakiti?


Tapi yang susahnya adalah menghadapi perpisahan.. lebih2 lagi yang disakiti, ditinggalkan, dianiaya.


Well for me.. aku sendiri pernah merasai meninggalkan pasangan dan ditinggalkan pasangan.


Aku xnak bagi tips cara2 nak tinggalkan pasangan (x baik tau)… tapi nak berkongsi tips cara menghadapi perpisahan.. insyaAllah serba sedikit dapat membantu..


So.. here goes..


Things to do after break up!!


Cry.. never hold your tears.. just cry.


From my own experience.. I will cry just after I finish my Isyak prayer. Lepas bagi salam kanan n kiri.. angkat tangan dan berdoa.. dalam doa tu mengadu je apa2 sahaja pada Allah.. dalam hati ataupun lisan. Just use your own words. Sesungguhnya Allah Maha Besar, DIA tahu apa yg tersirat & tersurat di dalam hati kita. Luahkan apa saja sambil menangis walaupun terkeluar hingus!! Aku selalu buat mcm tu smpai kepenatan dan tertidur dalam bertelekung kat atas sejadah tu sampai ke esokan paginya. InsyaAllah , Allah tunjuk jalan dan hati lebih tenang. Allah akan "jawab" segala luahan hati kita dalam mimpi mahupun dalam bentuk ketenangan hati apabila bangun dr tido. Try it and u`ll be surprise.


Hang out with girlfriendsss~~


Bagi perempuan elok luang kan masa bersama teman2 rapat yang perempuan.. tak dinasihatkan lepak ngan boys sebab lelaki ni hati dia lemah tgk pompuan sedih2.. kang tak pasal2 belum sempat recover dah ada yang cuba masuk line. So ~~ this is not the right time untuk cari penganti.. u need to take a break!! Lepak sesame girls and chills~~!!


DON’T listen to love song


Jangan laaa dengar lagu2 cinta yang boleh membuatkan kita teringat kembali bekas kekasih hati kita tu. Dengarlah lagu nasyid ke and lagu inspirational.. well bila aku tgh down aku akan dgr lagu HambaMu (Imam Muda) , Demi Cinta Suci (InTeam), Watch me shine (Joana Pacitti), Not me Not I (Delta Goodrem) & etc etc lah.. lagu yang girl power gitu.


DON’T watch sad love movie


Sama seperti diatas. Jangan tgk citer2 cinta. U will feel sooo annoyed. Sebaliknya tgk citer2 lebih berunsur kerohanian dan come back!! Aku cadangkan citer Ketika Cinta Bertasbih dan Legally Blonde .


DON’T THROW ALL HIS GIFT/PRESENT


Yup.. jangan buang segala hadiah daripada si dia. Come on.. matang sikit ok.. simpan segala harta peninggalan si dia dalam satu kotak and simpan kat tempat yang korang jarang pergi.. sebab apa? Sebab barang2 ni yang akan menentukan samada satu hari nanti korang dah move on ke belum.. dalm 3 atau 4 bulan cuba bukak balik kotak tu and lihat hadiah2 tu. Jika rasa sakit hati simpan balik tandanya u r not moving on.. tp kalau masa tgk tu tak rasa apa2.. tahniah!! U have move on… masa tu nk buang ke simpan ke terpulang..


DON’T FORGET HIM        


Jangan lupakan dia.. jangan paksa diri untuk lupakan dia.. sebab semakin paksa semakin tak boleh lupa. Kalau tetiba teringat kat dia.. ok fine.. pastuh terus switch mind pikir benda lain.. lama2 it will disappear naturally.. & jangan berdendam.. just forgive him.. baru hati tenang..


That’s all tips yang aku mampu share berdasarkan pengalaman sendiri.. & Alhamdulillah it was easy for me.. sebab bila kita redha segala2 nya jadi lebih mudah.. kene ingat segala yang berlaku ada sebab..


In order for you to get Mr Right, u must let go of Mr Wrong.


& be in love when u ready.. not when u lonely.


Love comes to those who believe it.


Orang yang baik untuk orang yang baik.. so, ada sebab kenapa Allah pisahkan kita dgn pasangan kita tersebut.. 


Bersangka baiklah pada Allah.. mungkin ketika kita bersama dia.. kita selalu mengabaikan Allah.. jadi Allah tarik dia drpd kita supaya kita muhasabah diri.. sesungguhnya segala hati adalah milik Allah.. Allah yang buka hati seseorang dan Allah juga yang menutup hati seseorang. Maka kita buat mcm ne sekalipun kalau Allah dah tentukan lain..lain lah jawapnya..


Kita hanya merancang dan Allah yang menentukan.

Monday 15 July 2013

Bazar Ramadhan Kuala Kangsar mencipta kelainan



Assalamualaikum & Selamat Menjalani Ibadah Puasa brothers & sisters~~

Aku nak berkongsi pengalaman berbuka puasa di kampung halamanku yang tercinta , Kg Padang Assam Kuala Kangsar, Perak.

Berbuka di kampung mmg suasananya sangat berbeza.

Membeli makanan di bazaar Ramadhan di Arena Square di lembah memang mencipta kenangan yang takkan mampu dilupakan.

Mana nak cari di KL, mee hun yang sedap & lazat berharga RM1.00 SAHAJA yang punyai kuantiti yang sama seperti mee hun yang berharga RM3.50 sepeket di KL.



Bukan itu sahaja. Kuih muih tradisional yang susah nak cari di KL masih ada di Kuala Kangsar dengan harga yang sangat berpatutan iaitu 3 seringgit.




Kat KL pun ada kuih 3 seringgit tapi size kuih mmg cekeding la..

Tapi di Perak, sizenya besar dan sangat memuaskan. 



Rasanya pun tidak mengecewakan.

Kat sini juga terkenal dengan murtabak the best in the world. Murtabaknya yang tebal dan isi yang sangat banyak dan harga sangat berpatutan. 

Kalau dilihat betapa panjangnya orang beratur, mesti tak terdaya nak berdiri lama2. Tapi sebab murtabaknya sangat sedap so berbaloi lah beratur panjang2.

Yang beratur plak mana ada beli satu dua je. Borong sampai 5-6 keping tau. 

Mmg terbaeklah makanan yang dijual di Arena Square Kuala Kangsar. Kuih Muih, Nasi berlauk , Laksa, ayam panggang, murtabak, Ikan bakar, etc etc.. macam2 ada.

Al maklum nafsu dibulan puasa.. dah la murah dan sedap.. beli macam nak bagi makan satu kampung!!!!
So sorry tak sempat nak amek gambar keadaan disana.

Dah sampai sana mana ingat apa lagi dah. Nasib baik ada blogger lain yang sudi buat liputan ttg Bazar ramadhan Kuala Kangsar ni.. so aku curi pic drpd blog lain ni lah ye untk tontonan umum.

Teeheee~~

Friday 12 July 2013

Pekerja & Bos masing2 tak puasa



Bismillahirahmanirahim..

Syukur ke hadrat Ilahi diatas limpah kurnia-NYA, kita masih berkesempatan berpuasa di bulan yang teramat mulia iaitu Bulan Ramadhan.

Pada bulan yang mulia ini jugalah kita boleh menyukat keimanan kita samada kita patuh ataupun tidak pada Sang Pencipta.

Sedih. Kecewa. Marah. Bengang. Macam2 perasaan didalam hati ini apabila melihat orang islam tanpa segan silu memperlekehkan tuntutan rukun Islam yang ke 3 iaitu Berpuasa di Bulan Ramadhan.

Cukuplah kau tidak menjaga solat 5 waktu. Cukuplah kau tidak menutup aurat. KINI,, puasa pun kau tolak ketepi.. apakah?? Siapakah Allah dihatimu dan siapakah kau di sisi Allah ketika ini??

Aku malas ambil pusing dengan mereka2 yang tidak reti bersyukur ini. Tapi kalau dah didepan mata terang-terangan kau mengisytiharkan kau tidak berpuasa siap suruh tea-lady buat air macam biasa.. 

ke mana pergi rasa malu kau pada rakan sepejabat yang lain? Pada Allah? Pada diri sendiri? 

Kau fikir orang melihat kau dengan pandangan yang kagum? Tidak! Kami melihat kau dengan pandangan yang benci dan meluat.

Cukuplah pekerja bawahan sahaja.. ini bos pun tak puasa.. aduhaii.. sedihnya melihat keadaan ini. Berapa ramai yang muslim tapi tidak mukmin.

Aku hanya mampu membenci didalam hati.

Betapa lemahnya iman ku untuk membenci secara lisan.

Ya Allah.. berilah aku kekuatan..

Lindungi aku daripada menjadi manusia yang tidak bersyukur.