nuff said

Monday 10 October 2016

Im Married~!!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum kesayanganku~

alhamdulillah.. sudah seminggu berlalu sejak aku selamat diijabkabulkan kepada pasangan pilihan hatiku Amir Amzar Abd Aziz yang berlangsung di kampung halaman Perak.

dengan berwalikan pakcik aku yg dipanggil ayahchik..

dan disaksikan oleh dua orang pakcik  yg lain ayahchor dan ayahlope..

serta diraikan oleh semua sanak saudara di Masjid Kg Pdg Assam..

majlis perkahwinan idamanku terlaksana.. walaupun sudah pasti akan ada kekurangan dimana2 yang tidak mampu dielakkan..

sejak aku bertunang tahun lepas sehinggalah ke hari pernikahan.. setitis air mata pun tidak mengalir..

ramai yg mengatakan aku seolah2 tiada perasaan untuk berkahwin kerana lagak aku yang bersahaja..

orang sekeliling yang cemas kelam kelibut.. aku seperti biasa..

sehinggalah kedengaran perkataan "SAH" daripada jurunikah, ketika itu air mata aku mengalir deras..

terasa-rasa.. terbayang-bayang seolah2 arwah abah duduk disebelah suami aku ketika itu..

dan sudah tentu.. arwah abah senyum kebahagiaan sambil memeluk menantunya itu..

itu semua hanya aku nampak dalam bayangan aku sahaja..

hakikatnya abah sudah tiada & tidak sempat melihat anaknya ini dinikahi..

tidak pernah sesekali aku bermimpi..

tidak pernah sesekali aku menyangka..

bahawa jodoh yang tertulis untuk aku ini adalah dia..

kami merupakan pelajar disekolah yang sama..

dia tua aku setahun..

daripada tingkatan 1 hinggalah tingkatan 5..

sepatah huruf pun tidak pernah aku luahkan padanya..

sepatah kata pun dia tidak pernah katakan pada aku..

cuma yang pasti.. aku tahu dia wujud..

dan dia tahu aku wujud..

kami tidak pernah berkawan..

& tidak pernah bertegur sapa..

apabila tamat persekolahan dan setelah hampir 8 tahun tamat persekolahan barulah perkenalan
kami bermula..

berkawan dalam masa yg singkat... nampak keserasian... dapat restu drpd abah dan mama..

dapat restu drpd mak dan ayahnya..

terus kami membuat keputusan untuk bertunang dan seterusnya melangsungkan perkahwinan..

alhamdulillah.. indah perkahwinan ini bersama-sama dgn insan tercinta..

terima kasih yg tak terhingga kepada kakak ku Nurul Ayesha kerana menjayakan perkahwinan adikmu ini..

adik mendoakan agar Allah jodohkan kakak dengan seorang insan terhebat disisiNYA..

jika pun tidak sempat bertemu jodoh didunia,, yakinlah jodoh mu disyurga sana.,.

ternyata tiada lelaki didunia layak memiliki mu.. kerana kakak seorang wanita hebat,,,

adik sentiasa mendoakan yg terbaik untuk kakak..














Wednesday 17 August 2016

Abah tak sempat nak tengok anak dia kahwin

Bismillahirahmanirrahim... Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

sudah sekian lama tidak menulis... semenjak pemergian ayahanda ku yang tercinta 17 Oct 2015. Hilang sumber inspirasi ku.. hilang segala impian dan harapanku.. apabila seorang insan yang amat ku kasihi ,, yang amat aku sayangi pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya..

arwah abah banyak kali keluar masuk hospital.. dan beberapa kali juga doctor pernah kata bahawa hanya menunggu masa dan tiada peluang untuk sembuh semula.. tetapi kuasa Allah yang Maha Hebat.. abah masih bertahan.. masih bisa sembuh.. masih diberi kekuatan menjalani sisa-sisa baki kehidupannya... sebelum dia dijemput ajal..

aku teringat... seingat aku tahun 2013... abah baru keluar daripada hospital selepas menjalani pembedahan jantung.. abah pernah berdoa.. agar Allah jangan tarik nyawanya selagi anak dia belum berkahwin.. abah sangat teringin nak tgk anak dia kahwin...

sejak daripada hari itu.. aku nekad.. aku taknak bercinta main-main lagi.. taknak beri hati kepada sebarangan lelaki.. hanya lelaki yg benar-benar serius sahaja akan aku dekati.

akhir tahun 2014 aku kenal Amir.. seorang kenalan lama sejak bangku persekolahan.. tidak pernah aku dan dia berbicara.. tapi berhubung di alam maya.. kami berkawan.. dan mulai rapat.. dia nyatakan keinginan dia untuk serius dgn aku dihadapan mama.. mama tiada halangan.. tanggapan dan approval mama sama penting dengan tanggapan abah.. tapi aku harus dapatkan persetujuan abah sebelum aku mula serius dengan dia..

perjumpaan dia dan abah yang tanpa dirancang berjalan dengan lancar.. abah senang dengan dia.. abah suka dengan dia.. aku lihat dia bijak mengambil hati abah.. abah senyum.. abah ketawa.. aku jatuh hati pada amir sejurus dia membuat abah ketawa.. 

apa yang penting abah happy.. kebahagiaan abah adalah kebahagiaan aku.. jika abah suka.. aku pun akan suka.. kemudian aku tanya abah pendapat abah tentang amir jika aku meneruskan hubungan aku dengan dia.. abah setuju.. dan abah restu..

aku tetapkan 2 tahun kepada Amir untuk merealisasikan impian abah untuk melihat anaknya kahwin.. setahun untuk bertunang.. setahun untuk persediaan kahwin.. 

setelah bertemu dengan ibubapa amir, hubungan kami mendapat restu dan akan bertunang pada akhir tahun itu.. kerana abah masih ditahan di hospital.. jadi persiapan tunang mahu dilakukan selepas abah keluar hospital..



tanpa pengetahuan aku.. amir membawa ibubapanya melawat abah di Hospital Sg Buloh.. itulah pertemuan pertama dan terakhir mereka.. ibubapanya "merisik" aku.. dan abah memberi restu untuk meneruskan perancangan pertunangan dengan meminta mereka berurusan dengan mama (seolah-olah abah tahu yang dia akan dijemput pergi) .




apabila abah dibenarkan pulang ke rumah untuk berehat dirumah dan tunggu sehingga tarikh temujanji akan datang.. setiap saat aku dan kakak disisi abah.. setiap detik kami bersama-sama abah.. kemana-mana saja abah nak pergi kami bawa.. sehinggalah satu pagi tu.. abah kata abah takut nak operate saluran makan.. abah tak tahu kenapa kali ni abah gementar.. kami pujuk abah.. beri kata semangat kpd abah .. dan tak sangka itulah harinya abah dijemput pergi... pagi nya abah meluahkan ketakutan dia.. petangnya dia sudah tiada buat selama-lamanya..



aku terkilan... dah nak tiba dah masanya...

hanya 2 bulan je lagi untuk majlis pertunangan aku..

abah tak sempat tengok... hajat abah tak kesampaian untuk melihat anak dia kahwin..

tapi aku bersyukur...

abah sempat berjumpa bakal biras nya..

abah sempat berjumpa dengan bakal menantunya..

abah sempat tahu yang anak dia akan ada org jaga selepas pemergiaannya..

sekarang.. waktunya hampir tiba..

hanya beberapa minggu je lagi untuk ke majlis pernikahan ku..

aku yakin.. aku pasti.. pada hari tersebut aku akan rebah..

mengharapkan abah ada disisi untuk menyaksikan hari bahagia ini..

aku nak kahwin pun kerana abah... tp abah dah takde.. terasa dh takde motif untuk meneruskan..

tapi kakak memberi semangat.. kakak pujuk jiwa ku yg hancur...

mama masih ada.. bahagiakan mama dengan perkahwinan ini...

abah... adik rindu sangat kat abah... maafkan adik sebab selama ni menangguhkan perkara yg adik tahu abah nak adik segerakan.. adik sayang abah... adik janji akan cuba jadi isteri yang terbaik.. supaya abah dapat pahala.. supaya adik dapat jumpa abah kat sana nanti... adik janji adik cuba.. ya Allah.. sayangilah abahku.. kasihilah abahku sepertimana dia menyayangi dan mengasihiku ya Allah..