nuff said

Friday, 18 October 2013

cerita sedih yang baru je berlaku



Assalamualaikum wbt & Salam Jumaat semua..

Hari ni nak berkongsi sedikit cerita sedih yang baru je berlaku di pejabat tadi.

Rasanya semua tahu bahawa sy punyai bos hantu . seperti yang sy pernah ceritakan di SINI

Takpe, sy refresh balik ttg bos sy tu.

Seorang lelaki yang berusia 70++ dan suka menjerit pada kakitangannya.

Ada seorang staff ni , nama dia Sawi (bukan nama sebenar) . 

sy panggil dia Pak Sawi sebab dia dah bekerja dengan bos sy ni
Lebih 20 tahun sebagai runner. Pak Sawi ni plak umur lingkungan 60 tahun ke atas.

Baru2 ni , Pak Sawi admitted to hospital atas masalah kesihatan. & doctor memberinya cuti tambahan di rumah selama 20 hari.

Tapi , kat ofis ni sebagai staff biasa cuti sakit tahunan hanya 10 hari sahaja , maka bos beri arahan untuk potong gaji lagi 10 hari extra yang diambil oleh Pak Sawi.

Sy maklumkan hal tersebut kepada Pak Sawi, & Pak Sawi ternyata terkejut dan merayu agar gajinya tidak dipotong kerana gajinya mmg cukup2 makan saje.

Siapalah sy untk membuat keputusan maka saya minta Pak Sawi untuk berjumpa dengan bos sendiri memandangkan Pak Sawi dh lama berkhidmat dgn bos, mana tahu Senior staff ada kelebihan.
 
Apabila Pak Sawi keluar drpd bilik bos, nampak mata dia merah menahan air mata. 

Ternyata bos tetap dgn pendirian untuk memotong gajinya  walaupun Pak Sawi request untuk tidak Mengambil cuti sakit dan rela untuk terus bekerja supaya tiada penolakan gaji tapi tetap di tolak.
 
Bos suruh Pak Sawi terus mc seperti yg diberikan oleh Hospital dan baki cuti akan ditolak daripada gaji Pak Sawi bulan ni.

Sedih aku… kenapa benda mcm ni tak boleh nak tolerate? Org tu sakit baru kuar hospital . malah dah lama berkhidmat.

Kalau ada dikalangan pembaca blog ni adalah seorang yang berpangkat besar atau bakal jadi bos ke, harap tidak seangkuh bos sy.

Apa guna jadi bos yg dibenci staff. 

Dah lah tua. Kalau mati nnti ada ke staff nk sedekah fatihah?

Thursday, 17 October 2013

Raya Haji di Rumah Org2 Tua



Assalamualaikum dan selamat hari Khamis~~~ counting days for weekend.. 1 hari saja lagi.. yeayyy~~

Alhamdulillah, hari ni lebih baik drpd semalam..

Feeling much more better.. dah kurang ke tandas.. thanks kepada sesiapa yg mendoakan kesihatan sy..

Hari ni baru bersemangat nak update pasal cuti raya haji saya…

Seperti kebiasaan.. raya haji akan celebrate bersama mama di selayang.

Jadi, pagi2 lagi selepas solat sunat raya & menjamu selera , kami akan melawat Akong (my step dad’s father) di rumah org2 tua di Damansara Perdana “My Father’s House”

Mmg bukan budaya orang melayu hntar mak bapak ke umah org2 tua tapi bg org cina , its normal.

& suasana di rumah tersebut mmg agak menyedihkan sebab yelah semua org tua yg anak masing2 tak bleh nk jaga.

Tapi so far, kebajikan mereka terjaga drpd dibiarkan sahaja.

Tgk akong so happy bila cucu2 tiri dtg melawat.. ewahhh..

Lepas melawat akong, baru kami g beraya di rumah sedara mara and karoke selama 2 jam..

Tak byk pic sy amek… hnya pic di rumah jagaan org tua sahaja..



Wednesday, 16 October 2013

hari ni x dpt nk blogwalking as always



Assalamualaikum semua dan salam sejahtera~~!!

Waahh.. hari ni x dpt nk blogwalking as always..

Kepala pusing2 and diarrhoea every 10 mins..



Sebagai pekerja yg cemerlang, tetap dtg keje jugak hari ni.. (padahal cuti dh abis) :P

Setiap apa yg aku pandang jadi blur and bumi seakan2 berputar2..
Adoyayy patut mc je hari ni.

Byk keje x bleh buat.. nak makan ubat,, takut tercekik plak.. so minum air masak byk2 je..

Tgh syok menyapu myk tiger balm kat kepala tetiba bos panggil.
Zappp~!!! Terus hilang sakit kepala.. wakakaka gerun punya pasal..

Xtau lah nape mood dia hari ni tak baik.

But.. sbenarnya,, penah ke mood dia baik? Whateverlah..

Bos pandang aku mcm nk telan je..maybe dia bau myk angin kuat sgt kot..

Seronok tgk abg2 and akak2 blogger enjoy raya sakan semalam..

insyaAllah ,, esok akan singgah every blog..

have a great day to all of you..

semoga Allah merahmati setiap ibadah yang dikerjakan hari ni..

Amin~~

Monday, 14 October 2013

Selamat Eid Adha

Salam Isnin kepada rakan blogger.

bersyukur kehadrat Ilahi atas limpah kurniaNYA, kita masih bernafas dibumi pinjaman ini dan mari berselawat ke atas rasul junjungan Nabi Muhammad saw moga2 mendapat syafaat daripada baginda kelak. (insyaAllah)

mesti ramai yang dh bercuti tapi pasti lebih ramai yang masih bekerja hari ni..

mood raya + monday blues = apa pun tak boleh kat opis ni.. dok ingat keluarga tercinta je..

dikesempatan ini, sy nk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua blogger yang beragama Islam.


sepanjang kehidupan ni mmg seringkali kita dikehendaki untuk berkorban demi keluarga dan kerjaya.

tetapi, adakah pengorbanan itu ikhlas semata2 kerana Allah? hanya empunya diri dan Sang Pencipta yang tahu..

teringat kisah Nabi Ibrahim a.s yang diuji imannya terhadap Allah swt dimana beliau dikehendaki menyembelih anaknya sendiri iaitu Nabi Ismail a.s .

kerana masing2 punya cinta yang teramat hebat kepada Allah swt, maka digantikan Nabi Ismail a.s dengan seekor kibas.

pengajaran yang sy dpt melalui kisah Anbia ini adalah bahawa apabila kita terpaksa mengorbankan sesuatu yang amat berharga pada diri kita dan kita yakini bahawa setiap yang berlaku itu adalah kehendak Allah, maka insyaAllah , akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik untuk kita.

setiap org mendapat pengajaran yang berbeza dan moga2 pengorbanan yg kita lakukan baik untuk diri sendiri atau orang lain mendapat redha Allah swt.

Friday, 11 October 2013

Belum Kawen tak bermaksud takde komitmen



Acapkali kedengaran..


“kau belum kawen lagi,, so enjoy puas2 duit tu.. nanti dh kawen mcm kami dh kene berjimat”


“untung belum kawen lg, ko xde pengalaman mcm kami ni jaga anak2 kecik”


“nanti ko dah ada anak baru tau betapa susahnya nk jaga makan minum kencing berak budak2 ni”


“untung belum kawen, duit masuk perut sendiri"


Dah naik jemu dgr dialog2 mcm tu diludahkan kepada aku.


Mmg betul aku belum kawen.


Mmg betul aku belum ada anak sbb aku belum kawen.


Tapi sebelum cakap, pikior dulu bleh tak?


Aku ni walaupun muda lagi.. tapi daripada umur aku beberapa tahun aku dh jd baby sitter tau tak.


Aku bukan anak Dato’ ke.. anak Raja ke.. anak menteri ke..


Aku anak orang biasa.. yang berpendapatan biasa2 saje.


Sewaktu aku kecil sehinggalah bersekolah, aku dijaga oleh Tok & Opah aku.


Tok & Opah menjaga kesemua 12 orang cucu2 mereka sewaktu ibubapa masing2 pergi kerja.


Memandangkan kakak aku belajar jauh & berasrama di Perak maka akulah kategori “cucu sulong” walaupun umur baru 8 tahun.


Jadi, bayangkan ketika aku umur 8 tahun, aku kene tolong opah jaga balance 11 cucunya yang lain.


Balik je daripada sekolah dengan baju pun x tukar lagi , terus ke dapur cedok nasi satu mangkuk , suap seorang demi seorang.

Mandikan mereka sebelah kolah. 

Masa tu takde pampers pakai buang.. kain lampin ok..


Masuk dalam buai and hayunn sambil tgk drama mexico.


Adik2 sedara aku ramai lelaki, jadi rumah tu mcm medan peperangan kalau mereka bermain, bergaduh & mcm2 lagi.


Kemas rumah. Basuh kain. Sidai kain. Lipat kain . toksah cakaplah.


Begitulah rutin aku sampailah masuk sekolah menengah.


Bila aku masuk Kolej untuk menyambung pengajian aku, duit PTPTN tu takde langsung untuk hiburan.


Aku pun pelik mcm ne orang boleh guna duit tu beli motor lah.. hp la.. laptop la..


Dgn duit tu aku guna sebaik2nya agar aku x perlu mintak pada abah & mama ketika tu.


Bila masuk je alam pekerjaan, abah dah pun pencen.


Mungkin ada yang tak tahu, bahawa abah & mama sudah tidak bersama.


Mama sudah ada keluarga baru manakala aku dan kakak tinggal bersama abah.


Tapi langsung takde masalah hubungan kami.


Cuma macam pelarianlah. Kejap ke sana. Kejap ke sini.


Jadi, duit2 gaji aku perlu dibahagi kepada 2.


Takkan bagi abah je kot mesti kene bagi mama jugak. 

Tanggungjawab pada kedua ibubapa dari segi wang dan kasih sayang itu perlu.


Itu hak mereka.


Apabila keperluan mereka mencukupi, baki itu yang akan aku gunakan untuk diri sendiri.


Tapi berapa je pun. Sebab tu aku malas nak enjoy berjoli. Prefer dok rumah layan blog & G+.. ahaksss..


Tapi itu kisah aku.. aku tak pnah merungut dengan family & kawan2.


Cuma apabila ada golongan yang tidak mengenali aku mengeluarkan dialog2 yang aku nyatakan diatas. Aku jadi annoyed.


Bukan sorang dua. Tapi ramai~~~


Kita tak tahu citer seseorang tu, jadi janganlah kita memandai2 anggap hidup org yg belum berkawen tu bebas n perfect.


Harap xde sapa yg terasa dengan penulisan saya kali ni.

Hanya meluahkan apa yg terbuku dalam hati tanpa niat memperli sesapa.


Akak2 blogger & abg2 blogger kat sini semua ok.


Salam jumaat & semoga Allah merahmati kita semua. Amin~~