nuff said

Monday, 1 July 2013

Shopping Baju Raya & Gomo Kelate



Bismillahirahmanirrahim~


Hari sabtu baru2 ni, kami sekeluarga shopping baju raya and langsir baru untuk raya.


Well, kami buat keputusan untuk shopping awal agar bulan puasa nanti takdelah tergesa2 nak beli semua last minit.




Now, kami mampu menarik nafas lega sebab semuanya dah selesai & tak perlu nak risau2 lagi.


Kami shopping takdelah tempat yg grand gitu. Cukuplah baju tu Berjaya menawan mata yg memandang dan selesa untuk digayakan pada hari raya yang akan datang.


Kami shopping sekitar kawasan sogo, semua house, jalan TAR, masjid india & etc.


Kebetulan pada hari tersebut merupakan hari perlawanan akhir LIGA FA antara Kelantan dan Johor. Maka, jalanraya teramatlah jem dgn kereta dan manusia2. 



Ada yang siap berjersey kerana lepas shopping mereka akan ke Stadium untuk menyaksikan perlawanan tersebut.


Kakak aku merupakan penyokong tegar JOHOR.

siap beli jersey original nak pakai. Bukan tgk di stadium pun, kat TV je.. 


saja nk semangat lebih.. aku plak memandangkan buah hati intan payung aku org Kelantan, opkos la sokong Kelantan..

beli jersey murah je.. tapi berbaloi gitu.. sebab Alhamdulillah kemenangan dipihak Kelantan.. cayalah~~!!!

Friday, 28 June 2013

syarat sah solat


Rukun-Rukun Solat




20 Sifat-Sifat Allah


World War Z

Assalamualaikum..

Aku nak share pengalaman aku menonton filem terbaru daripada Brad Pitt “World War Z” .
Dalam 5 bintang, aku bagi 4 bintanglah..

Cerita dia ok tak membosankan. Xde satu slot pun dalam movie tu disia-sia kan.. semuanya terisi.

Sukar untuk aku gambarkan perasaan aku sebenarnya. Memandangkan aku duduk in the centre and 2nd front row.. 

mungkin sedikit sebanyak mempengaruhi perasaan aku ketika tu.

1.       Beberapa kali aku tutup mata dengan tangan
2.       Beberapa kali menutup mata dengan tudung.
3.       Beberapa kali menutup mata dengan handbeg.
4.       Beberapa kali menutup mata dengan bahu kakak yang duduk disebelah.

Haaa.. boleh agak x mcm ne perasaan tu sampai tutup2 mata ni.

Cerita ni berkisarkan wabak penyakit yang menular menjakiti manusia sehingga mereka menjadi ala-ala zombie.. tp bukan zombie, mereka dikenali sbg Zeke.

Apabila zeke mengigit manusia biasa, dalam beberapa saat, manusia biasa tu pun akan bertukar menjadi zeke.

Pergerakan zeke ni sangat pantas dan aggressive .muka mereka pucat, mata mereka spt kene rasuk setan. Bunyi yang mereka keluarkan.. 

adoyayyy mmg scary la..

So, Gerry (Brad Pitt) ditugaskan untuk mengiringi seorang professor ni ke Korea untuk mencari penawar. 

Malangnya, professor tersebut mati dan Gerry terpaksa dengan rela hati mengambil keputusan untuk cuba mencari penawar untuk masalah tersebut.


Daripada korea mereka ke Israel kemudian ke Wales dan kemudian ke tempat penempatan keselamatan rakyat dimana isteri dan keluarganya menunggunya.

Mmg interestinglah cara dia nak dapatkan penawar tu.


Nak tahu lebih? Tgk sendiri.. :)