nuff said

Monday, 21 October 2013

Adakah kita masyarakat yg suka mencemuh atau mendidik?



Assalamualaikum dan salam hari Isnin..

I know.. I know.. Isnin bukanlah hari feveret semua org (including me) , tapi bila direnung balik bukankah Rasulullah SAW lahir dan wafat pada hari Isnin?

Boleh set semula tak mindset kita untuk suka hari Isnin? insyaAllah.. jom gagahkan diri.. dan berselawat keatas Baginda Nabi Muhammad SAW moga2 mendapat syafaat Baginda disana.

Hari ni nak berkongsi serba serbi kepada yang sudi membaca pengalaman saya menjadi fasilitator selama 8 tahun ni..

saya paling suka Kem Ibadah dimana rata2 peserta adalah mereka2 yang kurang ilmu agama.

Mula2 tu mmg sakit hati dengan karenah mereka yang ala-ala mat rempit dan bohsia ni. Tapi dah mmg tugas kami untuk mendekati anak2 muda ni dan mendalami jiwa mereka.

Aktiviti2 yang dijalankan selama 3 hari 2 malam mmg 100% berkaitan ibadah. Mereka tidaklah 24 jam duduk dalam dewan saja tapi ada aktiviti2 yg menarik yg dijalankan agar mereka benar2 faham konsep ibadah.

Sy nk berkongsi sedikit luahan hati adik2 yang menyentuh hati saya & harap jd pengajaran buat kita semua yang bakal menjadi ibu & ayah.

Nur Syuhada , 14 tahun (Bukan Nama Sebenar)

Kak, macam mana sy nk berubah. Mak dan ayah asyik tanya pasal keje sekolah dgn exam je. Tak pnah tanya khabar saya. Kalau dinner tak pnah ajak, bila sy turun ke dapur, semua dh abis makan. Terpaksa makan sorang2. Bila sy dinner awal, mereka plak dinner lambat. Mak dan ayah asyik  tgk tv dalam bilik mereka je. Walaupun duduk serumah tapi kami xde komunikasi.

Rahmat, 17 Tahun (Bukan Nama Sebenar)

Terima kasih kak sebab cedok nasi untuk sy. Kat umah mak pun tak pnah cedok nasi untk sy.  Bila sy solat, mak saya kata sy dh nak mampus. Sy pun jadi malu nk solat.

Shamimi , 15 Tahun (Bukan Nama Sebenar)

Macam mana nk solat, kat umah sy sejadah pun xde. Mak & Ayah tak pnah ajar saya solat. Semua nak harapkan ustazah je kat sekolah.


Haikal , 15 Tahun (Bukan Nama Sebenar)

Sy pernah nak berubah kak.. sampai bila sy nk merempit dan hidup dgn maksiat. Tapi sy jd bahan ketawa mak dan ayah saya. Mereka kata sy hangat2 tahi ayam. Mereka kata niat sy nk menunjuk2. Jatuh terus semangat sy.

Nur Qistina , 16 Tahun (Bukan Nama Sebenar)

Kak, saya taknak balik. Sy nak terus tinggal kat kem ni. Dekat sini je sy rasa diterima dan disayangi. Sy taknak balik rumah. Kat rumah semua org benci sy. Abaikan sy. Kat sini sy suke sgt, sebelum tidur , kakak2 masuk bilik kami, selimutkan kami, ajar kami baca doa tidur beramai2.. sy suke.. kat rumah sy takkan dpt layanan mcm ni..

Siti Amalina, 13 Tahun (Bukan Nama Sebenar)

Kak, kita jangan lost contact tau. Byk perkara sy nk belajar lagi. Sy tak sangka bahawa Islam sangat indah. Tak pnah rasa tenang mcm ni. Kat sekolah nk tanya ustazah, sy malu. Kat rumah pun xtau nk tanya sapa.

Itulah serba serbi luahan hati yg sy ingat dan betul2 lekat dalam jiwa dan ingatan sy.

Walaupun 3 hari 2 malam saja bersama mereka, tapi rasa kasih dan syg ni sgt menebal pada adik2 ni.
Mereka perlukan bimbingan dan kasih syg. 

Apabila melihat ramai remaja yg rosak dan mengaibkan diri sendiri di Facebook. Terus teringat adik2 yg pnah masuk kem ni. 

Mungkin mereka jadi mcm tu kerana latar belakang keluarga yang kurang supportive dan masyarakat yg lebih suke mencemuh drpd mendidik.

Hanya perkongsian pengalaman yang takde kene mengena dengan sesiapa.

Thanks for reading.

Friday, 18 October 2013

Kem Kembara Ibadah - daftar anak anda untuk cuti sekolah akan datang

Assalamualaikum wbt..

Ibu-ibu, Bapa-bapa, Kakak-kakak, abang-abang, adik-adik kalau tak tahu apa aktiviti yang sesuai untuk anak-anak musim cuti persekolahan bulan 11 nanti bolehlah kiranya cuba consider untuk hantar anak-anak ke Kem Kembara Ibadah di Kem Idaman Nurani , Hulu Langat (berdekatan sg congkak) .

aktiviti disana mmg menarik dan sesuai untuk anak2 baik dari segi rohani dan jasmani.

Aktiviti kerohanian dibuat pada waktu malam , akan ada tayangan ESQ dan beberapa video pilihan yang insyaAllah akan menginsafkan anak2 seperti kejadian Insan, hidupan dialam roh , malam pertama dialam barzakh , dan juga alam masyar, bengkel smart solat untuk memantapkan bacaan solat anak2, solat sunat dhuha berjemaah, solat 5 waktu berjemaah, digilap bakat anak2 lelaki cara yang betul untuk Azan dan banyak lagi.

aktiviti jasmani pula seperti mandi sungai (paras peha je) sesuai untuk kanak2 , jungle trekking , rentas halangan , explorace dan macam2 lagi.

tidur dalam dorm asrama (tilam & bantal disediakan)

makan 6 kali sehari.

jurulatih dan fasilitator yang sangat berpengalaman (lebih 5 tahun pengalaman) terdiri daripada guru2 sekolah dan pelajar2 lulusan universiti terkemuka.

yang lebih menariknya, penceramah jemputan adalah Imam Muda kita , Ustaz Asyraf dan Ustazah Fatimah.

kalau ada sebarang pertanyaan boleh telefon no. yang tertera.

selalunya saya merupakan salah seorang jurulatih terlibat, tapi terpaksa serahkan kepada kawan2 yang lain untuk menguruskan kerana saya kena kerja pada hari tersebut.

pengarah kem merupakah seorang guru kaunseling di SMK Bandar Rinching dan punyai pengalaman dalam bidang ini selama 20 tahun.




cerita sedih yang baru je berlaku



Assalamualaikum wbt & Salam Jumaat semua..

Hari ni nak berkongsi sedikit cerita sedih yang baru je berlaku di pejabat tadi.

Rasanya semua tahu bahawa sy punyai bos hantu . seperti yang sy pernah ceritakan di SINI

Takpe, sy refresh balik ttg bos sy tu.

Seorang lelaki yang berusia 70++ dan suka menjerit pada kakitangannya.

Ada seorang staff ni , nama dia Sawi (bukan nama sebenar) . 

sy panggil dia Pak Sawi sebab dia dah bekerja dengan bos sy ni
Lebih 20 tahun sebagai runner. Pak Sawi ni plak umur lingkungan 60 tahun ke atas.

Baru2 ni , Pak Sawi admitted to hospital atas masalah kesihatan. & doctor memberinya cuti tambahan di rumah selama 20 hari.

Tapi , kat ofis ni sebagai staff biasa cuti sakit tahunan hanya 10 hari sahaja , maka bos beri arahan untuk potong gaji lagi 10 hari extra yang diambil oleh Pak Sawi.

Sy maklumkan hal tersebut kepada Pak Sawi, & Pak Sawi ternyata terkejut dan merayu agar gajinya tidak dipotong kerana gajinya mmg cukup2 makan saje.

Siapalah sy untk membuat keputusan maka saya minta Pak Sawi untuk berjumpa dengan bos sendiri memandangkan Pak Sawi dh lama berkhidmat dgn bos, mana tahu Senior staff ada kelebihan.
 
Apabila Pak Sawi keluar drpd bilik bos, nampak mata dia merah menahan air mata. 

Ternyata bos tetap dgn pendirian untuk memotong gajinya  walaupun Pak Sawi request untuk tidak Mengambil cuti sakit dan rela untuk terus bekerja supaya tiada penolakan gaji tapi tetap di tolak.
 
Bos suruh Pak Sawi terus mc seperti yg diberikan oleh Hospital dan baki cuti akan ditolak daripada gaji Pak Sawi bulan ni.

Sedih aku… kenapa benda mcm ni tak boleh nak tolerate? Org tu sakit baru kuar hospital . malah dah lama berkhidmat.

Kalau ada dikalangan pembaca blog ni adalah seorang yang berpangkat besar atau bakal jadi bos ke, harap tidak seangkuh bos sy.

Apa guna jadi bos yg dibenci staff. 

Dah lah tua. Kalau mati nnti ada ke staff nk sedekah fatihah?

Thursday, 17 October 2013

Raya Haji di Rumah Org2 Tua



Assalamualaikum dan selamat hari Khamis~~~ counting days for weekend.. 1 hari saja lagi.. yeayyy~~

Alhamdulillah, hari ni lebih baik drpd semalam..

Feeling much more better.. dah kurang ke tandas.. thanks kepada sesiapa yg mendoakan kesihatan sy..

Hari ni baru bersemangat nak update pasal cuti raya haji saya…

Seperti kebiasaan.. raya haji akan celebrate bersama mama di selayang.

Jadi, pagi2 lagi selepas solat sunat raya & menjamu selera , kami akan melawat Akong (my step dad’s father) di rumah org2 tua di Damansara Perdana “My Father’s House”

Mmg bukan budaya orang melayu hntar mak bapak ke umah org2 tua tapi bg org cina , its normal.

& suasana di rumah tersebut mmg agak menyedihkan sebab yelah semua org tua yg anak masing2 tak bleh nk jaga.

Tapi so far, kebajikan mereka terjaga drpd dibiarkan sahaja.

Tgk akong so happy bila cucu2 tiri dtg melawat.. ewahhh..

Lepas melawat akong, baru kami g beraya di rumah sedara mara and karoke selama 2 jam..

Tak byk pic sy amek… hnya pic di rumah jagaan org tua sahaja..



Wednesday, 16 October 2013

hari ni x dpt nk blogwalking as always



Assalamualaikum semua dan salam sejahtera~~!!

Waahh.. hari ni x dpt nk blogwalking as always..

Kepala pusing2 and diarrhoea every 10 mins..



Sebagai pekerja yg cemerlang, tetap dtg keje jugak hari ni.. (padahal cuti dh abis) :P

Setiap apa yg aku pandang jadi blur and bumi seakan2 berputar2..
Adoyayy patut mc je hari ni.

Byk keje x bleh buat.. nak makan ubat,, takut tercekik plak.. so minum air masak byk2 je..

Tgh syok menyapu myk tiger balm kat kepala tetiba bos panggil.
Zappp~!!! Terus hilang sakit kepala.. wakakaka gerun punya pasal..

Xtau lah nape mood dia hari ni tak baik.

But.. sbenarnya,, penah ke mood dia baik? Whateverlah..

Bos pandang aku mcm nk telan je..maybe dia bau myk angin kuat sgt kot..

Seronok tgk abg2 and akak2 blogger enjoy raya sakan semalam..

insyaAllah ,, esok akan singgah every blog..

have a great day to all of you..

semoga Allah merahmati setiap ibadah yang dikerjakan hari ni..

Amin~~