nuff said

Thursday, 6 March 2014

Genap Setahun Ellie Tinggalkan Kak Ain

Assalamulaikum..

hari ni genap setahun kucing kesayangan sy pergi meninggalkan saya..

betapa istimewanya dia disisi saya, sy ada ceritakan di SINI .




Tuesday, 4 March 2014

Group Project : yang mana satukah anda?

Assalamualaikum and selamat hari Selasa semua~!

jom mengimbas kembali kenangan kita sewaktu menuntut dulu..

here goes~ 



SAYS GOING TO HELP, BUT HE'S NOT 

Di awal perbincangan, ambil nota..  take note apa yang dia akan bantu.. tapi bila tiba hari nak compile everything, tak bawak lah.. pendrive tetiba rosak lah , laptop rosaklah and macam2 alasan yang diberikan. In the end, orang lain jugak kene tolong buatkan.

HAS NO IDEA WHATS GOING ON, THE WHOLE TIME

yang ni spesis blur. Kita boleh perati kat wajah dia setiap kali kita terangkan pada dia.. dia kelihatan berminat, tapi air muka dia, kita tau dia x faham apa2.. end up kita bagi dia tugasan yang paling mudah. Hias cover page, gunting tu, gunting ni, buat direktori , photostat and macam2 keje mudah agar tiada kesilapan dilakukan ketika perbentangan.

DISAPPEAR AT THE VERY BEGINNING & DOESNT SHOW UP AGAIN TIL VERY END

pensyarah assigned group ada 5 orang. tapi yang sorang ni asyik tak datang.
mc lah. Emergency leave  lah. mcm2.
seolah2 group tu  ada 4 org je.
tp dalam senarai ahli project nama dia ada. tapi orangnya xtau ke mana.

DOES 99% OF THE WORK

Haa.. ini lah org yang paling byk berusaha dalam group ni drpd awal hingga ke akhirnya.
Melantik diri sendiri jadi ketua secara tidak langsung kerana yang lain2 seems don’t care to get involve in the project.

Dia lah yang back up keje2 org yg tertinggal pendrive, keje2 orang yang yg asyik tak datang.
Kadang2 org tak suke golongan spt ini sebab dikatanya giler kuasa/poyo.
Tp, tanpa org2 mcm ni.. mcm ne project nak siap?


*So, bila u all baca ni, mesti teringat pengalaman2 manis ketika menuntut dulu kan.. tepuk dada tanya hati, haaa yang mana satu kah kalian..?? hehehehe.. atau u all ada pendapat yg berbeza drpd sy.. ^___^

Thank for reading.. maaf jika ada yang terasa dgn post ni.. ini semua melalui pemerhatian pengalaman sy sendiri..

Sunday, 2 March 2014

Kahwin? InsyaAllah.. i know my time will come

Assalamualaikum semua...

Woahh.. penatnyer 3 hari 2 malam berkampung di Kem Idaman Nurani bersama2 adik2 drpd SK Sungai Buaya.. Alhamdulillah.. 
segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya dan harap2 adik2 SK Sungai Buaya dapat manfaatkan segala pengalaman dan ilmu yg mereka perolehi disana..

Tadi, sebelum balik ke rumah... saya dan kawan2 singgah sekejap rumah kawan kami, Huda yang baru je melahirkan anak keduanya bernama Damia Marissa... sedap nama baby dia.. comel sgt dan kuat tidur.. gomol mcm mana pun tido.. sweet sgt...

Syukur dan happy sebab kawan baik saya yg bernama Huda tu kini dh mengecapi kebahagiaan alam berumah tangga..

Next, my dearest friends Anne dan Ika yang masing2 akan berkahwin bulan 5 nanti..

Disusuli pula oleh Anis yang akan bernikah pada bulan 8 nanti..
Bermaksud, tahun ni je, 3 org kawan baik dunia akhirat akan menamatkan zaman bujang mereka.

Alhamdulillah... suka sangat2... dlm masa yg sama sedih sket sbb takut kehilangan mereka..

Well.. bila kawan2 yg baik dh nk menamatkan zaman bujang, opkos soalan2 “kau bila lagi?” ditujukan pada saya..

Saya hanya mampu tersenyum, dalam hati kelat. Aduhaii.. insyaAllah.. ada jodoh kawen lah saya dengan sesiapa yang ditakdirkan untuk saya..

I know my time will come... and i just don’t know when...

Mama pun dah pesan kene kawen tahun depan.. aiyakk..

I took it seriously tp sy x mencari pun.. biarlah jodoh itu Allah yang tentukan dan saya yakin dgn janji Allah..

Ada yg kata, expectation saya terlalu tinggi.. well.. sy setuju dgn mereka.. biarlah saya terlalu memilih dalam soal ini kerana sy mahukan bakal imam yang boleh membimbing sy dan anak2 sy nnti ke syurga..

Cukuplah dengan nasib2 isteri2 yg tidak bernasib baik didengari di corong TV dan radio dgn masalah suami2 mereka yg tidak kuat pegangan agama dan kaki pukul..

Sy rela x kawen drpd bersama2 dgn lelaki2 begitu.. nauzubillah.. semoga Allah lindungi sy drpd perkawinan sebegitu.. dan x malu untuk sy katakan, kegagalan rumah tangga abah dan mama sy dulu membuatkan sy jd seorang yg sgt berhati2 dlm soal perhubungan..

Apa yg penting.. kita perbaiki diri kita.. doa kuat2 dgn berserah 100% kpd Allah.. insyaAllah ketemulah jodoh yang terbaik buat kita.. insyaAllah..




Thanks for reading ^__^

Thursday, 27 February 2014

Seek advice : Kem Motivasi Kecemerlangan Pelajaran

Assalamualaikum dan Happy Thirsty Thursday~

hari ni rasa dahaga sangat2.. walaupun dh minum byk air..

musim panas ni bebetul menguji keimanan diri...

ok lah.. minggu ni saya dan rakan2 jurulatih drpd al-badru training akan menguruskan Kem Motivasi Kecemerlangan Pelajaran kepada adik2 drpd Sk Sungai Buaya.

dijangka seramai 60 orang peserta akan berkampung bersama2 kami di Kem Idaman Nurani, Hulu Langat selama 3 hari 2 malam..

selalunya, bila kem motivasi ni, masalah yang acapkali akan kedengaran drpd adik2 pelajar adalah mereka sukar nak fokus dalam kelas dan takut nak tanya cikgu jika mereka tidak memahami sesuatu tajuk dalam pelajaran tersebut..

jadi, sudilah kira nya kakak2/abang2/adik2/pakcik2 berkongsi tips dan kaedah belajar yg berkesan agar dapat sy sampaikan kpd adik2 pelajar tersebut...

thank you in advance :D