nuff said

Friday 28 June 2013

syarat sah solat


Rukun-Rukun Solat




20 Sifat-Sifat Allah


World War Z

Assalamualaikum..

Aku nak share pengalaman aku menonton filem terbaru daripada Brad Pitt “World War Z” .
Dalam 5 bintang, aku bagi 4 bintanglah..

Cerita dia ok tak membosankan. Xde satu slot pun dalam movie tu disia-sia kan.. semuanya terisi.

Sukar untuk aku gambarkan perasaan aku sebenarnya. Memandangkan aku duduk in the centre and 2nd front row.. 

mungkin sedikit sebanyak mempengaruhi perasaan aku ketika tu.

1.       Beberapa kali aku tutup mata dengan tangan
2.       Beberapa kali menutup mata dengan tudung.
3.       Beberapa kali menutup mata dengan handbeg.
4.       Beberapa kali menutup mata dengan bahu kakak yang duduk disebelah.

Haaa.. boleh agak x mcm ne perasaan tu sampai tutup2 mata ni.

Cerita ni berkisarkan wabak penyakit yang menular menjakiti manusia sehingga mereka menjadi ala-ala zombie.. tp bukan zombie, mereka dikenali sbg Zeke.

Apabila zeke mengigit manusia biasa, dalam beberapa saat, manusia biasa tu pun akan bertukar menjadi zeke.

Pergerakan zeke ni sangat pantas dan aggressive .muka mereka pucat, mata mereka spt kene rasuk setan. Bunyi yang mereka keluarkan.. 

adoyayyy mmg scary la..

So, Gerry (Brad Pitt) ditugaskan untuk mengiringi seorang professor ni ke Korea untuk mencari penawar. 

Malangnya, professor tersebut mati dan Gerry terpaksa dengan rela hati mengambil keputusan untuk cuba mencari penawar untuk masalah tersebut.


Daripada korea mereka ke Israel kemudian ke Wales dan kemudian ke tempat penempatan keselamatan rakyat dimana isteri dan keluarganya menunggunya.

Mmg interestinglah cara dia nak dapatkan penawar tu.


Nak tahu lebih? Tgk sendiri.. :)


Thursday 27 June 2013

Situasi sebenar dalam KTM

Bismillahirahmanirrahim~

Tiap2 hari, Tren KTM merupakan transport untuk aku ke tempat kerja.

Aku akan naik daripada stesen Kajang dan turun di KL Sentral.
Bermacam ragam aku lihat. Ada yang kelakar and ada yg menyakitkan mata.

Yang kelakar apabila ada yg tertidur.

Mulut ternganga besar and sometimes bunyi pun ada.

Ini berlaku bukan sahaja di couch wanita tetapi juga couch campur.

Imagine~! 

Seorang perempuan muda yang kelihatan sangat ayu melangkah masuk ke dalam tren.

Mengambil tempat duduk dan mata2 sang teruna semua memandang penuh minat.

10 min berlalu terlelap. Mulut pun perlahan2 terbuka. Kepala terseket ke kiri & ke kanan mengikut aliran pergerakan tren.

Aku melihat lelaki2 & perempuan2 yang berdekatan ada yg senyum sinis dan ada juga yg ketawa.

Ya Allah.. kalau aku lah ditempat perempuan muda itu pasti rasa sgt malu.

Sejak drpd hari tu. Aku seboleh2 tahan mata drpd mengantuk. Risau aku pun jadi mangsa ketawa mereka2 ni.

Bukan pada wanita itu sahaja. Malah ramai.. sangat ramai..

Kemudian..

Ada juga yang menyakitkan mata. Orang tua, wanita mengandung, & OKU berdiri sepanjang perjalanan kerana tiada sesiapa yg sudi menawarkan kerusi mereka.

Tapi Alhamdulillah. Ada juga yg masih ada kesedaran sivik yg tinggi. Tapi tak ramai…

Ada jugak yang mungkin beg mereka pun beli tiket kot. Sebab seat tu diletakknya beg dan orang kene berdiri. Aku bukan cakap kosong.. aku ada bukti.



Kalau aku yg berdiri.. aku dah suruh mereka angkat beg tu sebab nak duduk.

So, muhasabah semua diri kita. 

Aku mengaku kadang2 aku terlalu penat jd harus duduk and pnah jugak buat x Nampak je org yg tua . tapi hanya berlaku jika aku betul2 penat atau kurang sihat.


Sekarang ni zaman technology canggih and aku faham semua org sibuk menunduk kepala ke bawah untuk menggodek hp canggih mereka. 

Tetapi sekali sekala please look up.

just saying


Happy Bday Kakakku Sayang

Bismillahirahmanirrahim~

Semalam 26.6.2013 merupakan hari jadi my beloved sister, 
Nurul Ayesha Ahmad Annuar yang ke-??? (biarlah rahsia) .. huhuhu

Memandangkan kami tak duduk dengan mama di Selayang, jadi mama hanya mengirimkan hadiah untuk kakak kepada aku agar aku boleh sampaikan kepada kakak pada hari jadinya semalam.

Aku memang tak sempat nak bagi kakak hadiah pada genap 12 malam 26.6.2013 tu sebab masing2 dan tidur. 

Pagi esoknya hanya sempat wish sebab pukul 6.30 pagi dh kene keluar pergi keje. 

So tak best lah nk bagi hadiah dalam keadaan rushing. aku plan nak bagi bila aku balik keje petang itu sahaja. Boleh dinner and bagi hadiah terus.

Malangnya apa yang aku plan hancusss ditangan mama.. haha..
Pagi jam 7 lebih kakak call mama , perbualan mereka lebih kurang macam ni.

Kakak    : Assalamualaikum mama, terima kasih!!

Mama   : Waa’alaikumusalam,,, sama2.. kakak suka ke hadiah tu?

Kakak    : Hadiah? Hadiah apa?

Mama   : Hadiah yang mama bagi lah, deenee pun ada bg hadiah jugak.
Kakak    : tak dapat pun.

Mama   : adik tak bagi lagi ye? Abih tu kakak terima kasih for what?

Kakak    : terima kasih sebab melahirkan kakak dan membesarkan kakak lah.

Haaa… tgk.. terkantoi plak ada hadiah… rosakkkk plan aku..
So, balik keje smpai je rumah. 

Aku tak dulik. Aku nk jugak buat surprise.

Masa kakak tgh tgk TV3 Drama Teduhan Kasih, aku masuk bilik dia dan susun hadiah atas katil. & letakkan kucing aku “Tuah” ditepi hadiah tersebut.

Mama menghadiahkan kakak, cardigan kelabu. Deenee menghadiahkan kakak anak patung untuk digantung di dalam kereta kakak. Abah bagi frame gambar & ada pic abah & kakak. Lastly aku bagi kakak bekas letak barang ala2 english design. Dulu dia pnah cakap dia teringin.

So, bila kakak masuk bilik opkos la dia surprise~~!! 

Yeayyy menjadi surprise aku..alhamdulillah..

Malam tu jugak kami keluar tgk wayang di Alamanda.. cerita World War Z..


Best best… Alhamdulillah diatas segala kesempatan semalam…

Tuesday 25 June 2013

Anjing yang comel



Bismillahirahmanirahim~

Assalamualaikum & Selamat pagi ^__^

Pagi yang dipenuhi dengan kabus (jerebu) membuatkan aku terfikir sejenak nasib haiwan yang bernama Anjing di Malaysia. I know its tough for them because they lived in a country with a majority of Muslim people. 

Too bad because they claimed themselves a practicing muslim when deep down they don’t.
Anjing merupakan makhluk ciptaan Allah yang bernyawa. 

Tidak diciptakan ia dengan sia-sia. 

“Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan segala sesuatu di muka bumi dalam keadaan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka selamatkanlah kami dari siksa neraka.” (Quran, Ali-Imran, 3:191)

tidaklah Allah ciptakan Anjing itu semata-mata untuk didera, dipukul, dipinggir dan dihina. Allah Cuma melarang kita daripada menyentuhnya dan memeliharanya sebagai binatang peliharaan rumah. Jika tidak perlu menyentuhnya mahupun memeliharanya, biarkanlah ia sahaja. Mengapa perlu dicederakannya.

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi Muhammad (sabdanya): "Bahawa seorang perempuan pelacur telah melihat seekor anjing pada suatu hari yang cukup terik panasnya sedang berpusing-pusing mengelilingi  sebuah perigi sambil menjelirkan lidahnya disebabkan dahaganya. Perempuan itu segera mengambil air perigi dengan sarung kakinya (yang diperbuat dan kulit kambing) dan diberi minum kepadanya. Dengan (perbuatan yang baik) itu Allah Taala mengampunkan dosanya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)

Lihatlah !! Anjing yang kononnya hina boleh membuatkan seseorang itu diampuni dosanya walaupun seorang Pelacur yang jijik. Maha Suci Allah mmg tidak diciptakan olehNYA dengan sia-sia.
Sebagai orang Islam yang bertuhankan Allah, kita kena percaya pasti ada sebab mengapa kita dilarang menyentuh dan memelihara Anjing sbg haiwan peliharaan. Seperti kita diarahkan solat 5 waktu dan menutup aurat. 

Semua kerana Allah. Menunjukkan kepatuhan dan kecintaan kita kepada Allah. Begitu juga dengan larangan memakan babi. Semuanya untuk menunjukkan kepatuhan kita pada tuhan yang satu. Jadi, janganlah dipersoalkan mengapa, kenapa, bagaimana. Bukan semua soalan perlu dijawab.
Sedih melihat anjing2 liar yang berkeliaran kelaparan, cedera kerana orang2 “islam” yang memahami konsep yang salah. 

YA!! Anjing merupakan najis mughalazah. Najis berat. Ada cara tertentu untuk membasuhnya. Seperti kita memegang najis2 yang lain. Tidaklah berdosa, Cuma kita dalam keadaan tidak bersih. Dan basuhlah ia agar kita kembali dalam keadaan yang suci.

kehadiran anjing ini bukanlah sepatutnya dilayan sekadar untuk diambil manfaat di dunia sahaja.  tetapi sepatutnya dilihat lebih luas dari itu.  Ia adalah ujian ALLAH buat kita yang mana keputusan ujian tersebut hanya kita ketahui pada Hari Akhirat nanti.

Tapi ramai yang beranggapan anjing merupakan haiwan yang segalanya haram. Haram disentuh. Haram dibela. Haram dibuat kebaikan padanya. Segala2nya mengenai anjing adalah haram.
Kita belum tentu masuk ke syurga Allah. Tetapi anjinglah salah satu haiwan yang dijanjikan syurga sempena dengan peristiwa Ashabul Kahfi. 

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam berpesan :


“Pada setiap yang bernyawa (makhluk hidup) ada pahalanya.” 

(HR Muslim)

Anjing seperti juga dengan haiwan-haiwan yang lain. Mereka tiada tempat di neraka. Adapun tempat mereka adalah disyurga seperti 10 Haiwan yang diyakini ke syurga oleh Allah kerana kepatuhan mereka terhadap Allah. Yang lain-lain setelah keadilan dilaksanakan, bertukar menjadi debu.

“Semua makhluk akan dikumpulkan di hari Kiamat termasuklah binatang, burung dan yang lain2. Keadilan Allah yang amat sempurna di mana kambing yang tidak bertanduk akan menerima pampasan / ganjaran dari kambing yang bertanduk.  Allah akan mengarahkan mereka : ‘Jadilah debu!’. Maka berkatalah orang kafir : ‘Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan) ‘(Surah al-Naba’ : 40]. Ini telah diriwayatkan di dalam Hadith Nabi (secara Marfu’) di dalam hadith tiupan sangka-kala”

Maka, Jelaslah bahawa kita membuat kebaikan kepada anjing, pahalalah ganjarannya.. jika membuat kejahatan, dosa lah yang kita dapat sedangkan anjing tersebut tidak dapat apa-apa. Berbuat baik kepada haiwan janganlah dipilih bulunya. Anjing pun ada perasaan takut. Kasihanilah mereka. Jika taknak bagi dia makan, abaikanlah dia..jangan dipukul dan dicederakan.






Sayangilah makhluk Allah. Kita diciptakan sebagai khalifah. Sebagai pemimpin. Sebagai makhluk yang paling sempurna kerana punyai akal fikiran. Kita punya tanggungjawab bukan sahaja sesame manusia tetapi kepada semua makhluk Allah yang bernyawa.

Thursday 20 June 2013

Friday, January 14, 2011

wow..jumpa blog lama and post lama mengenai hajat yg ingin dicapai.

red in color is the result now.. 

Friday, January 14, 2011

Bebelan ku...

Luahan hati duka lara suka duka bermula...
nak start dari mana..
tahun ni i want it to be different..
byk benda aku nk capai tahun ni..

nak ambil lesen kete.. beli kete.. tukar keje baru yg lebih                              finally Viva Elite Purple 2013
rewarding n challenging ... but i know i have to plan betul2 n make it
work.. setiap saat berdetik tick tock tick tock..

aarrrghhh damn!! hopefully Allah permudahkan semua urusan ku..
n tabahkan hati ni melalui semua obstacle ..

bukan aku x enjoy keje kat opis skang ni..                                                    keje tempat baru dah. Start                                                      
aku suke.. colleagues semua baik2 belaka..                                                 2012
x kedekut share ilmu .. tp ntah la..
jiwa dh xde.. setiap hari g keje dh x ikhlas..
i need new environment...

so.. aku nk try tgk smpai bulan 6... kalau aku stil rasa bosan..
hantar surat la.. n cari keje lain... i mean.. rezeki Allah ada di mana2 saja..
so i dont hv to worry about that..

kadang2 tu rasa nk je pindah dok kelantan ngan kakak ..
bukan sebab nk dekat dgn sapa2..
niat di hati tu dh ada since before aku kenal budak tu..
sebab nk jauh dr org2 yg ada kat KL ni..
merunsingkan.. mengusutkan...
tapi dok pikir abah je..

abah dok sana nanti ok ke..
berjauhan ngan adik beradik n kawan2..
xde bowling outing or dinner outing..
kesian plak kat abah...

see~~!!!! dlm setiap apa yg aku nk wat..
i hv to think about others...
im not complaining .. abah means everything to me..
if he doesnt happy.. then im not happy..

my sis n i plan nk beli umah baru.. nk move out..
which is great.. but i want to live in a home
where we all can be 2gether..

abah + kakak + me + cats .. baru la perfect ..                               yeay~~ Alhamdulillah..
tapi i dont think semua org setuju ..                                              we all together now!!
coz no one understands our problem yg sebenar2 nyer..
mereka yg ckp paham tu.. buat2 faham je..

the real deal is.. xde sape faham..
benda yg mudah.. tp nk wat jd susah..
come on la... life is short..
stop talking n start doing!!

hal cinta plak..
yg korang semua dtg secara tiba2 ni kenape..
dulu korang yg dump aku.. konon dh jumpe yg terbaik la..                Alhamdulillah. Xde gangguan dah
skang ni merangkak nk bersama ngan aku balik awat nyaaa...
tau plak nyesal.. korang dh plan ye untuk dtg serentak..?
ingat ni rancangan the bachelorette ke..

kalau korang x kesah untk aku date setiap dr korang..
and in the end choose one of u.. i dont mind..                                 we are now~!! Hehehe so in love
but the point is.. aku dh ada someone..
well.. we're not in a relationship..
kami x kapel.. but kami rapat mesra..
kami ada plan untuk bersama..

walaupun dia ni.. x romentik mcm korang..
x caring mcm korang..
x direct mcm korang..                                                                          tarik balik.. now he is extremely
but at least dia jujur ngan aku..                                                           caring & romantik

walaupun kadang2 rasa nk cekik2 je dia ni
dok main tarik tali.. jgn sampai tali tu putus sudah..
haihhhh.. byk kan aku merungut...
coz aku sendiri blur..
byk plan.. tp xtau nk start dr mana..
damn it..

Wednesday 19 June 2013

al-fatihah

Bismillahirahmanirrahim~

Yesterday when I was on the phone with Najib , I know that he was crying. But I don’t know how to react. So , I asked him to calm down .

Today, this morning he calls me and informed that her mother passed away.
I was shocked and try to hold my tears from falling.

Arwah was a very loving woman. She was friendly and easy going. She was a very positive person.

I remember when I met her for the first time in Kelantan.

Her house was located very near to the sea Pantai Cahaya Bulan. I can see the ocean very clear from her house window.

She cooked Ikan singgang for lunch while Najib cooked macaroni .

I had interesting story about how hard I was trying to understand her kelantanese slang .
But she never gave up making me understand every word.

Then , I met her at Najib convocation at Uitm Shah Alam. I brought her a cupcake and she asked whether if I made it myself.. and I said I don’t know how to bake a cake and she said.. its not that you don’t know, its because you don’t have time .

Last year if im not mistaken was my last visit. She served us mee goreng which byfar the most delicious meal I had when I was in Kelantan.

Im gonna miss her.. I always thought that she gonna be a great future mother in law.


Al- fatihah…

Tuesday 18 June 2013

follow your heart but take your brain with you

Bismillahiraahmanirahim~

Tadi kusyuk blog walking terjumpa lah beberapa artikel dan keratan akhbar kes bunuh diri akibat putus cinta.

Putus cinta mmg sakit. Perit. Menderita jiwa dan raga. Lebih2 lagi apabila kita terlalu menyintai seseorang tu kemudian dikhianati.. rasa sakitnya mmg berat untuk ditanggung.

Kerana itu jangan bercinta secara membuta tuli dan membabi buta.. letakkan batas perasaan kpd pasangan kita. Dan cinta paling utama iaitu Allah dan keluarga. Andai cinta kita sesame makhluk mengatasi cinta kita kpd agama dan keluarga, nah~ bila kecewa, mulalah nak bunuh diri dan mencederakan diri.

Sape x pnah putus cinta? Untunglah mereka yg x pnah putus cinta. Aku sendiri pernah beberapa kali putus cinta. Tapi, Alhamdulillah.. x pnah plak aku terlintas nak mencederakan diri sendiri inikan pula bunuh diri. Takat menangis 10 minit sehari je.

Ada bagus jugak aku ni dibesarkan dalam keluarga yang agak kasar. Didikan lalu membuatkan aku menjadi seorang yang hati keras. Hanya mudah tersentuh jika melibatkan keluarga dan haiwan.

Jadi bila aku frust, aku x perlu masa yg lama untuk recover. Menangis itu pasti, tp xde smpai meraung meroyan mcm org gila.. tup tup tup aku dah move on. Sebab aku tak suke orang Nampak kelemahan aku.aku x suke orang Nampak aku menangis.. aku x suke orang rasa simpati pd aku.. aku x suke org Nampak moment of my weakness & aku sangat pantang jika aku dapat tahu yang aku dilayan spt tiada nilai. Seperti satu tamparan yg hebat pada keegoan aku.

So, aku nak share apa yg membuat kan aku meletup & that’s it!

1.       My ex pernah suruh aku rebut dia dgn gf dia yg satu lagi.
I was like.. WTH~~?? Ko hebat sgt ke aku nk rebut ko. Kalau girl tu nak sgt kat ko.. HAMBEK~~
Buang masa aku nk rebut2 neh.

2.       My ex cakap “saya tahu kalau saya buat salah mcm ne pun awak tetap akan syg sy..”
Perghhh.. pedih.. bukan nk berubah.. tp langsung tak kisah. Rasa mcm dipandang ringan plak.
Terus ambil keputusan lost contact setelah 11 tahun bersama.

3.       My ex pnah delete my number from his hp, and when I called him dia jawab “ni sape..?”
Aku pun jawab “xde sape2” terus letak tepon and change my hp no.

4.       My ex pnah suh cari laki lain. Selama ni buat xtau je. Tp tiap2 kali gaduh asyik suh cari laki lain je. Mmg aku cari laki lain lah. Huh!!

Aku ni seorang yg sgt penyabar dalam perhubungan. Aku sentiasa mengalah dan menurut apa sahaja kehendak mereka. Tapi aku xkan tolerate jika mereka curang. Sekali curang, sorry naik lori.
Sebab bila aku buat salah. Suka sangat diungkit2 kan. Sampai bila aku nk berdiam. Aku sound lah, seteruk2 aku, bukan aku yg ada org lain.
Bila sedih aku sentiasa menasihati diri aku sendiri..

*Ain, biarlah kau gagal dalam percintaan tetapi jangan gagal dalam pelajaran. Buktikan pada mereka bahawa cinta mereka tidaklah sehebat mana untuk sehingga mampu menghapuskan cita-cita kau. Bukti mereka silap.. agar mereka menyesal memperlakukan kau sebegini.. you deserve so much better.. & you don’t need that kind of jerk to complete you.. sentiasa tersenyum agar mereka lebih menderita kerana tanpa mereka kau lebih matang & hebat. Bila kau sedih2 mereka gembira.. mereka akan perasan konon cinta mereka sangat hebat.


* Alhamdulillah, tanpa mereka aku sangat bahagia skang ni. Tak perlu nak bunuh2 diri ni.. bunuh diri kompem neraka. Dah la kat dunia menderita, xkan kat akhirat yg kekal abadi tu pun nk menderita jugak.? Think wisely..
 



follow your heart but take your brain with you. 

Monday 17 June 2013

SMK Convent Klang

Fuuhh~~ Alhamdulillah.. selesai melaksanakan tanggungjawab sbg fasilitator untuk pelajar2 dari SMK Convent Klang.

Convent klang ni bukan lah 1st time menjalani aktiviti di sini, tetapi setiap tahun, cuma para peserta yang berbeza. Mereka gemar melakukan Kem Unit Kokurikulum menggabungkan segala banyak unit2 uniform seperti puteri islam, KRS, kadet polis, st john , PBSM, Pandu Puteri , etc.

This week group aku Pandu Puteri. Kesian plak aku bila dgr mereka kata uniform yang paling aktif adalah puteri islam. Sebab setiap tahun aku asyik dgr puteri islam sahaja. Kata mereka, kerana puteri islam ada ustazah sarimah selaku guru persatuan. Sebab tu puteri islam ni aktif.

Jadi, aku menggunakan pengalaman aku sebagai ketua kadet dulu sebagai motivasi kepada mereka.
Kita tak boleh nak mengharapkan pada guru sahaja.. semuanya bergantung pada diri kita sendiri untuk menjayakan sesuatu. 

Bila mereka dah dapat clear picture, ketua kumpulan pun dilantik. Dan aku membahagikan tugas2 kpd mereka untuk membuat panji kumpulan dan persediaan malam kebudayaan.
Setelah dicabut undi, group pandu puteri perlu mempersembahkan BORIA. Lalalalala~~ aku mmg x reti sgt. Dah lama meninggalkan tarian boria ni since sekolah rendah. Aku Bluetooth lagu scenario boria pada salah seorang ahli kumpulan supaya mereka familiar dengan rentak lagu tersebut. Dan Nurain Chow dilantik sbg composer untuk mengubah lirik lagu tersebut supaya bersesuian dengan tema perkhemahan.

Keesokannya, aku membuat uji bakat vocal. Dan mmg tak dapat dinafikan lagi, syikin punyai suara yang lunak dan merdu. Sesuai untuk mengetuai tarian boria itu nanti.
Alhamdulillah, budak2 ni senang dilentur. Tak sampai seminit aku ajar steps tarian semua mampu follow termasuk pelajar2 india. Aku kagum!

Bila aku sudah cukup yakin dgn kemampuan mereka, aku lepaskan mereka untuk berlatih sendirian tanpa pemantauan aku. Sebab aku xnak mereka terlalu bergantung kpd aku. Aku mahu mereka yakini kemampuan diri sendiri.

Pada malam kesenian, juri pemarkahan adalah ustaz Aiman, ustaz faiz & cikgu Mahadzir. Alhamdulillah,
Kemenangan dipihak kami dengan markah tertinggi 82% .

Untuk merangkul kumpulan terbaik, markah persembahan akan ditambahkan dengan markah kawad kaki. Jadi , pada malam kedua , aku melatih anak2 didik aku ni cara kawad kaki yang betul. & melatih ketua skuad untuk memberi arahan yang tepat.

Ketika pertandingan kawad kaki berlangsung, aku tidak sempat menyaksikannya. Jadi aku Tanya pada Amzar, sebagai seorang juri yang memberi pemarkahan untuk kawad kaki ttg prestasi Pasukan Pandu Puteri, dan katanya Pandu Puteri adalah pasukan yang terbaik. 

Again, I was shocked! & mmg tidak dinafikan lagilah bahawa kumpulan terbaik untuk kem unit beruniform SMK Convent Klang bagi tahun 2013 jatuh kepada Pandu Puteri. Yeayyy~~!!

Ketika diumumkan juara di majlis penutup, semua ahli pasukan Pandu puteri terkejut dalam kegembiraan. 

Selesai Majlis penutup, kami bersalaman untuk mengucap selamat tinggal.

Terharu apabila ahli2 Pandu Puteri memeluk aku dan membisikkan di telinga aku “we couldn’t make it without you..”


Well, actually they can make it without me IF they believe in themselves and have faith with every team members in the group. 
*Semoga semua adik2 SMK Convent Klang menjadi Insan yang berjaya dunia & Akhirat.


Wednesday 12 June 2013

Cepatkanlah masa~

Arrghh~~  

aku dah mula bosan dengan kerja yang aku lakukan skang ni.

Tiap2 pagi berat betul kaki nk melangkah keluar untuk bekerja.

Di office pula asyik tgk jam je menunggu waktu balik.

Mmg aku nak sangat sangat sangat cari keje lain tapi aku sabarkan dulu.

Biarlah cukup setahun aku berkhidmat di firm ini, insyaAllah tahun depan aku blah.

Kat sini kene bagi notice 2 bulan. Nape lah lama sangat.

Patut ke aku resign dulu baru cari keje atau cari keje dulu baru resign.

Ada ke office yang sanggup tunggu 2 bulan selain drpd legal firm?

Sbb legal firm kebanyakkannya mmg notice 2 bulan.

Sekarang dah bulan 6. Pejam celik pejam celik akan berakhirlah tahun 2013.


Moga2 Allah permudahkan segala kehendak & urusan ku. 

Amin

Monday 10 June 2013

My favorite nasyeed song

Lirik Lagu Menjejak Jalan Selamat


Alangkah sedih hati ini
Umat Islam tidak dihormati
Hilang maruah dan harga diri
Musuh galak ketawa mencaci

Menjadi mangsa huru hara
Disembelih bak haiwan melata
Kasihan nasib kecil menangis hiba
Mendakap ibu yang tidak bernyawa

Kenapakah ini semua terjadi
Umat Islam diseksa dihina
Allah lepaskan tanpa bantuan
Membiarkan musuh bertindak kejam

Mungkin ianya suatu kifarah
Hukuman dunia beserta tarbiah
Kemungkaran umat tidak dicegah
Datanglah ketetapan balasan Allah

Kita tak ingin menanggung azab
Membiarkan musuh berlaku biadab
Tegakkan iman bangunkan syariat
Mudahan selamat dunia akhirat

Duet : Azahari & Idzhar
Lagu : Mujahid
Lirik : Zuraimi.

Something to share




Friday 7 June 2013

IJN with Love

Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum wbt & good day.

Syukur ke hadrat Allah, Tuhan yang Maha Agung, Maha Bijaksana, Maha penyembuh segala penyakit, Maha Pengasih & Penyayang kepada setiap makhlukNYA. Abah Berjaya menjalani pembedahan CABG (bypass) pada 6 June 2013 bersempena Israk & Mikraj.

Pembedahan tersebut telah dirancang sejak setahun lalu. Tetapi terpaksa ditangguhkan kerana
Masalah yang tidak dapat dielakkan.

Kini , dengan perancangan rapi pihak professional IJN dan HKL , segala kesulitan Berjaya diatasi dengan izinNYA.
Terima kasih kepada individu2 yang terlibat Datuk Dr Azhari Rosman , Dato’ Dr Jeswant Dillon, Dr Taufik Abdullah, Dr Keiko, nurses at 3rd floor and nurses at ICU & others (ramai, tapi xtau nama)

31 May 2013, Friday

Appointment ini mmg dijadualkan oleh Datuk Dr Azhari untuk kami bertemu Dato Dr Jeswant , malangnya, Dr Jeswant sibuk dan kami diaturkan temujanji dengan Dr Taufik Abdullah (Cardiothoracic Clinical Specialist).
Dr Taufik seorang yang bijak tetapi sempoi. Rasa x stress dan senang sangat. Kemudian Dr Taufik mengumumkan bahawa abah akan diminta admit ke ward pada 2 june 2013 dan kebarangkalian bypass akan dilakukan pada 4 june 2013.

2 June 2013, Sunday

Pagi2 lagi kami membawa abah breakfast besar di Georgetown whitecoffee di Wangsa Walk.
Abah memesan bubur nasi dan half boiled egg. Alhamdulillah , abah kekenyangan. Sekitar jam 12 tghari kami
Mendaftar untuk kemasukan di ward. & nurse memaklumkan tiada lunch akan disediakan kerana kami masuk lewat. Jadi aku membeli mushroom quiche kepada abah sebagai lunch nya. Nasib baik abah makan byk hari tu sebab pada belah petangnya nurse mengatakan abah perlu start puasa kerana Dr Taufik mahu awalkan sehari bypass iaitu isnin 3 june 2013. We were shocked! & requested to meet with the Dr pakar bius Dr Keiko.

Dr Keiko menerangkan kepada kami bahawa mereka dah well prepared and should be no problem with abah. & we explained to Dr Keiko everything about abah walaupun kami maklum bahawa mereka tahu kesemuanya.

3 June 2013, Monday

Alhamdulillah, kami dimaklumkan bypass abah ditangguhkan ke hari khamis 6 June 2013. Bermakna abah perlu berpuasa selama 5 hari. MasyaAllah.. kesian abah, tapi makanan berbentuk drip akan dimasukkan untuk mengelakkan abah kehilangan tenaga.

4 & 5 June 2013, Tuesday & Wednesday

Ramai ahli keluarga datang melawat termasuk sahabat2 abah dari MCKK.
Alhamdulillah. Thank u all sebab memberi semangat kpd abah.

6 June 2013, Thursday

Abah dimasukkan ke dalam Operation room dalam pukul 8 pagi. & selesai dalam pukul 1.15 tghari.
Abah ditempatkan di ICU bilik A109. Masih under supervision. Menurut Dr Taufik segalanya berjalan
Dengan lancar.

7 June 2013, Friday

Abah transferred to HDU. masih kene monitor jantung abah. sebab setiap kali abah makan,
abah akan muntah. nurse kata normal & insyaallah will gets better.

8 June 2013, Saturday

Abah masih di HDU. setiap kali nk transfer ward je BP naik. so doctor tahan.

9 June 2013, Sunday

Alhamdulillah.. abah dah masuk ward biasa. makan pun selera je.
al maklum lah puasa punya lah lama. seronok tgk abah selera makan.



wajah2 doctor abah






PROF. DATO' DR HJ AZHARI ROSMAN












DATO' DR JESWANT DILLON