nuff said

Friday, 28 June 2013

Rukun-Rukun Solat




20 Sifat-Sifat Allah


World War Z

Assalamualaikum..

Aku nak share pengalaman aku menonton filem terbaru daripada Brad Pitt “World War Z” .
Dalam 5 bintang, aku bagi 4 bintanglah..

Cerita dia ok tak membosankan. Xde satu slot pun dalam movie tu disia-sia kan.. semuanya terisi.

Sukar untuk aku gambarkan perasaan aku sebenarnya. Memandangkan aku duduk in the centre and 2nd front row.. 

mungkin sedikit sebanyak mempengaruhi perasaan aku ketika tu.

1.       Beberapa kali aku tutup mata dengan tangan
2.       Beberapa kali menutup mata dengan tudung.
3.       Beberapa kali menutup mata dengan handbeg.
4.       Beberapa kali menutup mata dengan bahu kakak yang duduk disebelah.

Haaa.. boleh agak x mcm ne perasaan tu sampai tutup2 mata ni.

Cerita ni berkisarkan wabak penyakit yang menular menjakiti manusia sehingga mereka menjadi ala-ala zombie.. tp bukan zombie, mereka dikenali sbg Zeke.

Apabila zeke mengigit manusia biasa, dalam beberapa saat, manusia biasa tu pun akan bertukar menjadi zeke.

Pergerakan zeke ni sangat pantas dan aggressive .muka mereka pucat, mata mereka spt kene rasuk setan. Bunyi yang mereka keluarkan.. 

adoyayyy mmg scary la..

So, Gerry (Brad Pitt) ditugaskan untuk mengiringi seorang professor ni ke Korea untuk mencari penawar. 

Malangnya, professor tersebut mati dan Gerry terpaksa dengan rela hati mengambil keputusan untuk cuba mencari penawar untuk masalah tersebut.


Daripada korea mereka ke Israel kemudian ke Wales dan kemudian ke tempat penempatan keselamatan rakyat dimana isteri dan keluarganya menunggunya.

Mmg interestinglah cara dia nak dapatkan penawar tu.


Nak tahu lebih? Tgk sendiri.. :)


Thursday, 27 June 2013

Situasi sebenar dalam KTM

Bismillahirahmanirrahim~

Tiap2 hari, Tren KTM merupakan transport untuk aku ke tempat kerja.

Aku akan naik daripada stesen Kajang dan turun di KL Sentral.
Bermacam ragam aku lihat. Ada yang kelakar and ada yg menyakitkan mata.

Yang kelakar apabila ada yg tertidur.

Mulut ternganga besar and sometimes bunyi pun ada.

Ini berlaku bukan sahaja di couch wanita tetapi juga couch campur.

Imagine~! 

Seorang perempuan muda yang kelihatan sangat ayu melangkah masuk ke dalam tren.

Mengambil tempat duduk dan mata2 sang teruna semua memandang penuh minat.

10 min berlalu terlelap. Mulut pun perlahan2 terbuka. Kepala terseket ke kiri & ke kanan mengikut aliran pergerakan tren.

Aku melihat lelaki2 & perempuan2 yang berdekatan ada yg senyum sinis dan ada juga yg ketawa.

Ya Allah.. kalau aku lah ditempat perempuan muda itu pasti rasa sgt malu.

Sejak drpd hari tu. Aku seboleh2 tahan mata drpd mengantuk. Risau aku pun jadi mangsa ketawa mereka2 ni.

Bukan pada wanita itu sahaja. Malah ramai.. sangat ramai..

Kemudian..

Ada juga yang menyakitkan mata. Orang tua, wanita mengandung, & OKU berdiri sepanjang perjalanan kerana tiada sesiapa yg sudi menawarkan kerusi mereka.

Tapi Alhamdulillah. Ada juga yg masih ada kesedaran sivik yg tinggi. Tapi tak ramai…

Ada jugak yang mungkin beg mereka pun beli tiket kot. Sebab seat tu diletakknya beg dan orang kene berdiri. Aku bukan cakap kosong.. aku ada bukti.



Kalau aku yg berdiri.. aku dah suruh mereka angkat beg tu sebab nak duduk.

So, muhasabah semua diri kita. 

Aku mengaku kadang2 aku terlalu penat jd harus duduk and pnah jugak buat x Nampak je org yg tua . tapi hanya berlaku jika aku betul2 penat atau kurang sihat.


Sekarang ni zaman technology canggih and aku faham semua org sibuk menunduk kepala ke bawah untuk menggodek hp canggih mereka. 

Tetapi sekali sekala please look up.

just saying