Assalamualaikum wbt..
Ibu-ibu, Bapa-bapa, Kakak-kakak, abang-abang, adik-adik kalau tak tahu apa aktiviti yang sesuai untuk anak-anak musim cuti persekolahan bulan 11 nanti bolehlah kiranya cuba consider untuk hantar anak-anak ke Kem Kembara Ibadah di Kem Idaman Nurani , Hulu Langat (berdekatan sg congkak) .
aktiviti disana mmg menarik dan sesuai untuk anak2 baik dari segi rohani dan jasmani.
Aktiviti kerohanian dibuat pada waktu malam , akan ada tayangan ESQ dan beberapa video pilihan yang insyaAllah akan menginsafkan anak2 seperti kejadian Insan, hidupan dialam roh , malam pertama dialam barzakh , dan juga alam masyar, bengkel smart solat untuk memantapkan bacaan solat anak2, solat sunat dhuha berjemaah, solat 5 waktu berjemaah, digilap bakat anak2 lelaki cara yang betul untuk Azan dan banyak lagi.
aktiviti jasmani pula seperti mandi sungai (paras peha je) sesuai untuk kanak2 , jungle trekking , rentas halangan , explorace dan macam2 lagi.
tidur dalam dorm asrama (tilam & bantal disediakan)
makan 6 kali sehari.
jurulatih dan fasilitator yang sangat berpengalaman (lebih 5 tahun pengalaman) terdiri daripada guru2 sekolah dan pelajar2 lulusan universiti terkemuka.
yang lebih menariknya, penceramah jemputan adalah Imam Muda kita , Ustaz Asyraf dan Ustazah Fatimah.
kalau ada sebarang pertanyaan boleh telefon no. yang tertera.
selalunya saya merupakan salah seorang jurulatih terlibat, tapi terpaksa serahkan kepada kawan2 yang lain untuk menguruskan kerana saya kena kerja pada hari tersebut.
pengarah kem merupakah seorang guru kaunseling di SMK Bandar Rinching dan punyai pengalaman dalam bidang ini selama 20 tahun.
nuff said
Friday, 18 October 2013
cerita sedih yang baru je berlaku
Assalamualaikum
wbt & Salam Jumaat semua..
Hari ni nak
berkongsi sedikit cerita sedih yang baru je berlaku di pejabat tadi.
Rasanya semua
tahu bahawa sy punyai bos hantu . seperti yang sy pernah ceritakan di SINI
Takpe, sy
refresh balik ttg bos sy tu.
Seorang lelaki
yang berusia 70++ dan suka menjerit pada kakitangannya.
Ada seorang
staff ni , nama dia Sawi (bukan nama sebenar) .
sy panggil dia Pak Sawi sebab
dia dah bekerja dengan bos sy ni
Lebih 20
tahun sebagai runner. Pak Sawi ni plak umur lingkungan 60 tahun ke atas.
Baru2 ni ,
Pak Sawi admitted to hospital atas masalah kesihatan. & doctor memberinya
cuti tambahan di rumah selama 20 hari.
Tapi , kat
ofis ni sebagai staff biasa cuti sakit tahunan hanya 10 hari sahaja , maka bos
beri arahan untuk potong gaji lagi 10 hari extra yang diambil oleh Pak Sawi.
Sy maklumkan
hal tersebut kepada Pak Sawi, & Pak Sawi ternyata terkejut dan merayu agar
gajinya tidak dipotong kerana gajinya mmg cukup2 makan saje.
Siapalah sy
untk membuat keputusan maka saya minta Pak Sawi untuk berjumpa dengan bos
sendiri memandangkan Pak Sawi dh lama berkhidmat dgn bos, mana tahu Senior staff
ada kelebihan.
Apabila Pak
Sawi keluar drpd bilik bos, nampak mata dia merah menahan air mata.
Ternyata bos
tetap dgn pendirian untuk memotong gajinya
walaupun Pak Sawi request untuk tidak Mengambil cuti
sakit dan rela untuk terus bekerja supaya tiada penolakan gaji tapi tetap di
tolak.
Bos suruh Pak
Sawi terus mc seperti yg diberikan oleh Hospital dan baki cuti akan ditolak
daripada gaji Pak Sawi bulan ni.
Sedih aku…
kenapa benda mcm ni tak boleh nak tolerate? Org tu sakit baru kuar hospital .
malah dah lama berkhidmat.
Kalau ada
dikalangan pembaca blog ni adalah seorang yang berpangkat besar atau bakal jadi
bos ke, harap tidak seangkuh bos sy.
Apa guna jadi
bos yg dibenci staff.
Dah lah tua. Kalau mati nnti ada ke staff nk sedekah
fatihah?
Thursday, 17 October 2013
Raya Haji di Rumah Org2 Tua
Assalamualaikum
dan selamat hari Khamis~~~ counting days for weekend.. 1 hari saja lagi..
yeayyy~~
Alhamdulillah,
hari ni lebih baik drpd semalam..
Feeling much
more better.. dah kurang ke tandas.. thanks kepada sesiapa yg mendoakan
kesihatan sy..
Hari ni baru
bersemangat nak update pasal cuti raya haji saya…
Seperti kebiasaan..
raya haji akan celebrate bersama mama di selayang.
Jadi, pagi2
lagi selepas solat sunat raya & menjamu selera , kami akan melawat Akong
(my step dad’s father) di rumah org2 tua di Damansara Perdana “My Father’s
House”
Mmg bukan
budaya orang melayu hntar mak bapak ke umah org2 tua tapi bg org cina , its
normal.
& suasana
di rumah tersebut mmg agak menyedihkan sebab yelah semua org tua yg anak
masing2 tak bleh nk jaga.
Tapi so far,
kebajikan mereka terjaga drpd dibiarkan sahaja.
Tgk akong so
happy bila cucu2 tiri dtg melawat.. ewahhh..
Lepas melawat
akong, baru kami g beraya di rumah sedara mara and karoke selama 2 jam..
Tak byk pic
sy amek… hnya pic di rumah jagaan org tua sahaja..
Wednesday, 16 October 2013
hari ni x dpt nk blogwalking as always
Assalamualaikum
semua dan salam sejahtera~~!!
Waahh.. hari
ni x dpt nk blogwalking as always..
Kepala pusing2
and diarrhoea every 10 mins..
Sebagai pekerja
yg cemerlang, tetap dtg keje jugak hari ni.. (padahal cuti dh abis) :P
Setiap apa yg
aku pandang jadi blur and bumi seakan2 berputar2..
Adoyayy patut
mc je hari ni.
Byk keje x
bleh buat.. nak makan ubat,, takut tercekik plak.. so minum air masak byk2 je..
Tgh syok
menyapu myk tiger balm kat kepala tetiba bos panggil.
Zappp~!!! Terus
hilang sakit kepala.. wakakaka gerun punya pasal..
Xtau lah nape
mood dia hari ni tak baik.
But..
sbenarnya,, penah ke mood dia baik? Whateverlah..
Bos pandang
aku mcm nk telan je..maybe dia bau myk angin kuat sgt kot..
Seronok tgk
abg2 and akak2 blogger enjoy raya sakan semalam..
insyaAllah ,,
esok akan singgah every blog..
have a great
day to all of you..
semoga Allah
merahmati setiap ibadah yang dikerjakan hari ni..
Amin~~
Monday, 14 October 2013
Selamat Eid Adha
Salam Isnin kepada rakan blogger.
bersyukur kehadrat Ilahi atas limpah kurniaNYA, kita masih bernafas dibumi pinjaman ini dan mari berselawat ke atas rasul junjungan Nabi Muhammad saw moga2 mendapat syafaat daripada baginda kelak. (insyaAllah)
mesti ramai yang dh bercuti tapi pasti lebih ramai yang masih bekerja hari ni..
mood raya + monday blues = apa pun tak boleh kat opis ni.. dok ingat keluarga tercinta je..
dikesempatan ini, sy nk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua blogger yang beragama Islam.
sepanjang kehidupan ni mmg seringkali kita dikehendaki untuk berkorban demi keluarga dan kerjaya.
tetapi, adakah pengorbanan itu ikhlas semata2 kerana Allah? hanya empunya diri dan Sang Pencipta yang tahu..
teringat kisah Nabi Ibrahim a.s yang diuji imannya terhadap Allah swt dimana beliau dikehendaki menyembelih anaknya sendiri iaitu Nabi Ismail a.s .
kerana masing2 punya cinta yang teramat hebat kepada Allah swt, maka digantikan Nabi Ismail a.s dengan seekor kibas.
pengajaran yang sy dpt melalui kisah Anbia ini adalah bahawa apabila kita terpaksa mengorbankan sesuatu yang amat berharga pada diri kita dan kita yakini bahawa setiap yang berlaku itu adalah kehendak Allah, maka insyaAllah , akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik untuk kita.
setiap org mendapat pengajaran yang berbeza dan moga2 pengorbanan yg kita lakukan baik untuk diri sendiri atau orang lain mendapat redha Allah swt.
Subscribe to:
Comments (Atom)




