Assalamualaikum wbt & salam sejahtera blogers...
okeh... settle update aktiviti berbuka puasa di Bangi Golf Resort jumaat semalam.. skang nak update berbuka puasa bersama kawan2 teman rapat di Istana Bambu Restaurant Hulu Kelang.
Nak cari tempat ni ya Allah susah sgt... it was located near to Flamingo Hotel but jalan nak ke sana a bit tricky la.. sampai kekawan sesat byk kali n have to make a lot of U-turn... ciannn.. dah la kene redah jammed yang teramat teruk... i mean seriusly...
so.. pasnih x nak buke tempat KL lagi dah.. cari area x ramai org.. selangor perhaps.. insyaAllah next year..
tapi makanan disana mmg sedap dan best...
kambing goleknyerrr wahhh terbaik... suasana tempat duduk yang cantik.. walaupun kami dapat seat bawah khemah je tapi puas hati jugak lah...
sebab tempat2 yg best, semua dh fully reserved awal2 lagi di awal Ramadhan..
selesai menjamu selera... kami ni dok cari lah port yang baik untuk lepaking and exchange gift..
oh yaa.. mmg tradisi geng kami setiap kali Ramadhan outing akan ada exchange gift...
so, memula g wangsa walk.. parking full.. pastuh g Sri Rampai Tasik.. lampu plak tutup.. golap golita.. cancel!
pastu g Dataran Merdeka... ya Rabbi.. JEMM!!! 2 jam stucked dekat chow kit semata2.. masa tu dah pkul 1 pagi..
last2 pusing balik and lepak di Mc Donald cheras je... minum2 makan2 sikit and exchange gift..
& after cabutan dibuat, aku kene beli hadiah untuk Osman dan Osman beli hadiah untuk aku..
aku dapatkan dia lampu tidur warna merah while dia dapatkan aku handbeg purple..
mmg cantik sgt...
nuff said
Sunday, 4 August 2013
Iftar di Bangi Golf Resort
Assalamualaikum & good day all~~ :)
wahh.. tak sangka kita dah berada dipenghujung Ramadhan.. walaupun rasa tak sabar2 nak celebrate raya, tapi rasa sedih jugak nak meninggalkan bulan yang penuh keberkatan ni...
setelah boleh dikatakan setiap hari berbuka puasa di rumah sahaja dan kerana kesuntukan masa, hari2 mampu singgah bazar Ramadhan di semenyih boleh dikatakan semua kedai aku dah try masakan mereka.
not bad at all.
tapi dihujung Ramadhan ni, alhamdulillah ada rezeki lebih untuk berbuka puasa diluar..
seperti yang ada sedia maklum, aku merupakan seorang fasilitator disebuah syarikat consultancy dipanggil Al-Badru Training. & setiap tahun big boss a.k.a Cikgu Mahadzir akan buat berbuka puasa bersama2 jurulatih dan fasilitator.
tahun ni tempat pilihan adalah di Bangi Golf Resort.
MasyaAllah.. betapa ramainya orang berbuka disana.. suasana sangat meriah dan makanan boleh tahan..
so, biarlah gambar yang menceritakan segala2nya..

Friday, 19 July 2013
My Fav Blogger : Dr Asri Zainal Abidin
Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua..
siapakah pendakwah kegemaran uolss~?
well... aku ada ramai favorite ustazs and ustazah.. tp yang aku paling rajin follow ialah Dr Asri Zainal Abidin..
follow bukan stalking tau.. but aku suke baca penulisan beliau di laman blog rasmi di link INI .
dengan menggunakan bahasa yang mudah dan penjelasan diselit dengan sumber rujukan mmg sesuai untuk menangkap mata aku untuk terus membaca.
aku kagum dgn beliau dengan ketinggian ilmu agamanya.
so, aku nak share sket penulisan terbarunya yang bertajuk Islam Dan Kebebasan Budaya Serta Fesyen .
semoga perkongsian ini membawa manfaat pada sesiapa yg membaca..
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
Dalam satu majlis kerajaan di Arau, beberapa orang bukan muslim
mengambil keputusan untuk tidak menyertainya disebabkan majlis tersebut
menetapkan songkok sebagai pakaian rasmi majlis. Mereka merasakan ini
seakan menyuruh mereka memakai pakaian Islam sedangkan mereka bukan
muslim. Sebenarnya, ini hasil dari salah faham mereka terhadap pakaian
dan kebudayaan.
Songkok sebenarnya bukan pakaian agama Islam. Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabah baginda tidak pernah memakai songkok. Sebaliknya, ianya merupakan budaya orang di sebelah India dan kemudian dibawa ke Nusantara. Namun saya tidak begitu terkejut dengan salah faham mereka. Sebabnya, saya pernah menghadiri satu mesyuarat perbincangan hukum syarak di peringkat kebangsaan, salah seorang tokoh agama yang dikenali mencadangkan agar dilarang orang Islam memakai baju cheongsam cina atau kurta kaum India. Saya amat terkejut dengan pandangan sempit seperti itu. Bayangkan jika itulah hukum Islam, apa akan terjadi dengan orang Islam di negeri China dan India. Amatlah berat sebelah Islam ini jika ia mengharamkan cheongsam cina dan kurta india, tetapi membenarkan baju melayu. Padahal kesemua pakaian itu tidak dikenali pada zaman Nabi s.a.w. Dari sudut sejarah pula, Islam sampai ke China dan India mendahului Alam Melayu.
Mereka lupa bahawa antara faktor yang membawa Islam berkembang pantas
kepada setiap bangsa dan daerah adalah kerana Islam itu tidak
menghapuskan budaya dan adat resam sesuatu bangsa atau negeri selagi
mana ianya tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam atau
menyebabkan orang salah faham terhadap Islam. Maka Islam mengakui
pakaian, bahasa dan kesenian sesuatu kaum selagi tidak menyanggahi
nas-nas al-Quran dan al-Sunnah. Sebaliknya, jika adat dan kebudayaan itu
menjurus kepada unsur syirik seperti amalan tepung tawar dalam
masyarakat melayu, atau tokok-tambah dalam agama yang mengelirukan
hakikat sebenar Islam, maka ianya ditentang dan dihapuskan.
Hal ini jelas dalam hadis-hadis Nabi s.a.w, antaranya: Daripada Anas bin Malik r.a.,

Rasulullah s.a.w. juga bersifat fleksibel dalam soal fesyen pakaian
selagi tidak melanggari batas syariah dan nilai kesopanan. Baginda s.a.w
menggalakkan warna putih, namun hadis-hadis menunjukkan baginda juga
memakai warna yang lain. Baginda memakai berbagai-bagai pakaian dari
berbagai negeri seperti Yaman, Najran, Mesir dan lain-lain. Bahkan dalam
hadis dari al-Mughirah bin Su’bah, beliau berkata:
Saya begitu hairan apabila ada orang yang berkempen memakai selipar
Rasulullah s.a.w. yang ditemui rupa bentuknya oleh orang kita. Setelah
menyemak, reka bentuknya itu tidak pula saya temui dalam hadis-hadis
yang sahih. Jika ada sekalipun, itu bukan kempen agama ini. Rasulullah
s.a.w memakai apa yang terdapat dan mudah pada zamannya. Baginda s.a.w.
sendiri bukannya tukang kasut yang menentukan reka bentuk seliparnya.
Alangkah baiknya jika kita berkempen agar orang Islam memilki kilang
kasut dan menghasilkan berbagaikan jenis selipar dan kasut. Bukan
sekadar mereka cipta bentuk ganjil tapi produk aslinya di tangan orang
lain. Cuma, istimewanya selipar tersebut, jika dipakai di Mekah atau
Madinah, kemungkinan untuk hilang itu agak tipis. Sebabnya, hanya orang
Malaysia yang memakainya dan orang arab belum lagi tahu bahawa
demikianlah rupa paras selipar Rasulullah s.a.w. Dengan itu mereka tidak
memilikinya. Jika mereka ambil, terus dikesan itu barang curian orang
kita. Barangkali itulah rahsia ia di’bisnes’kan dengan jamaah haji kita.
Bagi saya, sesiapa yang ingin memakainya, silakanlah. Itu adalah
haknya dan selipar pun memang berbagai fesyen. Namun, jangan
dikait-kaitkannya dengan agama ini. Soal fesyen pakaian dan budaya
adalah terbuka dengan syarat tidak melanggari prinsip-prinsip syarak
seperti pakaian atau perbuatan yang khas hanya untuk penganut agama
tertentu selain Islam atau kelompok tertentu yang bercanggah dengan
nilai-nilai Islam. Ini seperti pakaian atau perbuatan khas sami atau
paderi, atau khas kelompok yang terang-terang menyanggahi Islam seperti
pakaian ala perompak atau lanun. Sabda Nabi s.a.w:

Namun dalam adat dan kebudayaan yang tidak ada kaitan dengan akidah
dan percanggahan dengan hukum-hakam Allah, maka al-Quran dalam Surah
al-A’raf ayat 32-33 menyebut:
Justeru itu, apabila Islam masuk ke China, tidak hapuskan pakaian
orang cina dan reka bentuk bangunan mereka. Lihat sahaja reka bentuk
masjid di China. Demikian tidak dibuang kurta orang India. Demikian juga
tidak dihapuskan fesyen pakaian orang melayu yang bersampin dan
bersongkok. Dengan syarat tidak menyanggahi ajaran Islam. Malangnya,
saya dimaklumkan oleh beberapa orang sahabat yang baru menganut Islam
bahawa ada tok kadi yang enggan mengakad nikah mereka kerana memakai
fesyen pakaian yang tidak kemelayuan atau kearaban. Ini adalah pemikiran
yang sangat sempit.
Di sebuah negara jiran, masyarakat suatu tempat bertengkar kerana sebuah masjid yang dibina tidak mempunyai kubah, sehingga ada yang berkata masjid tersebut tidak boleh diiktiraf sebagai masjid. Saya yang dijemput hadir ketika itu diminta memberikan penyelesaian. Dengan tersenyum saya bertanya: “Adakah tuan-tuan tahu bahawa masjid Nabi s.a.w. pada hari ia dibina pun tiada kubah. Ia hanya dari tanah liat dan berbumbungkan pelepah tamar dan bertiangkan batang tamar? Lihatlah apa yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Umar dalam Sahih al-Bukhari. Kubah menjelma pada generasi selepas Rasulullah s.a.w sebagai salah satu seni binaan yang diluaskan penggunaannya oleh umat Islam. Kubah bukan syarat sebuah masjid. Apa yang penting fungsi masjid itu hendak benar-benar membangunkan umat. Betapa banyak masjid yang berkubah mewah, tetapi masyarakatnya tidak dapat diubah dan tidak indah. Masjid Nabi s.a.w sekalipun tanpa kubah, tetapi ia telah mengukir sejarah kegemilangan dan mengangkat kedaulatan umat. Masjid tanpa kubah mungkin satu kekurangan di sudut kebiasaan seni kita. Namun masjid yang tidak berfungsi seperti zaman Nabi s.a.w. adalah satu kesalahan agama”. Akhirnya mereka akur.
Kehidupan manusia ini berbagai. Seni dalam kehidupan pula pasti
berbagai. Islam tidak memaksa bukan arab meniru budaya arab. Pakaian dan
seni yang berkaitan dengan bangsa Arab itu –jika ia dilakukan oleh
Rasulullah s.a.w.- diketegorikan sebagai sunnah jibilliyyah atau sunnah ‘adah iaitu
perjalanan hidup baginda disebabkan faktor keinsanan dan kearaban
baginda. Dalam ertikata lain, jika baginda bukan seorang nabi pun,
sunnah jenis ini tetap wujud. Ini seperti jubah, serban, kegemaran
baginda memakan labu, kaki kambing dan seumpamanya. Semua ini wujud
sejak sebelum baginda ditabalkan menjadi rasul. Golongan bukan muslim
pada zaman baginda juga mengamalkannya. Selagi tiada nas yang sahih
memerintahkan umat mengikutinya maka sunnah jenis ini menurut pendapat
sebahagian ulama hukumnya hanyalah harus sahaja. Ini seperti yang
disebut oleh al-Imam Abu Syamah al-Maqdisi (meninggal 665H) dalam
Al-Muhaqqiq Min ‘Ilm al-Usul fima yata’allaq bi Af’al al-Rasul (lihat:
m.s 41, Madinah Andalus: Muassasah Qurtubah). Dibolehkan untuk sesiapa
ingin memakainya dan juga diharuskan pula untuk meninggalkannya.
Maka tidak menjadi masalah untuk seorang yang menganut Islam tidak
pernah memakai jubah, atau serban, atau memakan kambing atau labu atau
seumpamanya. Jangan diberat-beratkan masalah ini. Dahulu ada kumpulan
agama yang mewajibkan ahlinya memakai fesyen jubah tertentu sentiasa.
Jika Islam itu fokus utamanya mengenai fesyen pakaian, apakah ianya
praktikal untuk semua bangsa?. Sedangkan manusia ini berbeza latar
kegiatannya dan iklim tempat tinggalnya.
Malanglah jika ada pusat pendidikan agama, pasanteren atau pondok
yang terlalu menekan soal sunnah adat arab ini, dalam masa yang sama
tidak bersungguh-sungguh dalam persoalan sunnah yang memasti cara ibadah
menepati amalan sebenar nabi s.a.w, juga soal pembangunan ilmu dan
keluasan minda, kekuatan dan kemajuan dalam berbagai bidang.
Justeru, sunnah baginda yang mana tidak wujud jika tidak kerana baginda seorang rasul, diperintahkan untuk kita ikuti. Ini seperti cara solat, puasa, haji, prinsip ekonomi, pendidikan, perundangan dan seumpamanya. Bahkan diharamkan kita menokok tambah atau mereka cipta apa yang baginda yang tidak tunjuk dalam soal ibadah, kerana itu seperti mencabar kerasulan baginda. Maka perkara ibadah khusus seperti wuduk, solat, puasa, haji hanya diambil daripada baginda, tokok tambah atau seni rekaan tidak diiktiraf. Di samping itu, ada pula adab dan akhlak yang dibudayakan oleh Islam terhadap umat. Antaranya, membaca bismillah ketika makan, menggunakan tangan kanan ketika menyuapkan makanan dan kebudayaan Islam yang lain ditegaskan oleh Nabi s.a.w. Sabda Nabi s.a.w kepada ‘Umar bin Abi Salamah waktu dia hendak makan, ketika itu dia masih kecil:
Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua..
siapakah pendakwah kegemaran uolss~?
well... aku ada ramai favorite ustazs and ustazah.. tp yang aku paling rajin follow ialah Dr Asri Zainal Abidin..
follow bukan stalking tau.. but aku suke baca penulisan beliau di laman blog rasmi di link INI .
dengan menggunakan bahasa yang mudah dan penjelasan diselit dengan sumber rujukan mmg sesuai untuk menangkap mata aku untuk terus membaca.
aku kagum dgn beliau dengan ketinggian ilmu agamanya.
so, aku nak share sket penulisan terbarunya yang bertajuk Islam Dan Kebebasan Budaya Serta Fesyen .
semoga perkongsian ini membawa manfaat pada sesiapa yg membaca..
ISLAM DAN KEBEBASAN BUDAYA SERTA FESYEN
(artikel 2007)
(artikel 2007)
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
Songkok sebenarnya bukan pakaian agama Islam. Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabah baginda tidak pernah memakai songkok. Sebaliknya, ianya merupakan budaya orang di sebelah India dan kemudian dibawa ke Nusantara. Namun saya tidak begitu terkejut dengan salah faham mereka. Sebabnya, saya pernah menghadiri satu mesyuarat perbincangan hukum syarak di peringkat kebangsaan, salah seorang tokoh agama yang dikenali mencadangkan agar dilarang orang Islam memakai baju cheongsam cina atau kurta kaum India. Saya amat terkejut dengan pandangan sempit seperti itu. Bayangkan jika itulah hukum Islam, apa akan terjadi dengan orang Islam di negeri China dan India. Amatlah berat sebelah Islam ini jika ia mengharamkan cheongsam cina dan kurta india, tetapi membenarkan baju melayu. Padahal kesemua pakaian itu tidak dikenali pada zaman Nabi s.a.w. Dari sudut sejarah pula, Islam sampai ke China dan India mendahului Alam Melayu.

Tidak Menghapuskan Budaya
Hal ini jelas dalam hadis-hadis Nabi s.a.w, antaranya: Daripada Anas bin Malik r.a.,

“Apabila Nabi s.a.w ingin menulis surat Rum . Lalu diberitahu kepadanya bahawa mereka itu tidak membaca surat yang tidak mempunyai cop. Lalu baginda membuat cop daripada perak. Kata Anas: seakan aku masih melihat kilauan cop berkenaan di tangan Nabi s.a.w. berukir Muhammad RasululLah”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).Hadis ini jelas menunjukkan baginda Nabi s.a.w meraikan kebiasaan sesuatu kaum selagi ia tidak menyanggahi prinsip Islam. Baginda tidak berkeras dengan menolak protokol tersebut atau tidak mempedulikannya. Padahal jika Nabi s.a.w tidak mengikut kebiasaan mereka lalu mereka menolak surat baginda, kerugian hanya balik kepada diri mereka semata. Kedudukan baginda sebagai nabi dan rasul jauh lebih tinggi dari mereka semua. Namun, baginda berlunak dalam hal yang seperti ini.

Fleksibiliti Dalam Pakaian

“Sesungguhnya Nabi s.a.w memakai jubah Rom –dalam sebahagian hadis disebut jubah syamiah (negeri Syam)- yang sempit kedua tangan bajunya” (Riwayat al-Bukhari, Muslim al-Tirmizi, al-Nasai dan lain-lain).Padahal Rom ketika itu adalah tamadun besar Kristian bagaikan Dunia Barat pada hari ini. Namun jubah Rom atau syamiah tiada kaitan dengan agama berkenaan, ia adalah pakaian bangsa, maka baginda memakainya. Lihat apa kata sarjana agung umat ini Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.a (meninggal 728H):
“Rasululah s.a.w itu pernah memakai gamis (baju labuh) dan serban, baginda pernah memakai kain sarung dan ridak (baju separuh yang dipakai bersama kain sarung), baginda pernah memakai jubah dan farajiah (baju besar dan panjang kedua tangannya). Baginda pernah memakai pakaian dari jenis kapas, bulu dan selainnya. Baginda pernah mamakai jubah bulu ketika bermusafir. Baginda juga memakai apa yang dibawa dari Yaman dan selainnya. Kebanyakannya dibuat dari kapas. Mereka (pada zaman tersebut) juga memakai buatan Qibti Mesir yang ditenun dari kattan. Maka, bererti sunnah Rasulullah s.a.w dalam hal ini adalah seseorang memakai pakaian dan memakan makanan yang mudah didapati dalam negerinya. Maka perkara ini berbagai-bagai, berdasarkan keperbagaian negeri” (Ibn Taimiyyah, Majmu’ah al-Fatawa, 11/541, Riyadh: Maktab al-Abikan).Kata al-Imam Ibn Qayyim (meninggal 751H) pula:
“Petunjuk Nabi s.a.w dalam berpakaian itu adalah memakai apa yang paling bermanfaat (sesuai) untuk badan, yang paling ringan dan paling mudah untuk dipakai dan ditangkalkan” (Ibn Qaiyyim, Zad al-Ma’ad, 4/237, Beirut: Muassasah al-Risalah).
Lucu Selipar Nabi

“Sesiapa yang menyerupai satu puak, maka dia di kalangan mereka” (Riwayat Abu Daud, al-Albani menilainya sebagai sahih).
Adat Tak Menyanggahi Syarak
(maksudnya): Katakanlah (Wahai Muhammad): “Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik dari rezeki yang dikurniakanNya?” Katakanlah: “Semuanya itu adalah (nikmat-nikmat diberi) untuk orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) khas (hanya untuk mereka) hari kiamat”. Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang Yang (mahu) mengetahui. Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perkara-perkara keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu Dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya.

Di sebuah negara jiran, masyarakat suatu tempat bertengkar kerana sebuah masjid yang dibina tidak mempunyai kubah, sehingga ada yang berkata masjid tersebut tidak boleh diiktiraf sebagai masjid. Saya yang dijemput hadir ketika itu diminta memberikan penyelesaian. Dengan tersenyum saya bertanya: “Adakah tuan-tuan tahu bahawa masjid Nabi s.a.w. pada hari ia dibina pun tiada kubah. Ia hanya dari tanah liat dan berbumbungkan pelepah tamar dan bertiangkan batang tamar? Lihatlah apa yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Umar dalam Sahih al-Bukhari. Kubah menjelma pada generasi selepas Rasulullah s.a.w sebagai salah satu seni binaan yang diluaskan penggunaannya oleh umat Islam. Kubah bukan syarat sebuah masjid. Apa yang penting fungsi masjid itu hendak benar-benar membangunkan umat. Betapa banyak masjid yang berkubah mewah, tetapi masyarakatnya tidak dapat diubah dan tidak indah. Masjid Nabi s.a.w sekalipun tanpa kubah, tetapi ia telah mengukir sejarah kegemilangan dan mengangkat kedaulatan umat. Masjid tanpa kubah mungkin satu kekurangan di sudut kebiasaan seni kita. Namun masjid yang tidak berfungsi seperti zaman Nabi s.a.w. adalah satu kesalahan agama”. Akhirnya mereka akur.
Sunnah Adat

Sepatutnya
Justeru, sunnah baginda yang mana tidak wujud jika tidak kerana baginda seorang rasul, diperintahkan untuk kita ikuti. Ini seperti cara solat, puasa, haji, prinsip ekonomi, pendidikan, perundangan dan seumpamanya. Bahkan diharamkan kita menokok tambah atau mereka cipta apa yang baginda yang tidak tunjuk dalam soal ibadah, kerana itu seperti mencabar kerasulan baginda. Maka perkara ibadah khusus seperti wuduk, solat, puasa, haji hanya diambil daripada baginda, tokok tambah atau seni rekaan tidak diiktiraf. Di samping itu, ada pula adab dan akhlak yang dibudayakan oleh Islam terhadap umat. Antaranya, membaca bismillah ketika makan, menggunakan tangan kanan ketika menyuapkan makanan dan kebudayaan Islam yang lain ditegaskan oleh Nabi s.a.w. Sabda Nabi s.a.w kepada ‘Umar bin Abi Salamah waktu dia hendak makan, ketika itu dia masih kecil:

“Wahai budak! Sebutlah nama Allah, makan dengan tangan kananmu dan makan apa yang dekat denganmu”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).Malang sekali, saya dapati masih ada orang Islam yang tidak membiasakan diri dengan budaya Islam yang seperti ini. Saya lihat dalam berbagai majlis, ada orang Islam yang menyuapkan makanan ke mulutnya dengan tangan kiri. Islam tidak pernah melarang penganutnya menggunakan sudu atau garpu atau cop stick. Namun perintah Islam, umatnya mestilah menyuapkan makanan ke mulut dengan tangan kanan, bukan kiri. Kita boleh menggunakan budaya atau kebiasaan apa-apa kaum pun, namun jika ia berlawanan dengan budaya yang ditetapkan oleh Islam, maka ia hendaklah ditinggalkan.
Thursday, 18 July 2013
Padan Muka
Bismillahiraahmanirahim...
Pagi2 ni nak kongsi cerita isu PENGHINAAN TERHADAP AGAMA ISLAM.
rasanya semua dah tahu kes pasangan kafirun yang meletak label halal pada makanan haram mereka iaitu Bak Kut Teh.. & macam2 isu lagi hal baling babi dalam masjid and sebagainya.
last2 suspek diculik dan dihukum oleh golongan2 yang mengambil keputusan untuk membuat tindakan sendiri.
pelbagai reaksi datang drpd orang2 islam.. samada daripada yang berilmu mahupun tidak.
ada yang menyela tindakan tersebut dan ada yang menyokong.
aku salah seorang yang menyokong tindakan tersebut. sebab bagi aku yang masih jahil & emosional bab agama ni, padan lah muka dengan kafirun tersebut.
berani buat. berani tanggung.
kafirun yang cerdik akal tidak akan sesekali melakukan perkara yang akan mencetus kemarahan orang islam.
so, mcm ne nak balas perbuatan kafirun yang kurang bijak tu? maka orang islam yang kurang bijak pun mengambil keputusan untuk membuat keputusan sendiri. ADIL bukan..?
tapi, orang islam yg lebih rasional mengutuk perbuatan mencederakan kafirun tersebut dengan alasan Islam tidak mengajar penganutnya berbuat demikian.
pelbagai hadis Nabi SAW keluar untuk menguatkan lagi kenyataan mereka.
BENAR!! Rasulullah SAW akan mengunakan pendekatan yang lebih halus dan beradab.
tapi itu Rasulullah.. kita ni kalau nak dibandingkan tahap kesabaran dgn Rasulullah.. mmg tak boleh nak dibandingkan...
so, tercetus plak pertikaman lidah antara orang Islam yang rasional dan orang Islam yang emosional...
again... setan tepuk tangan.. Kafirun tepuk tangan..
ok..ok.. aku nak tanya la dengan mereka2 yg konon suruh berlemah lembut ni..
have u done any of those to non-muslim? kalau ada.. i dont see a result..
in fact, mereka semakin rancak memijak2 agama Islam ni.
bila orang Islam buat tindakan.. dikatanya tak matang la itu lah ini lah..
tapi , bila berdiam diri.. dikatanya tak ambil kesah ttg agama...
kene ingat!! masing2 ada cara masing2 untuk menegakkan agama tak kisah lah kalau dia tu kaki mabuk ke, kaki maksiat ke... tapi ada action yang dia ambil untuk agama yang tercinta..
ko ade??!!
apa sumbangan ko pada agama untuk membanteras golongan yang suke mempersendakan agama ni?
and kalau betul tindakan mereka membuat keputusan sendiri itu salah, mcm ne ko nasihat mereka ni?
aku tgk yang ada, korang keji dan mengutuk tindakan mereka ni..
so? mcm tu cara korang berdakwah?
sesama muslim pun gagal berdakwah secara hemah mcm ne korang nk dakwah dgn non-muslim yang know nothing about Islam?
tepuk dada tanya Iman.
betul!! niat tidak menghalalkan cara. i agreed 100%.
tapi kita perlu sentiasa ingat mengingatkan. bukan kutuk mengutuk.

Subscribe to:
Comments (Atom)