Assalamualaikum wbt & Salam Jumaat semua.
been so bz today sbb dh nk pindah office by next week.
sorry x sempat nk blogwalking.
will do this weekend.. :)
hanya nk berkongsi Puisi untuk Kaum Adam drpd Kaum Hawa.
sumber : UNKNOWN
Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa,
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku
sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan,
kerana aku buruan syaitan.
Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan
kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di
akhir zaman,
itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam
urusanNya.
Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku
nescaya merahlah dunia kerana darah manusia,
kacau-bilaulah suasana,
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan
Qabil
sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah
undang-undang Allah
yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari
satu
tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.
Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yang
membimbangkan aku,
bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang
merunsingkan aku.
Tapi.....aku risau, gundah dan gulana
menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku
mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
Namun.....terasa berat pula untukku meyatakan
isi perkara.
Adam,
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang
menyatakan
kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum
wanita.
Kau diberi amanah untuk mendidik aku,
kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku,
memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa
didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam, nyata
dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini,
aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu.
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang
ditetapkan.
Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap
dirumah.
Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di
bandar-bandar bukan tempatku.
Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh
tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi......realitinya kini, Hawa telah lebih
dari sepatutnya.
Adam..... mengapa kau biarkan aku begini?
Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu
katamu.
Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu.
Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka
menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata.
Padahal, kau duduk saja.
Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja.
Kau perhatikan saja aku panjat tangga di
pejabat bomba,
kainku tinggi menyingsing peha mengamankan
negara.
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?
Adam.....
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa
terpesong,
maka Adam yang patut tanggung!
Kenapa? Mengapa begitu ADAM?
Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak
bapak tak pandai didik,
jika murid bodoh, guru yang tidak pandai
mengajar!
Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak
mahu
dengar kata,
tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada
hematku yang dhaif ini
Adam,
seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu
terhadapku sama
seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap
isteri-isterinya?
Adakah Adam melayani Hawa sama seperti
psikologi Muhammad terhadap mereka?
Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh
terhadap kaum Hawa?
Adam....
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu,
aku adalah pengikut-pengikutmu
kerana kau adalah ketua.
Jika kau benar, maka benarlah aku.
Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan
nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku...akalku satu nafsuku beribu!
Dari itu Adam,pimpinlah tanganku, kerana aku
sering lupa dan lalai,
sering aku tergelincir ditolak sorong oleh
nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah,
perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari
Tuhanmu agar menerangi hidupku.
Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku
menjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam,
Andainya aku masih lalai dengan karenahmu
sendiri,
masih segan mengikut langkah para sahabat,
masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu
dan lihatlah,
dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan
memerintah.
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu
sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu.......