nuff said

Monday, 4 November 2013

Percutian ala Paris di Bukit Tinggi, Pahang



Assalamualaikum & Salam Hari Isnin kesayangans semua..


Happy holday to those who celebrating Diwali dan Happy Islamic New Year kpd Semua bloggers beragama Islam.. syukur.. alhamdulillah… sebab masih dipinjamkan udara yang segar

Untuk kita bernafas.. mata yg masih celik untuk melihat.. & mcm2 lagi.. 

Jom Jom~ berselawat keatas rasul junjungan Nabi Muhammad SAW moga menerima syafaat daripada baginda diakhirat kelak. InsyaAllah..


Ok.. sy nk berkongsi pengalaman satu hari setengah sy percutiaan yg mmg singkat di Bukit Tinggi Pahang.


Mmg tak pnah tahu kewujudan tempat tersebut sehinggalah my sister proposed untuk jenjalan kat sana bawak abah.


Hari sabtu pagi2 lagi lepas subuh kami dh bergerak ke sana. 

Perjalanan dalam satu jam sahaja untuk tiba ke Bukit Tinggi yg tak berapa nk tinggi. Bukit Tinggi tu terletak berhampiran dengan Janda Baik.


Jalan dia mmg mencabar.. berliku liku dan sempit.. ala2 ke Bukit Fraser.


Untuk masuk ke tempat percutian tu kami dikenakan RM12 seorang. Lepas je parking kereta. 

Wahhh


Dah nampak bangunan2 nan indah ala2 di kota Paris.


So, apa lagi bergambar sakanlah kami dan pekena tea & crossant bread. Mmg terbaik.


Kami tak bermalam disana, tapi insyaAllah planning nk bermalam disana sebab dgr citer waktu malam


Lebih meriah. Siap ada org menari Tango, Salsa, & mcm2 lagi. Mmg happeninglah. Bayaran 1 bilik untuk 1 malam around RM360++ .. tgk gambar bilik mmg cantik.. french design.


Kemudian, kami ke Rabbit Farm dengan bayaran RM3 seorang. Kat situ arnab dilepaskan mcm tu je .


Dalam Rabbit Farm tu ada rusa dan guinea pig. Mmg terbaiklah.

& sebenarnya dengan bayaran RM12 tu boleh pergi ke Japanese Garden. 

Dengar citer kat situ rumah ala2 jepun dan bleh pekena tea jepun & buat tea ceremony sambil pakai kimono.


Tapi nk ke Japanese farm tu kene panjat tangga around 500 meters. Abah tak larat nak panjat, so kami pun tak naiklah.


Cuaca mmg sejuk dan dingin. Mmg best. My best moment was kat tempat Swan. Rasa tenang dan rileks.


Suke sgt tgk Swan. 


So, xtau nk express feelings mcm ne lagi. Sbb mmg syok sgt.. 


Tgk lah gambar2 yang sempat diambil untuk perkongsian.


Lepas ni bolehlah bawak anak bini kawan2 ke sini. 

Enjoy reading~~ :)


Colmar Tropicale









Wednesday, 30 October 2013

Cicak Dalam Cawan Yang Diminum~~!!!



Bismillahirahmanirrahim…

Assalamualaikum semua & moga2 hari ni lebih baik drpd semalam.
Tgh kusyuk jenjalan kat blog org terbaca satu perkongsian drpd saudari Lieya Von Jay mengenai Katak dalam cerek… aiyakkk.. tetibe teringat pengalaman sendiri tp bukan dgn katak tapi CICAK… eeuuwww..

I won't post the picture of that freaky small beast!! Geliiii tawww..
Sbb mesti semua taw cicak tu mcm ne upernyer kan.. geli ok..

Peristiwa 1

Pada suatu malam yang kelam.. sunyi sepi.. angin sepoi2 bahasa.
Pakcik sy ke dapur untuk minum segelas air masak.. mungkin tekaknya tetiba haus.

Malas nk bukak lampu dapur sebab cahaya bulan yang agak terang. Di capainya cawan dan

Terus menuang air masak ke dalam cawan tersebut. Tanpa melengahkan masa. Diteguknya air itu.

Sekali tekak dia rasa geli.. rupa2nya ada cicak sedang menari2 dalam mulutnya!!!

Haaaaaaaa!!!! Tersemburlah air tersebut bersama2 cicak tersebut.. lain kali bukak lampu check cawan tu dulu ok!!

Peristiwa ke 2

Sy balik sekolah dan perut pun meragam mintak makanan.
Tanpa melengahkan masa.. terus ke dapur untuk makan nasi.
Sedap la plak lauk hari tu jadi nk tambah nasi la kononnya.
Bila nak cedok nasi tu tertiba tercedok cicak yg dh arwah.

OMG~!!! Kiranya cicak tersebut termasak sekali ngan nasi lah & nasi pertama yg dimakan tu adalah Hasil campuran cicak tu… oohhh tidakkk~!!! Menangis x berlagu.

Peristiwa ke 3

Hari minggu mmg ramai akan mengambil kesempatan untuk bangun lambatkan? Termasuklah diri ini.

Sedang sedap tido tetiba rasa mcm ada benda jatuh atas dada.
Bukak je mata.. mata bertentang mata ngan cicak.
Terus melompat drpd katil and jerit mcm org sawan.

I don’t know whyyyyyy cicak suke ganggu hidup sy…

Pleaseee keave me alone!!

& byk lagi pengalaman buruk ngan cicak ni yang tak mampu nk dikongsikan bersama sebab ada unsur2 yang boleh mengaibkan diri sendiri.. hehe..

Mesti masing2 ada fobia ngan binatang tertentu kan..

U all mcm ne? binatang apa yg paling korang geli ??

Tuesday, 29 October 2013

Aku takut kepada Mu… Namun entah mengapa Takutku belum mampu memulihkan diri ku…


 

Ya Tuhan…
Di saat ini,
Engkau mengetahui

Bahawa sesungguhnya
Aku semakin menjauh dari MU…

Tuhan…
Di ketika ini,
Aku mengerti
Bahawa sesungguhnya
Engkau semakin murka kepada ku…

Tuhan…
Di waktu ini,
Tiada aku fahami,
Mengapa hati yang suatu masa dulu
Sering memanggil-manggil asma Mu,
Kini… Sepi…

Ya Allah…
Di kala ini,
Aku tertanya-tanya,
Mengapa perasaan yang suatu masa dulu,
Begitu rindu kepada Mu,
Kini… Pudar…

Ya Rabbi…
Di saat ini,
Tidak mampu ku fikirkan,
Mengapa mata yang suatu masa dulu
Dibanjiri dengan air nan jernih kerana terkenangkan Mu,
Kini… Kering…

Ya Tuhan…
Sesungguhnya… Aku takut…
Aku takut kepada Mu…
Namun entah mengapa
Takutku belum mampu memulihkan diri ku…

Ya Rabbi…
Sesungguhnya… Aku rindu…
Aku rindu tatkala aku merindui Mu,
Aku rindu saat aku menangis kerana Mu,
Aku rindu tatkala aku gembira mendengar nama suci Mu,
Aku rindu saat aku sanggup melakukan segalanya untuk Mu…

Ya zaljalali wal ikram
Izinkanlah aku merayu kepada Mu,
Agar Engkau sambutlah tangan ku yang jijik ini,
Dan rangkullah aku kembali ke pangkuan Mu,
Agar dapat ku nikmati semula, Saat indah kita bersama…

Ya Rahman ...
Izinkanlah aku memohon kepada Mu,
Agar Engkau penuhkanlah ruang hati ku yang kotor ini,
Dan isikanlah setiap ruang fikiran ku,
Dengan asma Mu yang suci,
Agar terjalin semula ikatan cinta yang murni,
Antara Engkau dan aku… 

sumber : Unknown

Monday, 28 October 2013

Air Terjun Sg Lepoh + Kasut Hanyut + Pancit



Assalamualaikum wbt & Happy Monday~~!!

Alhamdulillah.. bersyukur kepada Yang Maha Esa kerana dengan limpah kurnia-NYA, kita masih dipinjamkan udara yang segar untuk bernafas.. 

Selawat keatas Nabi Muhammad SAW, rasul junjungan.

Weekend baru2 ni teramatlah mencabar dan memenatkan berbanding kem-kem yang sebelumnya.

Minggu ni, kami (jurulatih Al-Badru Training) mendaki Bukit Sg Lepoh~~!!!


Well, kami dh biasa mendaki sebenarnya bila bawak adik2 peserta.

Tetapi kerana masa yang amat singkat kami bawa mereka ke trek singkat sahaja yg memakan masa dalam 1 jam perjalanan.

Minggu ni, hanya kami Jurulatih2 mendaki sehingga ke puncak. Perjalanan juga hanya 1 jam sebab tak bawa peserta , maka pergerakan kami agak pantas.

Perrghhh.. punyalah dah lama tak mendaki + ketua pendakian pula adalah Tn Ridzuan yang merupakan seorang tentera.. dia bantai kami mcm tentera jugak.. sangat laju dan non-stop..

Taubat nasuha taknak naik lagi sehingga ke puncak sebab sangat penat sampai semput.

Pacat kat kaki tak payah kiralah berapa byk.

Sampai sahaja ke puncak air terjun.. Subhanallah~~ Maha Suci Allah.. pemandangan yang sgt mengagumkan... air yang jernih dan sejuk dingin nyaman.. kepenatan seolah2 hilang sekejap.

Mmg syok lah.. punya syok mandi sungai sehingga kasut ku hanyut dibawa arus~!!

Tak sempat kejar,, hnya tinggal sebelah je kasut.

Sedeyy... tapi Alhamdulillah.. thanks to Tn Ridzuan.. dia bg sy pinjam kasutnya untuk turun bukit nanti.. so.. mcm ne ngan dia??
Dia hanya berkaki ayam je turun.. gentleman gitu..

 

Bila dh turun.. masing2 dah pancit... mmg tido lah dalam bilik.
Bangun je untuk solat magrib.. badan rasa berat, segala anggota badan rasa pedih and pening kepala.. darah pacat plak x stop lagi..
Derita sungguh minggu ni..

Dalam kebahagiaan ada keperitan.. dikala org lain enjoy tido kat umah rehat2..

Saya cari penyakit dan cari penat. LOL

Hope u all smua hv a fun weekend...

Thanks for reading.

Friday, 25 October 2013

Hidup selama 65 tahun, berapa tahun diguna untuk solat saja? jom Congak ^^

Kalau kita hidup sampai umur 65 tahun, berapa tahun kita guna untuk solat sahaja? jom Congak ^^


DEMI MASA SESUNGGUHNYA MANUSIA DALAM KERUGIAN

DEMI MASA  manusia selalu terlupa
1hari=24jam
Satu TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Detik
Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)
<> 70th
60th - 70th
(65th)
Chart
 
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti)
Puratanya manusia meninggal ± 65 th
"Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia"
Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun
Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:
Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun
50 tahun digunakan untuk apa?

Catatan:
50 tahun= 18250 hari= 458000 jam
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam

Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama..... ....!
Waktu kita tidur ± 8 jam/hari
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya... ....
Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah,
ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.
Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan.... .
17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun
Lalu Bila Nak Beribadah???

Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; "Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU".
Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..
Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan..
Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar...
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana?
Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya
" Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya "
Lalu Bila Nak Beribadah???
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi... !
Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga...
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?
Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
1 solat = ± 10 minit ..... 5x solat = ± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun
Kesimpulan: waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit!
Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita....
itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun;
dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris
orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang
selalu bergelumang dosa...
Logiknya:
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian... .........
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana............
Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!! !!!!!
Ingatlah negeri kita...Akhirat

TAMAT
Sumber : Ctrl + V
MARILAH KITA SAMA-SAMA MUHASABAH DIRI SENDIRI….TEPUK DADA, TANYA DIRI SENDIRI…