nuff said

Sunday, 19 January 2014

Happy Bday to me :D

Bismillahirahmanirahim~~ Salam Ahad semua...

semoga semuanya ceria sebab weekend ni kita dpt rehat 3 hari termasuk hari jumaat yg lepas..

best best.. alhamdulillah... hari ni hari ulangtahun kelahiran saya yg ke dot dot dot.. hehehehe..

bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kasih sayang untuk bernafas dibumiNYA.

semakin byk usia ku semakin singkat waktu untuk ku beramal.. sobb sobss sobss...

sempena my birthday hari ni.. hari ni nk berkongsi pengalaman menyambut bday bsama kekawan sy semalam.. sengaja celebrate awal sehari di Pullman resort, Putrajaya.. just kat lakeside tu je ok..

semalam kawan sy si Nurul ni ajak teman g Alamanda.. nk cari barang katanya.. so kami berdua pun jenjalan cuci mata kat Alamanda..

pastuh si Nurul ni asyik sms je.. pelik jugak.. but buat x tau je sbb mmg x syak apa2...

bila naik kete on the way nak balik.. Nurul kata nk singgah satu tempat dulu..

saya pun ok lah.. tapi Nurul ni bleh plak sesat nk cari presint 5.. pastuh dgr dia merungut (maybe dia x perasan sy dgr) dia kata "ishkk mana dorang ni" ...

so masa nk parking kat Pullman tu.. ahakkss ternampak familiar cars.. but buat donno lagi.. layan kan sahaja...

bila sampai kat lakeside tu surprisedd~~!! Kak June, Anne, Dayah & Ika was there menunggu sy ala2 picnic... dgn kek yang subhanallah cantik... mee hun goreng... KFC ... dadih... dan mcm2 makanan ada.. terharu sangat sangat...

bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan sahabat2 yg setia diwaktu suka dan duka. love them so much..







Friday, 17 January 2014

entah apa yang ku kuatiri

Lirik Lagu/ Lyrics: Lepaskan - Wanna



Ku jadi tidak tentu arah, entah apa yang ku kuatiri
Sejak terjadi cerita itu. cerita itu
Makan minum ku dh tak terjaga
Asyik memikirkan tentang kamu
Mungkinkah benar mengapa ku tidak menyedari


Lepaskanlah lepaskan semua
Tiada makna jika bersama
Dalam hidupku oh setiap hari
Yang kita pasti ada masalah


Lepaskanlah lepaskan semua
Tiada makna jika bersama
Dalam hidupku oh setiap hari
Yang kita pasti ada masalah
Dengannya


Ku jadi tidak tentu arah
Entah apa yang ku kuatiri
Sejak terjadi cerita itu
Cerita itu


Lepaskanlah lepaskan semua
Tiada makna jika bersama
Dalam hidupku oh setiap hari
Yang kita pasti ada masalah
Dengannya


Lepaskanlah lepaskan semua
Tiada makna jika bersama
Dalam hidupku oh setiap hari
Yang kita pasti ada masalah
Dengannya

Monday, 13 January 2014

Kem Kepimpinan - SK Taman Rakan, Kajang



Bismillahirahmanirahim~ Salam Isnin semua..

Baru 2 minggu sekolah buka, dah ada Sekolah yang organized kem di tempat kami.

SK Taman Rakan, Kajang menghantar pelajar-pelajarnya yang terdiri daripada pelajar darjah 4 – 6 yang masing-masing merupakan pegawas sekolah, pegawas pusat sumber dan AJK Kokurikulum.

Seramai 155 pelajar yang hadir untuk Kursus Kepimpinan di Kem Idaman Nurani.

As usual, sy habis je keje hari jumaat around 5.30 pm terus bergegas ke Batu 9, Cheras. Kawan saya yg juga merupakan fasilitator menunggu sy di sana untuk masuk ke Ulu Langat bersama2.

Sebenarnya tak kisahlah kem apa pun, objective kami adalah untuk menerapkan nilai2 murni kepada adik2 pelajar2 ni. Perkara yang kami sering terapkan adalah memberi salam kpd org yg lebih tua, memohon maaf jika melakukan kesalahan, mengucapkan terima kasih yg agak sukar nk dgr drpd mulut bebudak zaman skang ni.

Kerana kami percaya, untuk menjadi insan yang cemerlang bermula dengan sikap.

Setiap kali ada masa terluang, suka kami ingatkan adik2 pelajar tersebut. Sudah tentu pada awalnya agak sukar kerana kedegilan mereka. 

Tapi rata2 jurulatih ni mmg singa betina.. hihihihih jadi budak2 ni mmg kalah lah dengan kegarangan kami.. tapi tidak kami biarkan adik2 ni menangis begitu sahaja. Kami akan “bind” semula mereka dan nasihati mereka dgn lembut setiap tindakan/denda yang kami kenakan pada mereka sehingga mereka betul2 faham.

Alhamdulillah.. ada perubahan apabila masuk hari ke-2 dan semakin baik perubahan adik2 ni apabila menjelang hari terakhir.
Ada guru yang komen bahawa mereka tersentuh apabila ada pelajar2 mereka yg dahulunya agak rude tetapi tiba2 memberi salam pada mereka dan memohon maaf pada mereka secara tiba2. 

Alhamdulillah.. moga2 adik2 ni terus istiqamah untuk berubah.

Seterusnya, biar gambar yg berbicara.. antara aktiviti2 yang dijalankan selama 3 hari 2 malam..
 
Game Biskut : dengan menggunakan mimik muka mereka perlu mengetip biskut dgn mulut mereka

ni tgh nk buat game goreng pisang. laki lawan perempuan

game ni best. peluk kawan kuat2 smpai belon meletup

bestnyer main lumpur dan mandi sungai



Thanks for reading~ Assalamualaikum.. ^__^

Friday, 10 January 2014

Ustaz Hafiz - Juara Pencetus Ummah Musim Pertama



Bismillahirahmanirrahim~ Salam Jumaat semua..

Google (Dari kiri : Rahmat, Yeob, Shahul & Hafiz)


Weee~~ hari ni penuh ngan citer Juara Pencetus Ummah kita, 
iaitu Ustaz Hafiz.

Tahniah setinggi2 tahniah kepada PU Hafiz kerana anda mmg layak. Jika dilihat persembahan semalam mmg PU Hafiz lebih menyerlah, lebih tenang dan lebih professional gitu.

Walaupun pilihan saya ialah samada Rahmat dan Shahul pada mulanya, tetapi apabila melihat persembahan akhir mereka berdua semalam, agak sikit kecewa.

Tak dinafikan PU Rahmat mmg masih muda dan ilmu tidak sedalam mereka2 yg lain. Tapi cara penyampaian PU Rahmat pada mata sy sgt berkesan untk memikat jiwa2 remaja yg muda.

Manakala, PU Shahul.. toinggg toingg~~ tabek spring pada beliau.. muka je garang tapi pak lawak jugak si mamu ni.. Cuma semalam mungkin sbb gementar, jadi dia mcm terlebih serius plak. & saya setuju dgn komen Pak Nil.. sebab masyarakat yg perlu didakwah ni mcm2 perangai.. & Pak Nil memberikan pandangan dari sudut mata dia sebagai artis.. yang mungkin suka didekati dinasihati dengan cara yg lembut. 

PU Yeob toksah cakap lah.. hahaha.. asyik buat sy ketawa je.. sabor je lah.. selalu dgr ckp perak ni kalau balik kampung je.. PU Yeob ni bagus sbb nampak dia ni jenis berusaha keras. Hope Astro ada buat rancangan kanak2 or remaja yg lebih santai untk PU Yeob.

Tapi yg berjaya buat sy meleleh air mata semalam opkos lah Dr Ridhuan Tee Abdullah.. idola ku sejak dulu walaupun byk2 benda buruk dgr pasal dia.. I mean whatever.. sy mengagumi dia kerana ilmu dia.. perwatakan dia.. that’s it.

Sgt suka bila melihat ramai anak muda, golongan artis di Auditorium KUIS semalam.. ternyata.. terbukti.. sape yg x suke ilmu agama? Semua org suka~~ mana tak nya,, kita ada ustaz2 yg garang, yg kelakar, yg sempoi dan kiut untuk memikat hati2 pelbagai peringkat penonton yg hadir.

Kita mmg dahaga ilmu agama.. harap Astro dpt teruskan buat program2 mcm ni.. sgt berguna.. sgt bermanfaat.. Allah mesti suka.. Allah mesti senang.. Nabi Muhammad saw pasti bangga… insyaAllah…

Last but not least.. suka quote PU Rahmat .. lebih kurang..  

“adakah itu cinta jika cinta itu membawa kita ke neraka..????  lebih baik haramkan sahaja cinta..!!” 

Wassalam~

Wednesday, 8 January 2014

WW : Hana~ welcome to our family

Assalamualaikum semua..

nak berkongsi my new kitten..

namanya Hana.. jumpa masa baby kat longkang.

alhamdulillah sihat smpai bulat matanya tu,, mana x bulat.. tiap2 hari makan ayam je..






have a good day all~~