nuff said

Tuesday, 25 February 2014

I hate waiting

Assalamualaikum semua dan selamat hari selasa...

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya kita masih dipinjamkan udara untuk bernafas, mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, mulut untuk bercakap.. 

Alhamdulillah, Maha Suci Allah...

Mari berselawat ke atas rasul junjungan kita Nabi Muhammad saw.. kekasih Allah.. manusia agung..

Hari ni sy nak berkongsi ttg salah satu kelemahan saya iaitu kurang sabar..

Bukan tujuan untuk mengaibkan diri sendiri.. tp sy berminat nak dgr pendapat drpd kalian..

Sy seorang yang sgt menepati masa. Serius.

Kalau ada appointment keje, jumpa kawan atau sesiapa pun.. kalau kata pukul 9 pagi.. at least 15 minit sebelum pukul 9 pagi sy dh ada di destinasi tersebut.

Tapi malangnya, org2 yg berjanji pukul 9 pagi dengan saya mesti akan lambat 1 jam!

1 dalam 100 kes lah jika sy yg membuat org tunggu sy...  bukan bercakap besar tetapi itulah hakikatnya.

Saya tidak suke membuat org tertunggu2 kerana sy sendiri tidak suka menunggu.

Kalau tunggu dalam 10-15min tu sy ok lagi. Tapi kalau sampai 1 jam tu mmg geram lah kan..

Contoh2 Kejadian :

1. Kawan janji jemput saya dirumah. Katanya pukul 10 pagi dia sampai. So, pukul 10 pagi tu mmg sy dh siap.. pakai tudung.. make up sikit2.. tp tunggu punya tunggu.. x sampai2... panas la plak.. bukak tudung semula.. last2 1 jam 15 min kemudian baru sampai.. masa tu kelam kabut pakai tudung semula.

2. Kawan janji nak jemput di salah sebuah stesen keretapi. Katanya pukul 2 petang dia jemput. Tren bergerak perlahan.. saya sampai di stesen tersebut pukul 2.30. sy dh gabra sbb ingat dh lambat.. tapi bila sy smpai, kawan sy x sampai lagi. 45 minit kemudian baru smpai.

Berikut adalah serba serbi pengalaman sy menunggu org. Tapi itulah yg berlaku setiap hari. Setiap minggu. Setiap bulan.

Sy tak faham, kenapa susah untuk manusia menepati masa? Kalau nk jumpa kawan pukul 9 pagi sepatutnya pukul 8 pagi tu dh bersiap. Bukan pukul 9 tu baru nk siap.

Kadang2 pernah sy saja nk balas dendam dgn dtg lambat supaya mereka rasa apa yg sy rasa. Tapi tak kiralah betapa lambatnya sy, mereka pasti akan lebih lambat drpd sy. 

End up, sy jugaklah penunggu tersebut.

Haihh.. sy mmg pantang org yg jenis x menepati masa ni baik lelaki mahupun perempuan.


Please tell me , is it a good thing or a bad thing to be a punctual person?

Monday, 24 February 2014

7 Cara Berjalan Mencerminkan Sikap Wanita Tersebut

1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.


2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.


3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.


4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.


5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.


6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.


7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

sumber (thanks to) : BBLOG

*Cara saya berjalan mmg kena dengan No.3 . Perwatakan pun ada sedikit persamaan dgn apa yg digambarkan.. apa2 pun tips diatas tidak semestinya betul, kadang2 mmg kebetulan tepat dgn personaliti kita..  JUST FOR FUN...apa2 pun berjalanlah dengan sopan agar tidak disalah anggap...

Friday, 21 February 2014

Soalan Kurang Pandai

Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua..

Semoga penghulu segala hari ni membawa kebaikan kpd kita semua..


Alhamdulillah and tahniah kpd kekawan yg dpt duit BR1M.. untung laa… hehehe


Ok, hari ni nak berkongsi pengalaman dgn kekawan yang sy pasti mesti korang pun pernah merasai..


Soalan bodoh..


Ahakss… mesti pnah ditanya soalan2 kurang pandai tu kan…?
Seperti contoh dalam gambar dibawah ni..




Mama saya suka tanya sy mcm ni.. ditanya buat apa dalam bilik air.. sy pun jawab, tgh bercucuk tanam ke.. tgh masak air ke..


Sy dgn mama mmg selamba.. sy jawab pun loyar buruk.. lepas tu mama pun ketawa smpai kuar air mata.


yang ni pulak,, adik lelaki sy selalu kene dgn mama sy...

 
kadang2 kelakar bila memikirkannya, kekadang stress jugak kan?
 

So, sy suka nk dgr pengalaman korang juga..

Dalam byk2 soalan.. soalan kurang pandai apa yg pnah korang diajukan?

Wednesday, 19 February 2014

Rabu beberapa Kata : Uji Minda

Assalamualaikum wbt.. Salam Rabu semua~~

mari uji minda kita..

laluan manakah yang afdal digunakan? dan kenapa...?



Bagi yang sudah memberi jawapan, sila rujuk perkongsian drpd Abg Sham Kamikaze.. sebenarnya byk lagi perkongsian hadis drpd blog lain.. tp sy pilih yang ini kerana perkongsian Abg Sham lebih simple dan mudah di fahami...


Jalan Yang Paling Afdal ialah...

good try all~!!! mari kita sama2 belajar ok...

jalan yang paling afdal adalah pilihan no.4.

kerana no.4 lelaki tersebut melalui lelaki pertama 
yg ada sutrah dihadapannya

kemudian melalui jalan belakang 4 orang yg sedang solat, 
kemudian melintasi lelaki yg sedang baca al-quran 
(melintas dihadapan org yg sedang membaca al-Quran
bukan satu kesalahan) , dan melalui dihadapan lelaki yg meletakkan kopiahnya sebagai sutrah~~

semoga menjadi ilmu yg berguna kpd kita untuk 
solat nanti dimana2..

selalunya org pompuan akan letak handbag atau handphone dihadapan sejadah masing2.. org lelaki sy x pasti plak.. secara tak langsung, kita dh mengikuti sunnah Nabi Muhammad saw.


good job all~!! ^__^

Selamat beramal..

Wallahualam... ^__^



Tuesday, 18 February 2014

Allah swt dah jawab segala persoalan kita


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Alhamdulillah, masih dipinjamkan nyawa untuk buat post pada hari ni..

Sahabat semua.. dikala kita melalui saat2 yg sukar dlm hidup kita..
berbagai persoalan bermain di minda.. tapi sedar x sedar ketahuilah bahawa..

Allah dah jwb semua persoalan tersebut di dlm Kitab Suci Al-Quran..

Bila kita dilanda kesusahan.. acapkali soalan2 ini bermain di fikiran kita..

ADAKAH AKU SUDAH DIKIRA BERIMAN ?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200 


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45


APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... .. -Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129


ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." -Surah Yusuf ayat 12



FWD from others blog untuk peringatan kita semua dan diri ku yg alpa.. :)