nuff said

Monday, 26 May 2014

Great Weekend - Perkhemahan Uniform SMK Bandar Banting + Perkawinan sahabat tercinta

Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum and selamat pagi semua...

byknyer benda nak dikongsikan bersama korang semua..

bersyukur sangat ke hadrat Ilahi kerana mempertemukan saya dengan insan2 yang baik dan sihat jiwanya..

apabila kita dikelilingi oleh orang-orang yang positive, secara tak langsung diri kita akan turut menjadi seorang yg positive and happy..

Pada 23-25 May 2014, Jumaat hingga Ahad bertempat di Kem Idaman Nurani Hulu Langat, telah berlangsungnya Kem Unit Beruniform SMK Bandar Banting yang dihadiri seramai 116 orang pelajar daripada unit uniform yang berbeza. ada Kadet polis, Kadet Remaja Sekolah , PBSM, Pandu Puteri, Pengakap, dan byk lagi.


Salah satu aktiviti kegemaraan saya adalah survivor cooking, dimana mereka perlu memasak dengan menggunakan kayu api, arang, mancis dan bahan2 basic yang lain. Setiap kumpulan dibekalkan dengan minyak masak, tin sardin, ayam, sayur kobis dan telur untuk mereka mencipta masakan mereka sendiri.

Ahli kumpulan saya berjaya menyediakan Sardin, Telur Goreng, Sup Sayur Kubis dan Ayam Sambal dalam tempoh 1 jam 40 minit. Nak menghidupkan api yang memakan masa.

Saya pun turut menjamu selera dengan mereka. Nak jugak rasa masakan mereka kan.. alhamdulillah.. sedap and tak sakit perut. (setakat ini)




Selesai sahaja majlis penutup. saya dan rakan2 fasi yang lain terus bersiap untuk ke Banting bagi menghadiri Majlis Perkawinan sahabat kami Atikha Shasha.



Sedih pun ada sebab susah lah nk jumpa dia lepas ni sebab dia dh ada tanggungjawab. Tapi turut gembira kerana akhirnya dia mengahwini lelaki pilihan hatinya setelah berbagai2 ujian dan dugaan yg dia lalui.. Alhamdulillah..

Selebihnya, biar gambar berbicara..







Thanks you for dropping by... ^__^

Friday, 23 May 2014

Aku Hidup Hanya Untuk Hari Ini

Aku Hanya Akan Hidup Hari Ini, Hari Ini adalah Kepunyaan Saya

Inilah harinya aku masih berpeluang untuk mengatakan yang baik-baik sahaja, menghindari bercakap perkara yang dilarang, mengherdik, dan juga memperkatakan keburukan orang lain.


Hanya hari ini aku berpeluang untuk memerhatikan kebersihan tubuhku, kekemasan penampilanku, kehalusan tuturkataku dan perilakuku.


Aku akan berusaha sekuat tenaga untuk taat kepada Allah, mengerjakan sembahyang yang sesempurna mungkin, membekali diri dengan sembahyang sunat, berpegang teguh pada ajaran Al-Quran, mencatat segala yang mendatangkan manfaat buatku.


Aku hanya mempunyai hidup yang pasti hari ini, sebab itu aku akan menanamkan dalam hatiku semua nilai keutamaan dan mencabut darinya pohon-pohon kejahatan serta ranting-rantingnya yang berduri tidak kira sifat takbur, ujub, riya’, buruk sangka dan lain-lain.


Hanya hari ini aku akan menghirup udara kehidupan maka aku akan berbuat baik kepada orang lain dan menghulurkan tangan kepada sesiapa pun. Aku akan menziarahi mereka yang sakit, menghantar jenazah, menunjukkan jalan yang benar bagi yang tersesat, memberi makan kepada orang yang lapar, menolong orang yang sedang kesusahan, membantu orang yang dizalimi, meringankan penderitaan orang yang lemah, mengasihi mereka yang menderita, menghormati orang-orang alim, menyayangi kanak-kanak dan berbakti kepada ibubapa.
 

Aku hanya akan hidup hari ini maka aku akan mengucapkan:-

”Wahai masa lalu yang sudah berlalu dan selesai, tenggelamlah kamu seperti tenggelamnya mataharimu. Aku tidak akan menangisi pemergianmu, dan kamu tidak akan melihatku termenung sebentar pun untuk mengingatimu. Kamu sudah meninggalkan kami samua, pergilah dan jangan kembali lagi”

”Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban. Maka aku tidak akan bermain dangan khayalan dan memperjudikan nasib dangan hanya satu agakan. Aku juga tidak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada, sebab esok hari mungkin tidak ada sesuatu; esok hari adalah sesuatu yang yang belum diciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang dapat disebutkan”.

Wednesday, 21 May 2014

Wordless Wednesday - bertahanlah

Bertahanlah berpegang teguh pada tali Allah swt!



Indahnya sunnah Rasulullah saw

Assalamualaikum wbt..
 
Dalam istilah Sunah Waljamaah, menurut para ahli hadis, Sunnah adalah segala sesuatu yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW yang merupakan perkataan, perbuatan, ketetapan, peribadi, akhlak, mahupun perilaku, baik sebelum mahupun sesudah dilantik menjadi Rasul.* Dalam hal ini, pengertian Sunnah menurut mereka adalah sama dengan hadis (Mushtafa as-Sibai, "As Sunnah wa Makanatuha Fit-Tasyri'il Islami"). 

".................Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku." - wasiat terakhir Rasulullah SAW
 
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat…. (Ahzab:21)













Tuesday, 20 May 2014

Adakah anda Malaysian sejati? take this quiz!!!


Assalamualaikum semua..
mai amek kuiz ni sat... nak tgk hangpa semua ni btoi ka org malaysia sejati... :P

amek pen dan kertas and check it out~~!!! no cheating pleaseee~

1. Berapakah nilai satu kupang? 
2. Dimanakah tempat yang sering dijadikan pilihan untuk foto perkhawinan di Taiping? 
3. Dialek apakah ini Apo Nak Di Kato?
4. Namakan sekurang-kurangnya 5 jenis roti canai.
5. Apakah persamaan tuak dan tapai? 

6. Namakan sos yang diperbuat drpd campuran ikan dan udang yg digemari oleh org kelantan.
7. Apakah maksud pi mai pi mai tang tu?
8. Buah ini terkenal di Ipoh.
9. Berapa panjangkah sari? 

10. Rancangan apakah yang akan dikeudarakan di TV setiap jam 8 malam? 
11. Nama maskot KL Commonwealth Games 1998 ?
12. Ketika mengisi borang, jika anda bukanlah Malay, Chinese atau Indian, anda adalah...?
13. Nama bendera kebangsaan. 

14. Apakah dimaksudkan dengan sky juice? 
15. adakah anda sering menghabiskan kata2 anda dengan "lah"?
16. Pernah tak teringin makan nasi lemak pukul 3 pagi?
17. Adakah anda percaya dgn cerita hantu di Karak Highway ?
18. Pernahkan anda menonton perlawanan bola di Mamak?
19. Pernahkan anda meletakkan tomato sos ke atas nasi goreng?
20.Adakah anda tahu maksud “lepak/ngam/gostan"?
21. Adakah anda panggil waiter dengan panggilan "boss"?


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

*
*
Jawapan

1. 10 sen
2. Lake Gardens
3. Negri Sembilan
4. Roti bom, roti pisang, roti planta, roti telur, roti sardin,roti telur,roti bawang
5. beras.
6. Budu
7. Tak kemana-mana, disitu juga
8. Limau Bali 

9. 4-9 meter 
10. Berita
11. Wira
12. Other" or Lain-lain
13. Jalur Gemilang
14. Plain water

Soalan 15 hingga 21 = 1 point untuk setiap jawapan YA

Anda adalah

15-21 points = Ultra Malaysian, you deserve a Datukship! RESPECT!!


8-14 points = Common Malaysian, Focus! Focus!


4-7 points = Part-Time Malaysian, Go drink at a mamak and practice?


0-3 points = Malaysian Celup!! :P