nuff said

Tuesday, 27 May 2014

Israk Mikraj - Peristiwa-peristiwa Penuh Tauladan

Bismillahirahmanirahim...Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.



Assalamualaikum semua dan selamat pagi..
 

marilah kita sama2 merenung sejenak dan muhasabah diri ke atas setiap peristiwa simbolik yang disaksikan oleh Rasulullah SAW ketika Baginda SAW dalam perjalanan agung ini.
 

Definisi Israk dan Mikraj:
  

Israk: yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.

Mikraj: yakni perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.


Perjalanan Rasulullah S.A.W ini telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran, Surah Al-Isra' ayat 1 yang bermaksud;

"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

 
Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :


01.Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

02.Tempat yang berbau harum.Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

03.Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

04.Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
 
05.Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.

06.Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.

07.Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
 
08.Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

09.Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

10.Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
 
11.Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12.Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.

13.Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
 
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). 


Orang-orang kafir di zaman Nabi SAW langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka. Bagaimana pula dengan kita? 

Tepuk dada tanya iman.. 

Wassalam.. 

Monday, 26 May 2014

Mari Kenali Player Badminton Thomas Cup 2014 - Daren Liew & Takuma Ueda

Tahniah kepada Liew Daren, pemain kebangsaan kita kerana berjaya hingga ke stage final Thomas Cup 2014.

Perlawanan yang amat sengit semalam membuatkan seluruh Malaysia bersatu dan berdoa agar kemenangan menjadi milik kita setelah menanti selama 22 tahun sejak 1992 .

Tetapi, apakan daya.. Pihak lawan daripada Jepun, Takuma Ueda mendahului Liew Daren dan kemenangannya mmg tidak boleh disangkal lagi.

Takuma Ueda lebih fokus dan lebih cekal dalam perlawanan semalam. Tapi bukan bermakna Liew Daren bermain sambil lewa, it was a good game last night. kedua-dua pihak bermain sehabis baik.

Jom kenal sikit2 dengan bintang player badminton Malaysia dan Jepun ini.



Nama * Liew Daren
Tarikh Lahir * 6 August 1987
Sekolah * SK Taman Midah
Tinggi * 178 cm
Badminton World Federation * dalam ranking ke 66 as at May 2014


Hensem :P

Nama * Takuma Ueda
Tarikh Lahir * 21 March 1989
Tinggi * 173cm
Berat * 67kg
Hobi * Tidur
Sekolah * Saitama Sakae High School
Badminton World Federation * dalam ranking ke 25 as at May 2014

Great Weekend - Perkhemahan Uniform SMK Bandar Banting + Perkawinan sahabat tercinta

Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum and selamat pagi semua...

byknyer benda nak dikongsikan bersama korang semua..

bersyukur sangat ke hadrat Ilahi kerana mempertemukan saya dengan insan2 yang baik dan sihat jiwanya..

apabila kita dikelilingi oleh orang-orang yang positive, secara tak langsung diri kita akan turut menjadi seorang yg positive and happy..

Pada 23-25 May 2014, Jumaat hingga Ahad bertempat di Kem Idaman Nurani Hulu Langat, telah berlangsungnya Kem Unit Beruniform SMK Bandar Banting yang dihadiri seramai 116 orang pelajar daripada unit uniform yang berbeza. ada Kadet polis, Kadet Remaja Sekolah , PBSM, Pandu Puteri, Pengakap, dan byk lagi.


Salah satu aktiviti kegemaraan saya adalah survivor cooking, dimana mereka perlu memasak dengan menggunakan kayu api, arang, mancis dan bahan2 basic yang lain. Setiap kumpulan dibekalkan dengan minyak masak, tin sardin, ayam, sayur kobis dan telur untuk mereka mencipta masakan mereka sendiri.

Ahli kumpulan saya berjaya menyediakan Sardin, Telur Goreng, Sup Sayur Kubis dan Ayam Sambal dalam tempoh 1 jam 40 minit. Nak menghidupkan api yang memakan masa.

Saya pun turut menjamu selera dengan mereka. Nak jugak rasa masakan mereka kan.. alhamdulillah.. sedap and tak sakit perut. (setakat ini)




Selesai sahaja majlis penutup. saya dan rakan2 fasi yang lain terus bersiap untuk ke Banting bagi menghadiri Majlis Perkawinan sahabat kami Atikha Shasha.



Sedih pun ada sebab susah lah nk jumpa dia lepas ni sebab dia dh ada tanggungjawab. Tapi turut gembira kerana akhirnya dia mengahwini lelaki pilihan hatinya setelah berbagai2 ujian dan dugaan yg dia lalui.. Alhamdulillah..

Selebihnya, biar gambar berbicara..







Thanks you for dropping by... ^__^

Friday, 23 May 2014

Aku Hidup Hanya Untuk Hari Ini

Aku Hanya Akan Hidup Hari Ini, Hari Ini adalah Kepunyaan Saya

Inilah harinya aku masih berpeluang untuk mengatakan yang baik-baik sahaja, menghindari bercakap perkara yang dilarang, mengherdik, dan juga memperkatakan keburukan orang lain.


Hanya hari ini aku berpeluang untuk memerhatikan kebersihan tubuhku, kekemasan penampilanku, kehalusan tuturkataku dan perilakuku.


Aku akan berusaha sekuat tenaga untuk taat kepada Allah, mengerjakan sembahyang yang sesempurna mungkin, membekali diri dengan sembahyang sunat, berpegang teguh pada ajaran Al-Quran, mencatat segala yang mendatangkan manfaat buatku.


Aku hanya mempunyai hidup yang pasti hari ini, sebab itu aku akan menanamkan dalam hatiku semua nilai keutamaan dan mencabut darinya pohon-pohon kejahatan serta ranting-rantingnya yang berduri tidak kira sifat takbur, ujub, riya’, buruk sangka dan lain-lain.


Hanya hari ini aku akan menghirup udara kehidupan maka aku akan berbuat baik kepada orang lain dan menghulurkan tangan kepada sesiapa pun. Aku akan menziarahi mereka yang sakit, menghantar jenazah, menunjukkan jalan yang benar bagi yang tersesat, memberi makan kepada orang yang lapar, menolong orang yang sedang kesusahan, membantu orang yang dizalimi, meringankan penderitaan orang yang lemah, mengasihi mereka yang menderita, menghormati orang-orang alim, menyayangi kanak-kanak dan berbakti kepada ibubapa.
 

Aku hanya akan hidup hari ini maka aku akan mengucapkan:-

”Wahai masa lalu yang sudah berlalu dan selesai, tenggelamlah kamu seperti tenggelamnya mataharimu. Aku tidak akan menangisi pemergianmu, dan kamu tidak akan melihatku termenung sebentar pun untuk mengingatimu. Kamu sudah meninggalkan kami samua, pergilah dan jangan kembali lagi”

”Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban. Maka aku tidak akan bermain dangan khayalan dan memperjudikan nasib dangan hanya satu agakan. Aku juga tidak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada, sebab esok hari mungkin tidak ada sesuatu; esok hari adalah sesuatu yang yang belum diciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang dapat disebutkan”.

Wednesday, 21 May 2014