nuff said

Friday, 28 June 2013

20 Sifat-Sifat Allah


World War Z

Assalamualaikum..

Aku nak share pengalaman aku menonton filem terbaru daripada Brad Pitt “World War Z” .
Dalam 5 bintang, aku bagi 4 bintanglah..

Cerita dia ok tak membosankan. Xde satu slot pun dalam movie tu disia-sia kan.. semuanya terisi.

Sukar untuk aku gambarkan perasaan aku sebenarnya. Memandangkan aku duduk in the centre and 2nd front row.. 

mungkin sedikit sebanyak mempengaruhi perasaan aku ketika tu.

1.       Beberapa kali aku tutup mata dengan tangan
2.       Beberapa kali menutup mata dengan tudung.
3.       Beberapa kali menutup mata dengan handbeg.
4.       Beberapa kali menutup mata dengan bahu kakak yang duduk disebelah.

Haaa.. boleh agak x mcm ne perasaan tu sampai tutup2 mata ni.

Cerita ni berkisarkan wabak penyakit yang menular menjakiti manusia sehingga mereka menjadi ala-ala zombie.. tp bukan zombie, mereka dikenali sbg Zeke.

Apabila zeke mengigit manusia biasa, dalam beberapa saat, manusia biasa tu pun akan bertukar menjadi zeke.

Pergerakan zeke ni sangat pantas dan aggressive .muka mereka pucat, mata mereka spt kene rasuk setan. Bunyi yang mereka keluarkan.. 

adoyayyy mmg scary la..

So, Gerry (Brad Pitt) ditugaskan untuk mengiringi seorang professor ni ke Korea untuk mencari penawar. 

Malangnya, professor tersebut mati dan Gerry terpaksa dengan rela hati mengambil keputusan untuk cuba mencari penawar untuk masalah tersebut.


Daripada korea mereka ke Israel kemudian ke Wales dan kemudian ke tempat penempatan keselamatan rakyat dimana isteri dan keluarganya menunggunya.

Mmg interestinglah cara dia nak dapatkan penawar tu.


Nak tahu lebih? Tgk sendiri.. :)


Thursday, 27 June 2013

Situasi sebenar dalam KTM

Bismillahirahmanirrahim~

Tiap2 hari, Tren KTM merupakan transport untuk aku ke tempat kerja.

Aku akan naik daripada stesen Kajang dan turun di KL Sentral.
Bermacam ragam aku lihat. Ada yang kelakar and ada yg menyakitkan mata.

Yang kelakar apabila ada yg tertidur.

Mulut ternganga besar and sometimes bunyi pun ada.

Ini berlaku bukan sahaja di couch wanita tetapi juga couch campur.

Imagine~! 

Seorang perempuan muda yang kelihatan sangat ayu melangkah masuk ke dalam tren.

Mengambil tempat duduk dan mata2 sang teruna semua memandang penuh minat.

10 min berlalu terlelap. Mulut pun perlahan2 terbuka. Kepala terseket ke kiri & ke kanan mengikut aliran pergerakan tren.

Aku melihat lelaki2 & perempuan2 yang berdekatan ada yg senyum sinis dan ada juga yg ketawa.

Ya Allah.. kalau aku lah ditempat perempuan muda itu pasti rasa sgt malu.

Sejak drpd hari tu. Aku seboleh2 tahan mata drpd mengantuk. Risau aku pun jadi mangsa ketawa mereka2 ni.

Bukan pada wanita itu sahaja. Malah ramai.. sangat ramai..

Kemudian..

Ada juga yang menyakitkan mata. Orang tua, wanita mengandung, & OKU berdiri sepanjang perjalanan kerana tiada sesiapa yg sudi menawarkan kerusi mereka.

Tapi Alhamdulillah. Ada juga yg masih ada kesedaran sivik yg tinggi. Tapi tak ramai…

Ada jugak yang mungkin beg mereka pun beli tiket kot. Sebab seat tu diletakknya beg dan orang kene berdiri. Aku bukan cakap kosong.. aku ada bukti.



Kalau aku yg berdiri.. aku dah suruh mereka angkat beg tu sebab nak duduk.

So, muhasabah semua diri kita. 

Aku mengaku kadang2 aku terlalu penat jd harus duduk and pnah jugak buat x Nampak je org yg tua . tapi hanya berlaku jika aku betul2 penat atau kurang sihat.


Sekarang ni zaman technology canggih and aku faham semua org sibuk menunduk kepala ke bawah untuk menggodek hp canggih mereka. 

Tetapi sekali sekala please look up.

just saying


Happy Bday Kakakku Sayang

Bismillahirahmanirrahim~

Semalam 26.6.2013 merupakan hari jadi my beloved sister, 
Nurul Ayesha Ahmad Annuar yang ke-??? (biarlah rahsia) .. huhuhu

Memandangkan kami tak duduk dengan mama di Selayang, jadi mama hanya mengirimkan hadiah untuk kakak kepada aku agar aku boleh sampaikan kepada kakak pada hari jadinya semalam.

Aku memang tak sempat nak bagi kakak hadiah pada genap 12 malam 26.6.2013 tu sebab masing2 dan tidur. 

Pagi esoknya hanya sempat wish sebab pukul 6.30 pagi dh kene keluar pergi keje. 

So tak best lah nk bagi hadiah dalam keadaan rushing. aku plan nak bagi bila aku balik keje petang itu sahaja. Boleh dinner and bagi hadiah terus.

Malangnya apa yang aku plan hancusss ditangan mama.. haha..
Pagi jam 7 lebih kakak call mama , perbualan mereka lebih kurang macam ni.

Kakak    : Assalamualaikum mama, terima kasih!!

Mama   : Waa’alaikumusalam,,, sama2.. kakak suka ke hadiah tu?

Kakak    : Hadiah? Hadiah apa?

Mama   : Hadiah yang mama bagi lah, deenee pun ada bg hadiah jugak.
Kakak    : tak dapat pun.

Mama   : adik tak bagi lagi ye? Abih tu kakak terima kasih for what?

Kakak    : terima kasih sebab melahirkan kakak dan membesarkan kakak lah.

Haaa… tgk.. terkantoi plak ada hadiah… rosakkkk plan aku..
So, balik keje smpai je rumah. 

Aku tak dulik. Aku nk jugak buat surprise.

Masa kakak tgh tgk TV3 Drama Teduhan Kasih, aku masuk bilik dia dan susun hadiah atas katil. & letakkan kucing aku “Tuah” ditepi hadiah tersebut.

Mama menghadiahkan kakak, cardigan kelabu. Deenee menghadiahkan kakak anak patung untuk digantung di dalam kereta kakak. Abah bagi frame gambar & ada pic abah & kakak. Lastly aku bagi kakak bekas letak barang ala2 english design. Dulu dia pnah cakap dia teringin.

So, bila kakak masuk bilik opkos la dia surprise~~!! 

Yeayyy menjadi surprise aku..alhamdulillah..

Malam tu jugak kami keluar tgk wayang di Alamanda.. cerita World War Z..


Best best… Alhamdulillah diatas segala kesempatan semalam…