Assalamualaikum dan selamat pagi kesayangan semua..
saya mendoakan agar kalian semua diberi kesihatan yang baik dan semoga Allah mempermudahkan segala urusan harian kita pada hari ini.. insyaAllah..
Suka saya nak tanya pada pembaca sekalian.. pernah tak bila kita keluar ke mana-mana kita melintasi
*Peminta sedekah
*Orang yang terjatuh kerana tergelincir dihadapan kita
*Orang yang barangnya terjatuh
*Haiwan yang kelaparan dan lain-lain
Pasti terdetik dihati kita bahawa, mereka sedang diuji oleh Allah..
Tetapi berapa ramaikah setelah terpikir sebegitu kembali muhasabah diri bahawa apa yg berlaku di depan mata kita itu juga merupakan ujian daripada Allah untuk kita?
Boleh jadi Allah menguji kita dengan meletakkan insan2 yang dalam kesusahan di depan mata kita untuk melihat samada kita akan membantu atau berlalu pergi..
Jika kita melihat peminta sedekah, adakah kita akan mensyukuri nikmat Allah dengan memberi sedekah kepadanya? atau jika tidak mampu, kita menyedekahkan doa kebaikan kepadanya atau melihat dan berlalu pergi sebegitu sahaja..
tidak Allah menjadikan sesuatu dengan sia-sia dan semua yang berlaku itu adalah dengan izin Allah..
maka, saya berharap agar kakak2, abang2, adik2 , kita sama-sama menghidupkan kembali budaya kasih sayang sesama kita walaupun kita tidak mengenali mereka.. selagi ianya dan mereka adalah makhluk yang bernyawa.. mempunyai jiwa.. mereka layak dikasihi.. mereka layak dihormati... mereka layak wujud dimuka bumi ini..
bukan apa.. saya rasa, kalian semua pun sedar yang masyarakat kita sekarang penuh kebencian.. ada sahaja issue yang memecahbelah kan kita...
walaupun manusia zaman sekarang ni cukup menyakitkan hati.. sabarlah sikit jeee lagi.. kiamat itu pasti.. dan pengakhiran itu tak lama je lagi.. semoga Allah selamatkan kita dunia & akhirat... insyaAllah..
nuff said
Tuesday, 12 August 2014
Friday, 8 August 2014
Abah tak pernah berkira
Assalamualaikum.. tiba-tiba teringatkan abah saya..
Walaupun hari-hari jumpa abah sbb masih duduk serumah dengan
keluarga..
Abah saya merupakan anugerah terbaik saya pernah terima..
Saya tidak pernah dijentik mahupun diherdik.
Apa yang saya mahukan akan abah cuba usahakan walaupun
ketika itu abah tak mampu..
Dan saya masih kecil untuk mengerti kekangan hidup.
Pernah saya lahirkan hasrat nak menunggang kuda..
Tapi manalah abah mampu ketika itu..
Abah suruh saya naik motor dan saya duduk diraga hadapan..
Abah bawa saya melalui jalan yang berbonggol2 dan berlubang2
agar saya dapat merasai seolah2 saya sedang menunggang kuda..
Semakin kuat hentakan.. semakin kuat saya ketawa dan abah
turut gembira..
Tanpa saya ketahui ketika itu, bahawa tayar motor akan
rosak.
Saya terlalu kecil untuk mengerti tetapi abah tak pernah merungut
apa-apa..
Sehinggakan aktiviti merosakkan tayar motor tu menjadi rutin
mingguan saya.
Apabila saya sudah dewasa.. kini sudah dewasa..
Bila abah memandu kereta Myvi Putih kakak saya…
Kadangkala abah tak perasan dan tak sempat mengelak lubang
yang berada dihadapan lalu mengakibatkan hentakan yang kuat.
Terus saya merungut dan menegur abah kerana khuatir tayar
kereta rosak.
Dulu abah tak berkira sikit pun untuk anak2nya.. teruknya
saya untuk berkira2 dgn abah.
Astagfirullah al azim.. sedikit pun abah tak mengingatkan
saya ttg kejadian tayar motor dulu..
Tetapi Allah memberi saya ingatan yang cukup baik untuk saya
mengingati pengorbanan abah dulu..
Sedih dan kecewa dengan diri sendiri.. dulu, abah byk
bersabar untuk anak-anaknya..
Kenapa kini saya terlalu mementingkan diri dan kurang sabar?
Muhasabah diri semula..
Bila mengenangkan segala kenangan manis waktu kecil dulu ,
membuatkan diri ingin merubah dan menjadi anak yang terbaik untuk abah..
Adik sayang abah sangat.. abah adalah abah yang terbaik..
Terima kasih Allah..
Thursday, 7 August 2014
Nasihat Buat Pemboikot McD dan sebagainya
Assalamualaikum semua dan Salam 1 Malaysia..
Statement dibawah adalah copy paste daripada facebook sahabat.
Untuk peringatan kita semua..
[Nasihat Buat Pemboikot McD dan sebagainya]
Ini merupakan nasihat daripada seorang saudara kalian yang turut memboikot semampu beliau produk-produk yang menyokong pembinaan negara Zionis Israel.
1- Hendaklah kalian fahami bahawa produk-produk itu adalah halal, tidak haram. Jangan sesekali mengeluarkan perkataan produk itu haram, dan sebagainya.
2- Jauhilah mengeluarkan perkataan-perkataan seperti 'Pekerja McD bekerja dengan pembunuh, tak ada perkemanusiaan dan sebagainya..' Sesungguhnya perkataan sedemikian adalah perkataan hawa nafsu. Mereka bekerja mencari rezeki yang halal, dan bukan hak kita berkata sedemikian kepada mereka.
3- Jauhi sifat-sifat buruk seperti pergi bawa makanan lain dan makan dalam McD, atau saja-saja masuk McD untuk guna tandas mereka atas alasan untuk naikkan kos operasi mereka, atau berkumpul di hadapan kedai mereka. Sesungguhnya mereka membayar sewa untuk premis perniagaan itu, dan tindakan mengganggu kehadiran pelanggan mereka adalah tindakan yang melanggar akhlak Islami dan melanggar hak orang yang sudah membayar sewa untuk premis tersebut.
4- Fahamilah, boikot ini satu ijtihad politik. Ia bukan satu perkara yang qathie/pasti wajibnya. Ia akan sentiasa ada pro dan cons kerana ia satu ijtihad dalam bab keduniaan.
5- Ingatlah, saudara-saudara kita bukan hanya di Gaza, bahkan yang sedang mencari rezeki bekerja itu.
6- Memboikot adalah hak seorang pengguna. Kita sebagai pengguna berhak boikot, dan ajak orang boikot. Tetapi kita tiada hak mengganggu perniagaan orang yang sah dengan berdiri di depan kedai mereka, di pintu kedai mereka, apatah lagi masuk ke dalam premis mereka, atau mensabotaj supaya kos operasi mereka meningkat.
7- Saya memilih boikot, kerana itu hak saya sebagai seorang pengguna.

Monday, 4 August 2014
Selamat Hari Raya
Assalamualaikum Semua dan Selamat Hari Raya dan Selamat Kembali Berkerja kepada yang dah kehabisan cuti~~~
Syok tak raya korang? Mestilah syok kan sebab dapat meluangkan masa dan melepaskan rindu bersama ahli keluarga tercinta..
walaupun terpaksa menempuh kesesakan lalulintas yang luar biasa !!
kalau orang KL mmg xde hal lah nak menempuh jem ni sebab setiap hari jem di KL.
dah dilatih secukup2nya untuk menempuh jem balik ke kampung halaman tercinta..
dengar kata, lebuhraya selatan tidak mengalami kesesakan seteruk lebuhraya utara dan pantai timur?
saya sendiri bergerak daripada KL ke Kuala Kangsar, Perak pada jam 3.30 pagi dan tiba ke destinasi pada jam lebih kurang 11 pagi.. 7 jam kot! perjalanan yg selama ni hanya memakan masa 3 jam..
Tapi, tak boleh lawan kawan2 saya yang lebih kesian..
Sabarlah kawan2 ku sayang.. tahun depan mesti kene redah lagi..
disini sy nak ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin kepada semua rakan blogger andai kata post2 saya ada yg mengundang hati terluka..

Friday, 25 July 2014
Subscribe to:
Comments (Atom)