nuff said

Friday, 18 July 2014

All in One Post - Salam Ramadhan + Keep Calm & Pray

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum & salam sejahtera semua bloggers~~

Im BACK!!!

Minta ampun banyak2 dah lama tak update and dah lama tak singgah mana2 blog..

Dah 2 bulan keje tmpat baru ni, barulah sekarang ni ada masa nak update something.

Kalau tak, asal duduk je, bos tepon.. asal duduk je, client datang.. tak senang btul and membantutkan mood nak berblog.

Now,,, Alhamdulillah.. bos dah fly bercuti… so ngelat kejaplah nk lap habuk2 yg ada..

Seperti yg kita semua sedia maklum.. tahun ni merupakan tahun yg sukar buat semua..

Dengan peperangan di Gaza dan juga tragedy MH17 yang baru sahaja berlaku semalam.

Marilah kita panjatkan kesyukuran kerana kita masih lagi diberi peluang oleh Allah SWT untuk memperbaiki kelemahan diri dan masih bernyawa ketika ini..

Dan marilah kita mendoakan kesejahteraan kepada mangsa2 tragedi dan semoga ahli keluarga mereka tabah dengan ujian yg melanda..
Sesungguhnya, tiada kata yg mampu mengubati duka dan lara..

That’s all for now..

Esok akan berbuka puasa bersama2 rakan tercinta..

Will update about it soon ^__^ insyaAllah..

Selamat Berpuasa semua… Thanks coz sudi singgah ke sini lagi.. 

love you alwaysss


Assalamualaikum~~

Friday, 13 June 2014

Farewell Treat - Menjana Lemak Badan

Assalamualaikum semua and salam jumaat..

dah lama x update blog and jalan2 kat page kawan-kawan..

insyaAllah, sy akan membayar segala tunggakan hutang hari ini juga..

hmm.. terlalu byk perkara yang saya ingin kongsikan bersama..

itu biarlah dalam future post, but hari ini sy nk berkongsi farewell treats yang diadakan untuk saya oleh rakan-rakan seperjuangan di pejabat KAAP.



haaa.. ini ayam + asparagus + mashed potatoes + mushroom sauce.. RM40++ di Ben's Bangsar Shopping Centre... lunch treat ini dibelanja oleh Hafizah, one of the lawyer yg saya rapat di sana.. 

memang sedap lahh~~ and nampak je sikit.. tp sebenarnya portion dia byk n besar.. 4 bintang!!


Ini pun ayam jugak... disaluti dengan rempah segala bagai dan yg mcm gunung tu plak mashed potatoes as well.. harga around RM28++ di Chillis Bangsar Shopping Centre.

Still luncheon with lawyers Tarrina, Izzat, Arinah and Yasmin... 


Burger yang besar gedabak ni namanya Marco Polo... Isi ayam + fries wedges and salad... harga around RM28++ jugak.. mmg sedap dan boleh dinikmati di Just Heavenly di Bangsar Shopping Centre.

Marco polo ini dibelanja oleh lawyers jugak team litigation.. Satshani, Li-Wei, Rohan & Gobi...



Nasi lemak + Rendang + kuih muih tu pulak di belanja oleh Ruddy.. ketika last day sy bekerja disana...

perghhh mmg mengumpul kolestrol lah sepanjang farewell week tu.. bersyukur dipertemukan dengan mereka yang baik hati... gonna miss them so much...

maaf ye jika ada yg buat diantara kamu yang teringin.. hehehehe

thanks for reading~ ^__^

Tuesday, 3 June 2014

blog hampir berhabuk - stay positive

Assalamualaikum semua and salam ceria..

maaf agak lama x update blog and tak menjenggah blog kawan2.

been bz lately sbb ni last week keje kat office ni.. next week dh start tmpat baru..

bz handing over and everything.

tak sempat nak update panjang2.

apa2 pun.. selamat bekerja and stay positive ok..

love ya...





Thursday, 29 May 2014

Salam Takziah - Pemergian DYMM Sultan Azlan Shah


Assalamualaikum dan selamat pagi semua..

Takziah diucapkan kepada ahli keluarga diraja arwah DYMM Sultan Azlan Shah diatas pemergian baginda sultan semalam 28 May 2014 jam 1.30 petang.

Saya sebagai anak negeri Perak turut terkesan dengan pemergian baginda Sultan.

Walaupun tidaklah saya kenal baginda sultan secara peribadi, tetapi pengalaman bekerja dengan anaknya Raja Eleena membuatkan saya yakin bahawa didikan yang diberikan oleh baginda sultan terhadap anak-anaknya sangat baik.

Perwatakan anak perempuannya itu yang baik, lemah lembut, peramah dan humble serba sedikit mencerminkan keperibadian baginda sultan.

Bukan itu sahaja.. dengan beberapa pengalaman individu2 terdekat yang pernah mendekati baginda sultan juga turut mengatakan bahawa baginda sultan merupakan seorang raja berjiwa rakyat.

Menurut satu pengalaman yang saya dengar.. pernah satu ketika orang kampung menjemput baginda sultan untuk hadir ke majlis perkahwinan anaknya. Tetapi baginda sultan tidak menyatakan jawapan samada akan hadir atau tidak.

Maka, mereka beranggapan sultan tidak hadir.. tiba-tiba semasa majlis sedang berlangsung, baginda sultan sudi mencemar duli menghadiri kenduri perkahwinan tersebut.

Betapa dekatnya seorang raja dan rakyat apabila istananya sendiri yang terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar juga senang didekati.

Adalah tradisi bagi keluarga saya dimana apabila setiap kali raya, kami akan jalan-jalan pusing mengelilingi istana tersebut.

Dengan hanya berpagar besi, rakyat boleh menyaksikan istana negeri dengan jarak yang sangat dekat. Sangat dekat sehinggakan jika baginda sultan berdiri didepan tingkap, kita yang diluar boleh nampak dia.

Mmg sangat sedih and terkesan dengan pemergian baginda sultan.

Marilah sama-sama kita sedekah al-fatihah kepadanya agar baginda sultan diantara hamba-NYA yang beriman dan beramal soleh..


Sultan Azlan ketika berumur 21 tahun