nuff said

Monday, 6 January 2014

FIFA Worldcup Trophy World Tour - unforgettable memory



Assalamualaikum & Happy Monday semua..

Keje rajin2 hari ni walaupun hari ni Isnin.

Hari ni tak semena2  lambat ke tempat kerja sbb Tren delayed.
Aduhai.. kalau hari2 mcm ni, x guna lah asyik kuar umah awal kan kalau tren asyik buat hal je.

Hmm.. sabo je lah.

Ok.. sy tak sabar ni nk berkongsi pengalaman menyaksikan depan mata kepala saya sendiri Trophy FIFA World Cup yang selama ni pnah dipeluk dicium dijulang oleh pemain2 bola sepak yg pnah menjuarai piala ini. 

Pengalamannya masyaAllah.. rasa mcm Malaysia layak masuk world cup plak.. ehem.. insyaAllah one day..

Terima kasih bebanyak kpd ayahnyah ku sayang yg bekerja dengan FAM diatas 3 tiket free yang diberi. Maka , x perlulah kami masuk contest or terpaksa membeli 4 tin air coca cola untk mendapatkan tiket kemasukan tersebut.

Untuk pengetahuan yang belum berpengetahuan ttg hal ni , Piala Dunia tahun 2014 akan diadakan di Brasil pada bulan June nanti. Dan sebelum Piala tersebut sampai ke Brasil, piala tersebut mengelilingi 88 buah negara termasuk Malaysia. Dan sekarang piala tu dh selamat berada di Indonesia.

Mmg best lah pergi semalam.. mmg ramai peminat2 bola sepak hadir untuk memeriahkan suasana. Ada byk activity yang berlangsung.

Memandangkan saya dan kakak diantara terawal, jadi kami x perlu bersesak sangat pun. Dan kami diantara terawal dapat bergambar dengan Piala tersebut. & yang bestnya, gambar yang diambil bsama piala tersebut diberikan secara percuma oleh pihak organizer. 

Bayangkanlah 10ribu orang dapat gambar free on the spot malah boleh upload di website FIFA.. hebatkan…

Sy xnak citer panjang.. biar gambar yang berbicara…

weeheee.. the trophy was just next to me~!! (pengsan)

my uncle.. untunglah dpt pegang trophy tu..

bola2 yang pnah digunakan sepanjang perlawanan world cup

x payah susah2 beli air coke.. dapat free plak tu


Oh yeah.. tahun ni saya mengharapkan Pasukan Negara German atau Portugal menjuari piala tahun ini.. walaupun hati ni kuat kata Brasil.. sbb dorang pun sgt hebat dan main kat negara sendiri..  

negara manakah menjadi pilihan korang?

Friday, 3 January 2014

Laman Grill - Mmg Terbaek



Bismillahirahmanirahim & Salam Jumaat semua..

Alhamdulillah.. bersyukur ke hadrat Allah yang Maha Esa kerana dengan limpah kurnia-NYA kita masih bernafas dan dipinjamkan dengan kesihatan yang baik. Sungguh Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. 

Betapa kasih dan sayangnya Allah pada kita makhluk-NYA.. ada sahaja diantara kita yang masih sukar untk menunaikan solat fardhu yang wajib, tetapi tetap dapat makan dan minum dan masih lagi bernyawa kerana Allah yang Maha Penyayang mahu memberi peluang kepada hambaNYA yang alpa dan leka itu untk bertaubat.

Semoga kita semua masih didalam lindungan Allah swt. InsyaAllah.

Saya nak berkongsi pengalaman dinner saya semalam di Laman Grill, Bangi. Restaurant ini kepunyaan Chef Zubir, salah seorang Juri untk Masterchef Malaysia.

Hampir putus harapan nak makan kat restaurant dia ni sebab pada malam selasa kami ke sana, tetiba penyambut restaurant tu kata only by reservation sahaja. Tgk pun ramai makan di sana, jadi kami pun terus booking for the next night which was malam rabu.

Malam rabu kami kesana, tetiba tgk tutup la plak. Dapat panggilan daripada wakil restaurant mengatakan dapur mereka rosak jadi operasi tak dapat dijalankan. 

Masa tu pikir alamak.. dah 2 malam berturut2 tak dapat makan sana. Tapi x puas hati lagi. Kami booking untuk malam khamis plak semalam.

Alhamdulillah.. ada org kata dalam islam mmg kene cuba 3 kali kan? Kali ke3 kami berjaya menjamu selera di sana.

Layanan dia 4 bintang.. 

Presentation makanan dia 5 bintang..

Taste plak 5 bintang.

Memang berbaloi dengan harga yang diberikan.

Sebagai entrée/starter, kami makan Buritos.. dok dengar asyik buritos je kat TV teringin gak rasa .



Rasanya ok lah.. manis dan masam.. mcm makan popia basah ada inti ayam kat dalam..

Sebagai main course, sy makan Tenderloin Steak , kakak makan Chicken Chop manakala abah makan Sirloin steak.. (Medium well).. kalau weldone nanti liat sangat.



Mmg terbaik.. sedap sangat.. portion nampak sikit tapi mmg puas and kenyang. Sedap ya Rabbi~~

For dessert, kami makan warm chocolate cake.



Itupun da boom~!! Sedap and sikit laa.. x puas makan.. al maklum la share 2 org..



Total bayaran termasuk service tax was RM165.00++ . Agak mahal untuk certain orang. Tapi harga dan masakannya mmg berbaloi. 

Thanks for reading.

Assalamualaikum ^__^

Tuesday, 31 December 2013

"ikhlas" itu seperti surah al-ikhlas.. langsung tiada perkataan ikhlas dalam surah tersebut. (unknown)

Assalamualaikum wbt dan Salam Hari Selasa..

semoga ceria2 selalu dan ingatlah bahawa diri anda disayangi dan dikasihi. tapi andai ada yg membenci.. just remember that kasih sayang Allah pada hamba-NYA tidak pnah luput & lupus.

allow me to share, komik ringkas tapi padat dengan pengajaran. berkenaan ikhlas.

kita semua tahu kan kalau kita buat baik atas niat kerana Allah swt dan mengharapkan keredhaan DIA semata2.. insyaAllah besar ganjaran pahalanya.

tapi andai kata kebaikan yg dilakukan mengharapkan pujian manusia semata2.. sia-sialah amalan kita.. 

sebab tu kita kene sentiasa mendoakan agar Allah lindungi hati kita drpd rasa riak sombong bongkak takbur dan mcm2 lagi supaya hati ini sentiasa bersih dan tenang apabila melakukan ibadah2 harian.


remember..

"ikhlas" itu seperti surah al-ikhlas.. langsung tiada perkataan ikhlas dalam surah tersebut.." (unknown)

Lillahitaala..

thanks for reading

assalammualaikum..   ^___^

Friday, 27 December 2013

Come on , we all need Allah

Assalamualaikum & Salam Jumaat.

sehebat mana pun kita, kita pasti perlukan Sang Pencipta.

depan orang kita boleh tunjuk lagak seolah2 kita hebat tanpa sesiapa.

tapi dalam hati, kita sendiri tak dpt nk menafikan bahawa kita perlukan DIA.

Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Tanpa cinta daripada-NYA, jiwa kosong tidak bahagia.


Thursday, 26 December 2013

47 Ronin - Pahlawan Jepun (Must Watch)



Bismillahirahmanirahim~~

Assalamualaikum semua… back to work! 

Setelah seharian cuti semalam.. rasa mcm hari isnin plak hari ni.. padahal khamis ye.. esok jumaat..pastuh cuti lagi.. weehooo~~ mood akhir tahun.. xde mood nk bekerja.. ohhh sungguh pemikiran yang tak sihat..

Ok.. sy sgt sgt x sabar nk berkongsi cerita ni.. 

Semalam saya sangat emosi selepas selesai menonton 47 RONIN di Alamanda.

Pada saya cerita tu sangat sangat menarik dan wajib ditonton oleh semua golongan masyarakat.


 Berdasarkan kisah benar disebuah Empayar Zaman Jepun dahulu . Kisah menuntut keadilan diatas kematian Tuan AKO yang dianggap tidak adil kerana Tuan AKO disihir sewaktu beliau melakukan jenayah yang tidak disengajakan.

Kai (Keanu Reeves) , Samurai Oishi dan beberapa samurai yang lain berkumpul untuk menuntut bela diatas kematian tuan mereka.   

Cerita ini menunjukkan betapa susahnya hidup mereka setelah tuan mereka dihukum mati secara terhormat (kamikaze) . 

Samurai2 ini digelar Ronin kerana mereka tidak bertuan dan dibuang daerah oleh pihak jahat. Oishi pula dikurung dibawah tanah selama setahun manakala Kai dijadikan hamba di pelabuhan perkapalan.

Apabila Oishi dibebaskan , dia mengumpulkan kesemua samurai2 yang pernah diusir termasuk Kai. Strategi perlawanan ketenteraan yang sangat menarik. Terlalu banyak unsur2 pengajaran dalam cerita ni. Kesetiaan , hormat menghormati, pegang pada janji , amanah dan setiakawan.

Bagi orang jepun, kematian secara kamikaze adalah yang terhormat. Ala-ala jihad lah. Dimana bagi kepercayaan mereka kompem syurga lah. & mereka tahu tindakan mereka menuntut bela ni akan membawa mereka ke tali gantung. Tapi mereka nekad untk menegakkan keadilan.

Part yang paling sedih apabila sehari sebelum mereka mahu menyerang untuk merampas kembali AKO. Masing2 menuliskan nama masing2 agar diperingati jasa mereka berjuang untuk rakyat2 AKO. 

& as always… yang baik pasti menang.. mereka berjaya menawan AKO kembali dengan membunuh pihak2 yang jahat.

Apabila urusan mereka selesai.. mereka menyerah diri kepada Ketua Samurai (Shogun) untuk menerima balasan dan hukuman . memandangkan mereka yg 47 orang ni merupakan Samurai, mereka diberi pengiktirafan untuk mati bunuh diri (Kamikaze) seperti yang mereka idamkan.

Tamat~~

So, kenapa saya sgt emosi? 

Sebab melalui cerita ni org2 jepun yang dok kat AKO sekarang ni akan lebih buka mata dan menghargai pahlawan2 yang berjuang sehingga membawa kesenangan pada mereka sekarang ni.

Seperti pejuang2 tanah melayu kita Dol Said, Rentap, Hj Abd Rahman Limbong, Maharajalela , mereka berjuang demi penduduk di Tanah Melayu. 

Tapi sadly ada anak2 muda yang don’t even bother to know them & tak peduli pun nk menghargai mereka  sedangkan mereka ni lah yg berjuang untuk nasib kita sehingga kita mendapat kesenangan yg dinikmati sekarang ni.

Serius.. cerita 47 Ronin sangat best.. must watch ok.. 

100 bintangs~