nuff said

Monday 18 May 2015

Restaurant Review - Cotton Craft Shah Alam

Assalamualaikum dan selamat hari isnin semua~~

lama tak update blog..

bz sket and mencari sumber inspirasi...

oklah.. hari ni.. saya nak berkongsi tempat makan yang best di sekitar Shah Alam.

Nama tempat tu tersangatlah comel iaitu "Cotton Craft" yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam.

jenuh jugak nak cari tempat ni.. bagi yang teringin nak pergi, boleh la gunakan application waze.. 

dan restoran ini terletak berdekatan dengan Pusat Zakat Shah Alam.

apa yang bestnya restoran ni??!!

decoration dia.. sangat comel.. sangat sweet.. sesuai untuk makan santai.. nak sambut birthday kekawan pun boleh.. boleh request hydrogen balloon..

makanan dia pun sedap~ dan harga sangat berpatutan.. portion makanan yg besar dan harga yang ok... mmg puas hati dengan rasa masakan tersebut.. sedap dan mengeyangkan...

service yang bagus.. akak waitress sangat peramah dan comel.. kesian dia kene buli ngan kami suka tanya banyak2 ni.. tapi dia layankan saja.. oleh kerana akak tersebut sgt peramah.. boleh plak layan borak ngan dia mcm dh lama kenal.. mmg terbaik ok..

cuma.. cuma..cuma.. mungkin sbb bilangan pelangan yang ramai... nak tunggu makanan tu lambat sikitlah... tapi itu bukan alasan untuk tak ke sana lagi.. i am looking forward to go there again!!

jom jom.. saya belanja gambar~ enjoy~














Cotton Craft 2-1-1, Presint Alami, Persiaran Akuatik, 40100, Shah Alam, Selangor